"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Oct 31, 2015

    Servis Bekam @ UMP !


    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    RAWATAN & PENGUBATAN BEKAM

    Lokasi : UMP Gambang & Pekan

    Tarikh : 31 Oktober - 6 November 2015


    Maklumat Berbekam :

    1. Bekam Angin

    ✔ Proses mengeluarkan angin berlebihan dpd badan.

    ✔ Menggunakan cup yg banyak iaitu 14 cup ke atas. Biasanya dilakukan minima 14 cup.

    ✔ Tidak perlu cucuk jarum kerana tidak melibatkan darah.

    ✔ Masa proses : 15-30 minit


    2. Bekam Darah

    ✔ Proses mengeluarkan darah kotor yg bertoksik.

    ✔ Darah yg dikeluarkan adalah darah kotor di mana darah tersebut banyak terkumpul di bawah lapisan kulit & tidak terkumuh. Darah kotor tidak diperlukan lagi oleh tubuh badan .

    ✔ Kiraan cup mengikut masalah penyakit. Atau boleh juga buat 13 cup ( dipanggil sebagai pakej overhaul ).

    ✔ Perlu dicucuk dengan jarum halus. ( Jarum sama spt jarum digunakan semasa buat ujian darah )

    ✔ Masa proses : 30-40 minit termasuk proses mencucuk, menyedut darah kotor & menyapu ubat.


    Maklumat penting :

    ✅ Cup yg telah digunakan akan direndam selama 1 malam. Keesokkannya dicuci dengan cucian dettol. Akhir sekali, cup akan disteril sebagai proses pembersihan terakhir.

    ✅ 1 pelanggan 1 jarum sahaja. Jarum yg telah digunakan akan terus dibuang.


    INI SEBAGAI PEMAKLUMAN SAHAJA BAHAWA KEBERSIHAN SANGAT DITITIKBERATKAN.



    Harga berbekam :

    1. Bekam angin

    RM25 utk pakej 14 cup

    2. Bekam darah
    1 cup RM5

    Atau

    3. Pakej overhaul

    13 cup - RM50


    📝 "Kita berikhtiar, kesembuhan daripada Allah".



    Jika berminat sila buat temujanji :
    WHATSAPP : 0145029651 (HAPISMUDDIN SAAD)

    Layari blogspot berikut untuk mengenali dengan lebih lanjut >> bekammawaddah.blogspot.com


    Jul 1, 2015

    Resepi : Pucuk Paku Masak Lemak

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Assalamualaikum semua. Kembali saya dengan catatan kali ini berkaitan dengan masakan. Untuk pengetahuan semua yang lama mahupun baru melawat ruang blog saya, ini kali pertama saya berkongsi resepi makanan dengan pembaca. Ha ! Ini bukan kali pertama saya memasak ya. Hahaha.
    Cuma tujuan saya berkongsi di sini adalah juga sebagai rujukan semula saya pada masa akan datang. Pembaca pun boleh rujuk di sini (:

    Masakan yang akan saya kongsikan hari ini adalah Pucuk Paku Masak Lemak.


    Pucuk Paku Masak Lemak


    Bahan-bahan :
    • Minyak Zaitun (2 sudu)
    • 1/2 biji Bawang Merah
    • 1/2 genggam Ikan Bilis
    • 1/2 biji Kelapa Parut
    • 1 sudu teh Garam Bukit (boleh guna garam lain, tapi lebih baik gunakan garam bukit)
    • Tempe (siap dipotong & digoreng)
    • Pucuk Paku (secekak/ 1 ikat)
    • Taugeh


    Cara Memasak :

    1. Tumbuk ikan bilis bersama bawang merah sehingga pecah tidak terlalu lumat.
    2. Kisar kelapa parut dicampur dengan air untuk dapatkan santan.
    3. Panaskan kuali dan masukkan minyak Zaitun. Tumis ikan bilis dan bawang merah tadi.
    4. Tapis santan yang diperah. Kacau rata campuran.
    5. Masukkan tempe dan biarkan seketika. Kacau.
    6. Masukkan pucuk paku dan taburkan garam. Kacau rata garam dan pucuk paku.
    7. Masukkan taugeh & kacau sehingga daun pucuk paku tidak terlalu layu.
    8. Siap untuk dihidang ketika makan malam bersama keluarga.



    Ikan Patin Masak Tempoyak

    Akan datang apabila saya memasak sendiri Ikan Patin Masak Tempoyak, saya akan kongsikannya dengan anda. Terima kasih kerana membaca !


    May 19, 2015

    400 Days.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    400 days of happiness.

    400 days of sadness.

    400 days of promises

    400 days of sacrifices.

    400 days of blossoms of love.

    400 days of faith.

    400 days of loyalty.

    400 days of sincerity.

    400 days of loving wholeheartedly.

    400 days of wrecked soul.

    400 days of affection.

    400 days of secrets.

    400 days of hopes.

    400 days of laughter.

    400 days of not giving up.

    400 days of making things work.

    400 days of trust.

    400 days of not having the thought to leave.

    400 days of long distance.

    400 days of my hands will always yours to hold.

    400 days of lies.

    400 days of tolerate.

    400 days of strength.

    400 days of fights.

    400 days of morning and night texts.

    400 days of expecting calls.

    400 days of wanting to hear the same voice over and over again.

    400 days of fear that you'd leave.

