Assalamualaikum w.b.t
Kadangkala kita melakukan kewajipan atas keterpaksaan dalam diam kerna ia wajib , atau mungkin kerana malu dgn makhluk Allah yg lain (naudzubillah) .
Namun biarlah pada awal ibadah ia dilakukan atas keterpaksaan , berdoalah dan mohon pada Allah , suatu hari nanti hati kita akan ikhlas melaksanakan sesuatu ibadah , kerana mencari kerdhaan-Nya semata-mata , tanpa kita sedari .
Sunnah Nabi Muhammad S.A.W adalah salah satu "kenangan" yg Baginda S.A.W berikan kepada kita .Sunnah bermaksud perkataan atau perbuatan yg dilakukan Baginda S.A.W . Bukanlah suatu kewajipan yg wajib kita laksanakan , namun apabila dilakukan dgn hati yg ikhlas , rela dan sepenuh hati , adalah bukti kecintaan kita kepada Baginda S.A.W .
Malah Baginda S.A.W pernah bersabda , "Barangsiapa yg tidak mengikuti walau satu sunnahku , maka dia bukan tergolong dari ummatku ."
Dan Allah berfirman , "Sesiapa yg mencintai Rasul , maka dia mencintai Aku" .
Bukan sesukar mahupun seberat mana pun sunnah baginda S.A.W . Banyak sunnah Baginda S.A.W yg boleh dipraktikkan dlm kehidupan seharian kita . Antara yg pertama , makan menggunakan tangan kanan , kemudian pula menggunakan 3jari sahaja , sesudah makan menjilat jari bermula dengan jari kelingking . Mungkin ada yg kata , susah nak makan dgn 3jari sahaja , dah tu makan pun habis lambat . Aha , zaman Nabi S.A.W dahulu , Baginda makan roti , kurma dan susu (yg saya tahu) , dengan jumlah yg sederhana . Cuba bandingkan kita zaman kini , makan nasi jumlahnya pula bukan main mcm nak makan dua orang . Nabi galakkan ummatnya bersederhana walau dalam keadaan apa pun .
Yang kedua , melangkah masuk ke dalam sesebuah tempat dgn kaki kanan dan melangkah keluar dgn kaki kiri . TETAPI , tandas pula sebaliknya , iaitu melangkah masuk dgn kaki kiri dan melangkah keluar dgn kaki kanan (:
Yang ketiga , senyum . Senyum adalah sedekah kpd mana-mana insan yg mendapat senyuman ikhlas daripada kita itu . Sesiapa pun boleh bersedekah . Walaupun seseorang tak kaya , Allah telah kurniakan dia nikmat yg boleh dia hulurkan kpd orang lain sepanjang masa tanpa kekurangan apa-apa pun . Sungguh Maha Pemurah kan Pencipta kita ?
Kalau nak ditulis sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W , sebenarnya banyak tak terhingga . Tak susah mana pun , ada hikmah secara lahiriah , jasmani , rohani dan emosi . Yang penting mendekatkan diri kita lebih lagi kpd Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W .
p/s : ini pertama kali saya tulis rencana berkonsepkan kerohanian / keagamaan di mana saya tulis berdasarkan pengetahuan dan pendapat saya . Maaf seandainya ilmu yg dikongsi ini tak mencukupi bagi pembaca . Salah silap dalam penulisan saya harap sudi maafkan , dan sila komen untuk berkongsi , menambah atau membetulkan pendapat saya . terima kasih , wassalam (:
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.