ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ
Assalamu'alaykum WBT,
Kali ini saya ingin kongsikan dgn para pembaca sebuah artikel yg menceritakan musuh dalam selimut, dalam agama kita, Islam iaitu SYIAH.
Pernahkah anda dengar tentang "Syiah" ?
Hari ini Syiah telah menguasai Iran, Iraq, Syria dan bertapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Lebanon. Kehadiran mereka turut dirasai di India, Pakistan dan negara-negara Arab. Mereka juga telah bertapak dan mengembangkan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, kumpulan Syiah terang-terangan telah menubuhkaan pusat-pusat aktiviti dan pengajian (yg dikenali sbg 'hauzah') di Gombak, Selangor, Perak, Kedah dan di Johor.
Kehadiran mereka amat dirasai bila tibanya 10 Muharram setiap tahun di mana mereka akan menyebarkan rencana berkenaan peristiwa Karbala & mengadakan sambutan di hauzah-hauzah mereka. Mereka aktif berdebat di internet dan menyebarkan buku-buku propaganda dgn meletakkannya di masjid-masjid atau tempat-tempat tumpuan awam. Kini, ramai pengikut Syiah di kalangan Melayu; sebahagian asalnya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ttp telah menukar aqidah kpd Syiah & sebahagiannya sememangnya dari keluarga penganut Syiah. Mereka juga bergiat cergas di pusat-pusat pengajian tinggi dan ada di antara mereka yg menyebarkan doktrin ini melalui karya-karya sastera dan bergiat cergas dalam bidang politik.
Sekarang ini puak Syiah ini cuba mendapat pengiktirafan DYMM Yang Dipertuan Agong. Malah mereka turut membuat aduan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membolehkan mereka menyebarkan ajaran sesat mereka di Malaysia.
Siapakah SYIAH ??
Syiah - terutamanya Syiah Imam Duabelas atau Imamiyah atau Jaafariyah - ialah sebuah ajaran yg
memaki & mengkafirkan sebahagian besar sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisyah RA.
Ajaran ini juga
mengatakan al-Quran yg ada sekarang ini telah diselewengkan, juga
mengatakan Allah SWT bersifat Al-Bada' iaitu jahil (ini adalah sifat mustahil Allah),
Imam-imam mereka adalah maksum malah lebih dari Nabi & Malaikat,
menganggap Ali & Hussein RA malah Fatimah RA sebagai tuhan,
bertawaf di Kaabah yg dibina di Karbala,
menambahkan syahadah dalam azan,
menggalakkan perkahwinan mutaah,
bertaqiyyah (berpura-pura dan menipu) & banyak lagi 1001 kesesatan dan perkara-perkara baru dalam Islam.
Syiah turut
mendakwa Saiyyidina Ali RA adalah lebih utama daripada sahabat-sahabat Nabi SAW yg lain. Syiah menghina dan mengkafirkan hampir kesemua sahabat. Ini adalah ciri utama ajaran Syiah. Terdapat beberapa aliran di dalam Syiah itu sendiri tetapi pada dasarnya hampir kesemua mereka mengkafirkan sahabat Nabi SAW.
Syiah BUKAN sebahagian dari Islam malah hakikatnya adalah sebuah agama lain, dan kitalah , Ahli Sunnah Wal Jamaah yg lebih menyayangi Ahlul Bait berbanding golongan Syiah ini.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yg bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi'ah dan mengharamkan penyebarannya di Malaysia. Antara negeri-negeri yang telah mewartakan kesesatan Syi'ah :
- Kedah
- Selangor
- Wilayah Persekutuan
- Terengganu
- Kelantan
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Johor
* rujukan lanjut : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Imam Syafi'e berkata : "Tidak pernah aku melihat golongan yg menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong dari golongan Rafidhah (Syiah)"
- Al-Kifayah , halaman 49 -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nota.kaki :
Untuk pengetahuan para pembaca, entri kali ini merupakan mukadimah yg saya petik dari risalah "Risalah Pemurnian Aqidah : Syiah yang Sesat dan Menyesatkan - Edisi 1/2014" yang disebarkan dgn disisipkan dalam akhbar-akhbar tertentu. Risalah ini memberikan tumpuan utama kpd satu kelompok Syiah yg paling menonjol dewasa ini iaitu Syiah Imamiyah atau Syiah Imam Dua Belas. Golongan inilah yg paling aktif menyebarkan ajaran sesat mereka dan menimbulkan banyak kecelaruan dlm masyarakat kita sekarang ini. Mereka mempunyai ramai penganut di Malaysia dan di serata dunia terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
In shaa Allah saya akan sambung lg perkongsian ini agar sama-sama dapat kita selamatkan aqidah kita dari golongan bertalam dua muka ini. In shaa Allah.