Merupakan sebuah buku adunan kata-kata motvasi dan inspirasi yang bakal memberikan suntikan semangat baru kepada kita semua. Pelbagai pengajaran daripada kisah-kisah para ulama' dan orang-orang soleh turut diselitkan dalam buku ini. Sebahagian daripada kisah-kisah ini juga berdasarkan pengalaman yang dialami oleh para penulis sendiri dan dikumpulkan untuk manfaat kita semua.
Jadilah dirimu yang penuh kelemahan dan kekurangan, namun kuat dan hebat dengan kebergantungan pada Allah Maha Kuasa. Bila kita menjadi diri kita yang sebenar, maka jalan di hadapan terbentang luas. Kerana kita mengenali siapa diri kita.
Kun Anta, tidak perlu menjadi diri orang lain.
"Mengapa kita malu untuk menunjukkan warna sebenar diri kita dan seringkali kita berpura-pura? "Kun Anta". Kata orang putih "Be Yourself". Satu petikan suis yang mampu mengubah hati agar lebih menghargai diri sendiri dan mensyukuri nikmat Allah. Kalau dop beli mung memang dok rok chetong."
- Ustaz Azhar Idrus -
"Kun Anta bukan sekadar siulan anak muda tetapi maknanya amat mendalam jika dihayati dengan betul. Ia bukan sekadar fenomena, tetapi membangkitkan diri yang lena agar mengetahui siapa diri kita di bumi yang fana. Menjadi satu kerugian andai tidak memiliki buku ini di sisi."
- Prof. Dr. Muhaya -
"Andaiku bisa bersahabat dengan angin, akanku sampaikan salam rindu buatmu"
NOTA BUAT SAHABAT merupakan bingkisan dan wasiat seorang sahabat kepada sahabatnya. Kisah 5 orang sahabat diantara Adam dan Ilman juga Nusrah, Naqiyyah dan Syahirah.
Sebuah kisah persahabatan yang sarat dengan suntikan semangat dan motivasi. Sesuai untuk seorang yang bernama 'SAHABAT'.
Kalau burung mampu terbangkan debunga kepada tanah,
tanda kasihnya kepada tanah agar tanah tidak terbiar tanpa bunga.
Kenapa dua sahabat tidak boleh seperti itu?
Bahkan boleh lebih baik daripada itu lagi kerana