ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ
kadang kala aku berasa penat dengan semua ini .
kadang kala aku berasa perlu untuk aku berhenti .
kadang kala aku berasa betapa palsunya hidup aku dan hidup mereka !
manusia .
makhluk ciptaan Allah yang paling sukar difahami . walaupun kajian dibuat ke atas manusia untuk berpuluh-puluh tahun sekalipun . keputusan kajian tak mungkin akan kekal sama . suatu hari nanti hipotesis pasti akan ditolak .
manusia .
hidup ini boleh jadi mudah , boleh jadi sukar .
dengan faktor diri kita , orang sekeliling , diri kita dan diri kita .
kenapa nak rumitkan kehidupan yang sudah pun mencabar .
cukuplah Allah sahaja yang memberi kita dugaan .
kenapa tidak permudahkan kehidupan orang lain .
kenapa semakin merumitkan kehidupan orang lain .
manusia . kau sungguh leceh .
bukankah kejujuran itu suatu keutamaan ?
kenapa perlu pendamkan ?
kenapa perlu nak menjaga hati ?
sedangkan tanpa kejujuran , boleh membawa kepada kesan lebih buruk daripada berkata benar tapi pahit .
aku mengerti akan manusia yang terlalu memikirkan hati orang lain .
terlalu menjaga hati insan lain , dan
jauh di benak hatinya sedar atau tidak ,
hatinya merintih untuk dipedulikan semula .
wahai manusia ,
usah pendamkan , usah seksa hatimu .
kelak apabila kau tak mampu bertahan .
bukan dirimu sahaja yang kau lukai ,
insan lain juga akan terkena tempiasnya .
manusia . walau banyak mana pun ilmu kau cari , kau takkan mampu bertahan di dunia ini sebenarnya .
asalkan , kau laksanakan sesuatu kerana Allah , insya-Allah Dia akan permudahkan segalanya yang kita anggap adalah berat .
janganlah kau lakukan sesuatu di atas dunia ini untuk mendapatkannya .
lakukankannya untuk bekalan akhirat .
Lillahi Ta'ala .
*must wake up from this fantasy , it's drowning me down , far from The Almighty*