18 Disember 2013 : (around) hour 1000
A : "Teriknya hari ini."
Saya : "Vitamin D,vitamin D." selorohku.
B : "Syahiba, waktu macam ni dah tak ada vitamin D dah. Dia sampai pukul 9 je." (baru tahu)
Saya : "Kite baru teringat. Ada ustaz pernah cakap kalau waktu dhuha yang makbul bila panas matahari tu rasa terik di kulit kita."
A : "Apa kaitannya dengan vitamin D, syahibaaa.."
Saya : "Err.. Kite cerita jee.."
B : "Oh, dia cerita jee. Tak apa-tak apa. Nanti balik bilik solat dhuha yek."
Sentap. Diam.
Seronok betul mulut berbicara pasal dhuha, tapi hati langsung tak terlintas nak buat. Astaghfirullahalazim.
Itulah dia, peringatan dari Allah. Ya. Peringatan, teguran, pesanan dari Allah boleh datang dalam pelbagai cara dan bila-bila masa je. Boleh jadi dalam bentuk nikmat dan musibah. Boleh jadi melalui teguran seorang hambaNya.
Jom wahai saudara-saudariku kita melaksanakan solat sunat dhuha. Perlahan-lahan kita jadikan sebagai tabiat. Mencuri masa untuk melaksanakan. Bak kata Kak Irni, "Biarlah kita buat tu sedikit janji istiqomah."
Dan tahukah anda? Seorang yang menunaikan solat sunat dhuha diampunkan Allah dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih di lautan. Allahualam.
Yang bermanfaat itu datang dari Allah, yang khilaf itu dari saya. Seandainya saya punya salah dalam perkongsian ini, mohon perbetulkan agar kita tidak terus dalam kesesatan. Fi aman Allah.
p/s : takkan selamanya nak tanya Sheikh Haji Google ye dok?