"Assalamualaikum, kakak." "Wa'alaikumussalam, mama."
"Kakak dah beli tike bas belum?" "Belum,ma. Akak sibuk. Nanti-nanti kakak beli tiket. Lagipun, tak ada orang nak temankan kakak."
"Kakak, kan jauh. Perjalanan 4-5 jam. Nanti ayah penat."
Hatiku membentak,"Kan nak sangat kakak balik. Apa salahnya hantar kakak balik U! Jauh sikit je pun. Berkorban la sikit."
Belum sempat aku mencelah, mama menambah lagi, "Kakak kena faham. Ayah kan penat bekerja. Tu nak bayar, ni nak bayar. Ayah nak kena cari duit lagi, nak bagi kakak duit belanja. Akak pun belum dapat duit PTPTN lagi kan. Sekarang kan musim pelancong Arab datang Malaysia. Waktu ni lah ayah nak cari duit."
Hatiku sebak! Ya Allah. Anak jenis apa aku ni!
"Yelah mama," aku akur walaupun dalam hati masih ada sisa-sisa bentakan yang harus kusingkirkan.
"Kakak dah beli tiket bas balik ke universiti belum?" "Dah. Tapi kakak bertolak 8.30 malam. Tiket waktu lain semua dah habis. Tinggal yang malam je. Nanti sampai ke universiti pukul 12 lebih. Bas tu bukan berhenti kat dalam U." aku mula membebel. Setelah berdialog panjang dengan mama, akhirnya mama berkata, "Nanti mama cakap dengan ayah macam mana."
"Assalamualaikum, kakak. Mama nak cakap ni. Ayah dah belikan dah tiket kakak balik"
Aku terkejut. "Ok, terima kasih. Mama cakap kat ayah, terima kasih."
Panggilan kali ini pendek sahaja.
Kadangkala kita sedar, tapi kita lupa.
Kadangkala kita ingat, tapi ego yang tinggi mendahului segala.
Yang aku nak highlight di sini adalah, kita sebagai anak janganlah mudah anggap ibu bapa kita tu tukang buat duit. Senang je nak minta tu minta ni dari mereka. Tapi pernah terfikir tak apa lagi yang perlu mereka buat dengan duit yang telah mereka berikan kepada kita. Mungkin bila kita berjimat-cermat, mungkin sedikit sahajar dari kebiasaan yang diminta, lalu tanpa sedar dah bantu ringankan ibu bapa kita.
Memang tugas dan peranan ibu bapa untuk memberi keselesaan kepada anak-anak, memberi pendidikan, nafkah. Tapi kita janganlah terlalu naik kepala dengan keselesaan ini. Sebab nikmat yang sama Allah berikan tidak mungkin akan diberikan berterusan. Suatu hari nanti Allah mungkin akan uji kita dengan kesusahan harta. Bersedialah kita untuk menghadapinya. Jangan biarkan lidah kita dibasahi kata-kata negatif yang mungkin mengundang kemurkaan Allah. Naudzubillah.
Saya masih ingat kata-kata salah seorang tokoh yang saya minat, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, "Kita jangan hidup untuk mendapat bahagia, tapi untuk memberi bahagia. Akhirnya kita akan berasa bahagia kerana bahagia akan mendatangi kita."
Orang akan cakap, pesara tentera kan ada pencennya. Ya, tapi duit tu untuk perbelanjaan dapur. Barang-barang, kos sara hidup, semua dah naik. Keperluan lain lagi.
Kebanyakan pembaca blog saya ni, belum bernikah dan belum berkeluarga sendiri lagi. Mungkin anda tak akan faham sehingga anda tanya sendiri ibu bapa anda apa yang mereka buat dengan gaji mereka.
Ayah saya kini seorang pemandu teksi eksekutif. Nampak "eksekutif" mungkin ramai menyimpulkan ayah saya bergaji agak tinggi. Duit yang ayah peroleh mungkin tinggi dalam sehari jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi tahukah anda, bahawa pemandu teksi ada hari-hari di mana dia ada penumpang, dan ada juga masanya tiada penumpang untuk beberapa hari?
Dan, bagaimana pula dengan keinginan? Ibu bapa kita sama sperti insan yang lain, seperti kita juga. Mempunyai impian tersendiri. Salah satunya adalah menunaikan haji di Mekah. Apa kata kita sebagai anak yang telah diasuh denga penuh kasih sayang dan lemah lembut oleh kedua-dua ibu bapa kita (tolak tepi pertengkaran dan persengketaan yg pernah berlaku dalam keluarga), cuba untuk merealisasikan impian mereka. :)
Mari muhasabah diri dan ubah diri kita. In shaa Allah :)
image by The Muslim Show *click to view image larger* |