Assalamu'alaykum WBT.
Nama aku Nur Syahiba Haseena binti Ahmad Sowhini.
20 tahun aku bernafas. Sebenarnya HAMPIR 20.
Aku tanya diri sendiri
"Apa yang telah kau buat untuk Islam, Mama Ayah dan diri kau?"
Aku diam. Malu.
Aku seorang pendosa, tapi harapan selalu ada bukan?
Selagi nyawa masih dikandung badan.
Selagi matahari terbit di timur.
Macam orang lemas dalam laut,
Tak tahu berenang, terkapai-kapai.
Tapi atas limpah kurnia kasih dan rahmatNya,
Kau akan lihat aku muncul semula di air.
Bernyawa.
Aku cuba dan semoga terus diberi kekuatan olehNya
Untuk menarik orang yang aku sayang,
Sepertimana mereka yang kasihi aku dan cuba menarik aku,
ke tepian pantai sebuah pulau.
Syurga.
Harapan baru. Noktah.
Tapi ini bukan penamatnya.
Kerna kisah ini baru sahaja bermula.
*koyak lembaran hitam, bukan bukunya*
jiwa,
- Nur Syahiba Haseena -
- Nur Syahiba Haseena -