"Bayi Bertukar Menjadi Buaya!!"
Inilah tajuk post yang gempar di facebook oleh abang seguru di ruangan group facebook silat.
Antara intipati post tersebut adalah kisah wanita yang mengandungkan bayi kembar, namun bayinya hilang apabila tiba saat dia ingin lahirkan bayi-bayinya. Dengan kuasa Allah, dia selamat melahirkan bayi kembarnya di rumah. TETAPI?? Untuk kisah lanjut pergi ke blog ini >> Biar Betul! Kisah Bayi Bertukar Menjadi Buaya!
Mungkin ramai yang akan anggap ini kisah tahyul atau rekaan semata-mata, tapi kuasa Allah itu Maha Hebat. Saya percaya semua ini tidak mustahil jika Allah berkehendak :)
Oleh kerana kecetekan ilmu, saya pun komen di ruangan post tersebut bertanya pada Cikgu Shaiful Hakim berkenaan kisah tersebut, malah Cikgu turut mengiyakan kebenaran post tersebut. Berikut adalah antara komen2 Cikgu dan anak2 Gayong lain yg saya kongsikan di sini, semoga bakal memberi ilmu pengetahuan yang baru buat pembaca sekalian. Allahualam.
***********************************************************
ada....... pahlawan buaya tu maknanya org yg ambil ilmu buaya. hebat bertempur d dalam air. penunduk buaya senang nk cari rezeki d sungai. juga ilmu pnyamaran. org tak nampak.
Saya :
Cikgu , tak bertentangan dgn syariat ke ilmu buaya, ilmu pnunduk buaya, ilmu pnyamaran tu?
Cikgu Shaiful Hakim :
ok. soalan yg perlu dijawab tp memerlukan penghuraian yg panjang. utk jwab soalan tu cara ringkas, kita simpulkan ilmu-ilmu kebatinan ini terbahagi kepada 3 jenis. sya gunakan penjelasan dari salah sorang guru saya tuan haji mansor, mantan ydp pssgm kelantan. Selendang Putih, Selendang Merah dan Selendang Hitam.
Selendang Putih:
segala jenis amalan, wirid, mentera, petua, kaedah perubatan, pertempuran, yg tidak bersifat khurafat dan syirik. kebiasaannya berunsurkan Al Quran dan As Sunnah, atau amalan para Sahabat r.ahum, atau amalan2 Tabi'in dan Salafussolihin sehingga lah amalan2 para Ulama'.
yg termasuk dalam hal ini adalah penggunaan air semasa berubat dgn Manzil, rotan, minyak kasturi, kayu gaharu, kayu ko'kak, garam kasar dan lada hitam.
ia juga boleh datang dari warisan budaya nenek moyang yg tidak brcangganh dgn Islan spt penggunaan kayu teras gemuggal, tongkat ali, kemuning kuning, atau mandi bunga yg gunakan bunga2 harum, sintuk dan limau nipis. yg ni tidak menyalahi syariat.
Selendang Hitam:
segala jenis amalan, wirid, mentera, petua, dan lain2 seperti amalan di atas cuma bezanya ia melibatkan Khadam, Jin, Hantu, Syaitan dan lain2 sebagai penolong/penguat/ pembantu dlm melaksanakan tugas2.
dalam hal ini ia biasanya melibatkan Sihir. Sihir terbahagi kepada dua; sihir semata-mata tanpa jin dan sihir yg lagi keji ialah beserta Jin. kebiasaan amalan dlm group ini adalah utk kepuasan nafsu dan membinasakan musuh/org yg tidak disukai. yg ini adalah sama sekali bertentangan dgn syariat.
adapun yg ke-3 adalah selendang Merah. dlm group ini,
ia adalah wirid, amalan dan lain2 yang neutral, tetapi kadang2 shubhah dan bercampur gaul. org yg warak akan meninggalkan amalan2 group ini. tetapi boleh dipelajari untuk kebaikan.
contohnya, ilmu pukau. pukau boleh disalhgunakan utk merompak, mencuri, merogol dan lain2. tapi pukau juga boleh digunalan utk mnyelamatkan diri dan keluarga ketika musuh ramai mengepung.
juga amalan bisa tngan yg boleh membunuh musuh hatta tersentuh jari sahaja dgn izin Allah, ia boleh disalahgunakan utk membunuh dgn cara batil, atau digunalan utk mempertahankn diri dan keadaan terdesak sahaja. ilmu seperti penunduk haiwan contoh di atas utk buaya, adalah ilmu yg elok seandainya tidak ada amalan khurafat dan syirik, dan boleh diguna pakai utk keluar mencari rezeki di sungai. tetapi ia akan mnjadi sesat seandainya "khadam" hadir menawarkan diri utk beri lebih manfaat dan "power".
kebiasaannya yg sesat itu kerana nafsu kita yg mahukan lebih dri yg ada. spt mana kata malaikat Allah Harut dan Marut a.s, bahawa mereka adalah ujian semata-mata pada manusia.,...
itu secara ringkas lebih kurang, yg penting adalah semasa penerimaan ilmu itu, perlu diketahui paling kurang 4 perkara iaitu sanadnya, kaedahnya, pantang larangnya dan cara "menawar"kannya.barulah ilmu/amalan itu dpt 'berfungsi dgn baik' dan barulah ia dpt diselidiki baik buruknya
Saya :
wahh~ terima kasih cikgu ^.^ *hormat gayong*
Shahrin :
panjang cikgu explain..banyak input kitorang dapat..take note..take note..huhu..
Trafalgar :
xpun, explore article2 yg ckgu dah tulis dulu kt narapatinantaboga.blogspot.. ada mcm2 huraian, mungkin leyh mmbantu untuk kita2 yg novice nih..
Abang Syaffiq :
terima kasih banyak cikgu. adik Syahiba kalo nak tau bnyak lg tanya2 lah cikgu ye.
***********************************************************
Sekian perkongsian saya berkaitan dengan dunia silat buat pembaca yang merupakan ilmu Allah yang Maha Kaya. Semoga memberi manfaat hendaknya . In shaa Allah.
Allahualam.