1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut.
Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya
kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi
tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya
sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
5. “Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat
roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka,
jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan
untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan
seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah
telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat.”
8. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat
pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran
sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya
Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong
misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari
sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga
dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia
melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu
masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu
kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada
permata yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,
cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. “Sebaik-baik
wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia
menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah
tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan
dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.