Kehidupan sebagai seorang pelajar bukanlah semudah seperti yang disangka oleh pihak2 tertentu. Belajar dan menduduki peperiksaan bukanlah satu-satunya aktiviti yang kami perlu lalui walaupun itulah satu-satunya harapan ayah dan ibu kami - iaitu fokus belajar.
Tetapi hakikat seorang pelajar adalah dia bukan sahaja menyediakan dirinya untuk berilmu agar dapat memperolehi keputusan yang cemerlang lalu mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan dengan impian mendapatkannya adalah semudah memesan Zinger Burger di Kentucky Fried Chicken (KFC). Malah, seorang individu sebagai seorang pelajar universiti harus memiliki ilmu yang lebih mendalam dalam dan luar bidangnya dan berfikir secara kritis & kreatif (KBKK) agar tahap intelektualnya dapat dikembangkan lalu menjadi SEORANG PEMIKIR PENYELESAIAN MASALAH yang hebat. Tambahan lagi, pemikirannya diasah dengan lambakan kuiz-kuiz, ujian subjek, assignments (secara individu dan berkumpulan) seperti kajian berkaitan tajuk-tajuk tertentu, presentation, projek video, projek mini dan sebagainya mengikut kreativiti dan kemahuan pensyarah tersebut.
Dia perlu mempersiapkan dirinya dengan masyarakat dalam kehidupan bekerja, maka dia perlu bekerja dalam kumpulan-kumpulan sama ada kecil mahupun besar. Perlu tahu selok-belok perjalanan sesebuah program dengan melibatkan diri dalam pengurusan supaya dia tahu bagaimana untuk menguruskan syarikat besar yang bakal terbina 10 tahun selepas dia bergelar seorang graduan. Membina sifat empati dan simpati serta kasih pada masyarakat dengan melibatkan diri dalam program-program komuniti dan kemasyarakatan.
Ya. Semua yang dinyatakan adalah hakikat tugas sebenar seorang individu bergelar pelajar universiti, sama ada rela mahupun terpaksa.
Dan disini jugalah banyak kali kesabaran hamba sebagai manusia yang kurang sabar sifatnya, teruji.
Hakikatnya, kita semua diberi masa yang sama, 24 jam. Tetapi cara kita memanfaatkan masa itu membezakan kita dengan yang lain. Hamba cuba untuk tidak menyamakan diri hamba dengan orang lain. Cuba. Ya, CUBA. Hamba perlu sedar hamba perlu bekerja lebih keras saat orang lain sedang merasa nikmat masa lapang mereka.
Ada ketikanya, hamba merasa hamba sudah mencapai tahap kesabaran hamba. Ditahan tekanan perasaan itu. Lalu kembali bertenang.
Namun ia adalah lumrah hidup. Maka, adalah lumrah untuk ia terulang lagi atas izinNya. Namun, rapuhnya hamba ini sehingga tak tertahan lalu menangis. Lebih teruk amarah terhambur.
Jika ditanya pada hampir semua orang ditemui, lebih dr 80-90% mereka yang ditanya akan mengaku antara kelemahan mereka adalah sifat panas baran, mudah melenting, pemarah dan seangkatan dengan istilah-istilah ini. Sukar untuk menemui orang yang memiliki sifat sabar yang tinggi lebih-lebih lagi dari kalangan orang yang masih mencari dan masih lalai macam kita ni.
Ayuh kita imbas kembali zaman kecil kita, betapa lembutnya hati kita sebagai seorang bayi yang masih suci, yang dikatakan melekatnya bauan syurga pada tubuh kita ketika waktu itu. Mengapa kini kita memiliki sifat yang susah dikikis itu? Sifat-sifat mazmumah yang tidak patut ada pada kita sebagai khalifah yang diamanahkan Allah.
Benda kecil pun nak naik angin, nak diingat sampai ke mati. Padahal kita ni sendiri pun tak wujud, apakan lagi masalah itu.
Hakikatnya, Allah beri masalah sebagai ujian, supaya kita makin dekat dengan Dia. Bukan untuk dirungutkan di laman sosial. Bukan untuk diluahkan pada makhluk. Bukan untuk dilupakan dengan berfoya-foya, melalak sana sini. Tapi untuk kita berpaling pada Dia walau sekecil-kecil langkah dan tindakan sekalipun. Itulah sebenar-benar rahmat dari ujianNya saat kita dipilih Allah untuk diuji.
adalah
Hati yang masih
BELUM KENAL
ALLAH"