Ada sesiapa yang merindui Nur Syahiba Haseena ni tak ? Kalau ada , sila angkat kedua-dua kaki anda . Ada berani ? huhuhu
Ok la . Sekarang saya nak ceritakan pada anda kehidupan baru yg saya lewati sejak akhir-akhir ni sehingga menyebabkan saya tidak ada masa untuk blogging . Facebook ada la juga saya online sekali hari apa entah . Tapi saya tak puas ! Sebab tak dapat nak update blog . Hukhukhuk .
Dalam kisah-kisah yg lepas saya pernah ceritakan kepada anda saya bakal bekerja di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota , iaitu di SOGO . ingat ingat ingat ? Tak ingat ? Kasihannn . . . dah nyanyuk ! Hehehehe .
Saya memang pernah bekerja di SOGO tersebut tapi hanya selama empat hari . Saya TERPAKSA berhenti di atas beberapa faktor dan juga ARAHAN AYAH saya .
Faktor pertama : sukar untuk menunaikan solat malahan tempat solat untuk staf yg ingin menunaikan solat berada di tingkat 8 walhal tempat saya kerja tu di ground floor . Bayangkanlah masa yg saya perlu habiskan untuk pergi menunaikan solat sedangkan masa rehat saya hanya sejam . Bila nak pergi ke tingkat 8 kena tunggu lif dan berada dalam lif sudah begitu lama . Kemudian nak turun ke ground floor semula !
Faktor kedua : saya menyusahkan kedua-dua ayah dan adik lelaki saya apabila saya pulang pada waktu malam . Waktu operasi SOGO adalah dari jam 10pagi – 9.30 malam . Kemudian nak tunggu semua pelanggan keluar , nak beratur ambil beg , beratur punch card , beratur ambil kad pengenalan . Tengok jam tangan sudah kira-kira jam 10 – 10.30 malam . Then nak tunggu bas dah berapa belas minit , dalam bas sampai ke Taman Sri Gombak sudah berapa PULUH minit ! Mereka pula perlu ambil saya dari bustop
Saya boleh je sabar dengan semua ni , insya-Allah ! Tapi sampai menyusahkan kedua-dua ayah dan adik lelaki , saya tak sanggup . Kedua-dua mereka perlu bangun awal pagi untuk pergi kerja dan sekolah .
Pernah juga saya kata kat mama : Apa kata mama upah je boyfriend utk kakak , kan senang tu . Tak susahkan ayah dan adik . Hehehehe .
Sekilas itu juga mama bagi pandangan yg boleh buat singa larikan diri kalau terpandang mama -.-“
Saya terus sengih kat mama macam kerang busuk . hehe . Kakak gurau jela mama , huhuhu .