    400 days of
    YOU

    May 2, 2015

    Mana Dia Ketenangan.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Pernah tak kau solat untuk dapatkan ketenangan tapi dah sudah solat pun hati masih tak tenteram?

    Macam mana nak dapat ketenangan dalam solat kalau hati tak khusyuk pada Allah.
    Sedangkan sebaik-baik ketenangan adalah datang dariNya dengan mengingatiNya.

    Macam mana nak khusyuk sedangkan masa bersolat, fikiran & hati masih terisi dunia fana.
    Sedangkan yang halal diingati adalah haram untuk difikirkan ketika bersujud padaNya.

    Macam mana nak tenang jika dosa-dosa lepas masih membelenggu jiwa.
    Sedangkan taubat, istighfar dan zikrullah sebaik-baik pelepas belenggu.

    Apr 30, 2015

    Hakikat.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Kehidupan sebagai seorang pelajar bukanlah semudah seperti yang disangka oleh pihak2 tertentu. Belajar dan menduduki peperiksaan bukanlah satu-satunya aktiviti yang kami perlu lalui walaupun itulah satu-satunya harapan ayah dan ibu kami - iaitu fokus belajar.

    Tetapi hakikat seorang pelajar adalah dia bukan sahaja menyediakan dirinya untuk berilmu agar dapat memperolehi keputusan yang cemerlang lalu mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan dengan impian mendapatkannya adalah semudah memesan Zinger Burger di Kentucky Fried Chicken (KFC). Malah, seorang individu sebagai seorang pelajar universiti harus memiliki ilmu yang lebih mendalam dalam dan luar bidangnya dan berfikir secara kritis & kreatif (KBKK) agar tahap intelektualnya dapat dikembangkan lalu menjadi SEORANG PEMIKIR PENYELESAIAN MASALAH yang hebat. Tambahan lagi, pemikirannya diasah dengan lambakan kuiz-kuiz, ujian subjek, assignments (secara individu dan berkumpulan) seperti kajian berkaitan tajuk-tajuk tertentu, presentation, projek video, projek mini dan sebagainya mengikut kreativiti dan kemahuan pensyarah tersebut.

    Dia perlu mempersiapkan dirinya dengan masyarakat dalam kehidupan bekerja, maka dia perlu bekerja dalam kumpulan-kumpulan sama ada kecil mahupun besar. Perlu tahu selok-belok perjalanan sesebuah program dengan melibatkan diri dalam pengurusan supaya dia tahu bagaimana untuk menguruskan syarikat besar yang bakal terbina 10 tahun selepas dia bergelar seorang graduan. Membina sifat empati dan simpati serta kasih pada masyarakat dengan melibatkan diri dalam program-program komuniti dan kemasyarakatan.

    Ya. Semua yang dinyatakan adalah hakikat tugas sebenar seorang individu bergelar pelajar universiti, sama ada rela mahupun terpaksa.

    Dan disini jugalah banyak kali kesabaran hamba sebagai manusia yang kurang sabar sifatnya, teruji.

    Hakikatnya, kita semua diberi masa yang sama, 24 jam. Tetapi cara kita memanfaatkan masa itu membezakan kita dengan yang lain. Hamba cuba untuk tidak menyamakan diri hamba dengan orang lain. Cuba. Ya, CUBA. Hamba perlu sedar hamba perlu bekerja lebih keras saat orang lain sedang merasa nikmat masa lapang mereka.

    Ada ketikanya, hamba merasa hamba sudah mencapai tahap kesabaran hamba. Ditahan tekanan perasaan itu. Lalu kembali bertenang.
    Namun ia adalah lumrah hidup. Maka, adalah lumrah untuk ia terulang lagi atas izinNya. Namun, rapuhnya hamba ini sehingga tak tertahan lalu menangis. Lebih teruk amarah terhambur.

    Jika ditanya pada hampir semua orang ditemui, lebih dr 80-90% mereka yang ditanya akan mengaku antara kelemahan mereka adalah sifat panas baran, mudah melenting, pemarah dan seangkatan dengan istilah-istilah ini. Sukar untuk menemui orang yang memiliki sifat sabar yang tinggi lebih-lebih lagi dari kalangan orang yang masih mencari dan masih lalai macam kita ni.

    Ayuh kita imbas kembali zaman kecil kita, betapa lembutnya hati kita sebagai seorang bayi yang masih suci, yang dikatakan melekatnya bauan syurga pada tubuh kita ketika waktu itu. Mengapa kini kita memiliki sifat yang susah dikikis itu? Sifat-sifat mazmumah yang tidak patut ada pada kita sebagai khalifah yang diamanahkan Allah.

    Benda kecil pun nak naik angin, nak diingat sampai ke mati. Padahal kita ni sendiri pun tak wujud, apakan lagi masalah itu.

    Hakikatnya, Allah beri masalah sebagai ujian, supaya kita makin dekat dengan Dia. Bukan untuk dirungutkan di laman sosial. Bukan untuk diluahkan pada makhluk. Bukan untuk dilupakan dengan berfoya-foya, melalak sana sini. Tapi untuk kita berpaling pada Dia walau sekecil-kecil langkah dan tindakan sekalipun. Itulah sebenar-benar rahmat dari ujianNya saat kita dipilih Allah untuk diuji.


    "Hati yang marah ,
    adalah
    Hati yang masih
    BELUM KENAL
    ALLAH"