"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Aug 16, 2013

    Lipbalm oh Lipglossss~

    In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful

    Lipbalm dan lipgloss adalah antara barang2 komestik terpenting bagi wanita. Ia sebahagian daripada hidup wanita!
    Digunakan untuk memberi kelembapan kepada bibir dan membuat bibir kelihatan segar dan menyerlah. Malah ia turut menjadi penyumbang kepada keyakinan wanita untuk berada di khalayak umum.

    TETAPI

    Tahukah anda memakai lipbalm atau lipgloss dengan kerap boleh menyebabkan kanser pada bibir anda?

    "Like seriously??!!"

    Yeah seriously!

    Tapi tidak semua jenis lipbalm dan lipgloss yg boleh menyumbang kepada penggalakan sel kanser pada bibir.
    Tidak. Bukan bergantung kepada jenama tetapi bergantung kepada kandungan yang ada dalam lipbalm dan lipgloss tersebut. Bukan pula saya mengatakan kandungan yg terdapat di dalam pembuatan lipbalm dan lipgloss itu berbahaya.

    Sifat lipbalm dan lipgloss yg boleh menjadikan bibir si pemakai kelihatan berkilau adalah kerana mengandungi plumbum (lead), parabens dan bagi sesetengah jenama mungkin menggunakan bahan yang lain seperti jeli petroleum. So, jeli petroleum ini adalah sebahagian hasil sampingan atau byproduct dari minyak yg digali. Apabila lipbalm anda dioles pada bibir anda, iaitu menyapu jeli petroleum, anda turut sebenarnya memakannya (apabila menjilat bibir setelah disapukan lipbalm), dalam erti kata lain, sama seperti anda telah pun meminum gasolin!

    Dalam satu kiraan penggunaan lipbalm oleh purata wanita yg menggunakan dan juga telah 'memakan'nya selama tempoh sedekad, jumlah terkumpul adalah sebanyak 7 pounds! - okay, saya taktahu 7pounds tu bersamaan berapa kilogram, hehe.

    Untuk pengetahuan anda, Kesatuan Eropah telah banned banyak produk berasaskan jeli petroleum kerana pakar percaya bahawa bahan ini berkait rapat dengan kanser! Wanita yang menghidapi kanser payudara memiliki dua kali ganda hydrocarbon (sejenis molekul yg terdapat di dalam jeli petroleum) berbanding wanita yang tidak pernah menghidapi kanser ini.

    So, bahan2 ini memberi sifat berkilau pada lipbalm dan lipgloss yang kita, wanita selalu gunakan. Sesetengah dermatologist berpendapat bahawa sifat berkilau ini lah sebenarnya telah menarik lebih banyak sinar matahari, dan bertindak sebagai gelas kanta pembesar (magnifying glass), iaitu mengumpulkan sinaran matahari dan memfokuskan sinaran tersebut pada bibir. Lalu menyebabkan kulit bibir kita lebih mudah terdedah kepada sinar ultraviolet yang berbahaya. Hal ini akan meningkatkan potensi sunburn dan kanser kulit. Ada juga berpendapat ia menyebabkan kepada photoaging.

    Oleh itu, sebagai pengguna bijak, kita harus memeriksa label kandungan sesuatu produk, bukan sahaja pada makanan malah alat kosmetik yang hendak digunakan juga. Bukannya sekadar melihat kebaikan2 yang dicetak pada label alat kosmetik itu.
    Adalah dinasihatkan kita mencari dan menggunakan alat2 kosmetik yang mengandungi bahan perlindungan matahari di dalamnya, sekurang-kurangnya SPF30 malah lebih tinggi in shaa Allah adalah lebih baik, dan juga mengandungi paras lead yang rendah. Kini banyak syarikat yang menghasilkan produk2 yang mengandungi SPF (sun protection factor) malah ada yang mengandungi sehingga SPF50!

    Saya ucapkan kepada anda, Semoga Berjaya menjadi Pengguna Bijak!



    p/s : sebenarnya nak letak sekali gambar kanser mulut/bibir, tapi seram sangat nak tengok, batalkan sahaja niat ni.huhu


    Terima kasih kerana membaca :)

    sumber/rujukan:
    - www.sharecare.com
    - ABCNews >> Health >> BeautySecrets
    - www.doctoroz.com