In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful
Assalamualaikum,
Beberapa lama dahulu saya pernah menonton sebuah program TV di TV Al-Hijrah versi Arab dengan sarikata Bahasa Melayu.
Di sini ingin saya kongsikan kepada anda berdasarkan ingatan saya, seandainya ada kurang dan silap dalam perkongsian ini sila tegur. In shaa Allah, Lillahitaala.
*******************************************************
Memakai kasut yang sesuai itu sunnah Nabi SAW.
Hal ini adalah demi menjaga kaki kita daripada bahaya dan menjaga kesihatan kaki kita.
Pernah terjadi dalam riwayat baginda SAW, di mana pada suatu hari sebelum baginda memakai kasut, seekor burung telah merampas sebelah kasut baginda. Apabila kasut itu dirampas, seekor kala jengking telah terjatuh keluar dari kasut tersebut.
Sejak peristiwa tersebut, baginda akan membersihkan kasut baginda sebelum memakainya. Maka membersihkan kasut sebelum memakainya adalah sebahagian daripada sunnah Nabi SAW.
Antara ciri2 kasut baginda, seperti yang kita sedia maklum merupakan sepasang capal ;
- berbentuk seperti kap.
- ada bengkok di bahagian depan kasut untuk melindungi jari dari batu dll.
- mempunyai pengikat di bahagian belakang.
Berkaki ayam juga sunnah Nabi SAW.
Baginda pernah berkaki ayam ketika menziarahi orang sakit yg tinggal berdekatan dengan rumah baginda SAW.
Kadangkala kita perlu merasa kesusahan, kerana nikmat itu tidak akan ada berterusan. Dengan berkaki ayam, kita akan merasa kesusahan orang lain juga. Malah berkaki ayam juga mempunyai hikmah tersendiri yg dibuktikan saintis2 kini.
Kaki kita merupakan pusat saraf badan kita. Apabila kita berkaki ayam memijak batu2 dan pasir2, ion2 negatif akan keluar dari tubuh melalui kaki.
Namun begitu, kita tidak boleh memakai sebelah kasut sahaja, sama seperti menyenteng baju sebelah sahaja, atau menyenteng sebelah seluar sahaja. Kerana ini akan menyebabkan tidak keseimbangan.
Allah telah ciptakan alam ini dengan seimbang, maka mengapa perlu kita mencacatkan keseimbangan ini?
Malah, saya pernah terbaca sebuah hadis, jika tidak silap saya, "Jika kamu memakai kasut, pakai kedua-duanya, atau tidak pakai langsung"
Allahualam.