"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Aug 20, 2013

    Syllabus Bioteknologi Industri UMP

    In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful

    Assalamualaikum wbt.

    Sedia maklum ramai antara sahabat saya dan kenalan2 lama yang bertanya di mana saya bakal sambung belajar dan course apa?

    Setakat jawab "UMP di Gambang" , "dapat course Biotek Industri" in shaa Allah tak ada la jemu mana asyik ulang je ayat2 yang lebih kurang sama ni. Tapi kira soalan cepumas juga la bila orang tanya "belajar apa nanti dalam course Biotek tu?". Jenuh la cheq nak menghafai syllabus or subjects yang cheq bakal belajaq sepanjang 8 sem nanti =.="

    Le subjects :-

    * open image in new tab and zoom in,
    sorry for the inconvenience *



    So, saya juga diberi 5 subjek elektif, iaitu seperti yang berikut dan harus memilih 3 subjek sahaja (pada pendapat saya la, hehe)


    * click to view larger image, cute! *

    Perancangan? Buat masa ni hati teringin nak belajar Biopharmaceuticals dan Bioinformatics , in shaa Allah (:
    So, tengok la bagaimana nanti bila dah masuk U hati nak yang mana pula. Perancangan Allah Maha Hebat kan? Dia dah atur yang terbaik untuk kita :)

    Kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan dan pembaca yang bakal melanjutkan pelajaran tetapi bukan di dalam course yang anda minat, percayalah ada hikmah Allah tak beri apa yang anda nak tu, sebaliknya Dia beri anda sesuatu yang anda tidak sukai.

    Apa hikmahnya? Haa.. itu tugas kita lah untuk capai hikmah tu. Berusaha untuk mencintai dan menyayangi apa yang sudah diberi itu, belajar kerana-Nya, in shaa Allah Dia akan tunjuk hikmah yang tersembunyi suatu hari nanti. Tidak semestinya hikmah itu "4 Flat" , tidak semestinya Anugerah Dekan itu satu-satunya hikmah bagi pelajar yang berusaha. Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    ...Dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum 
    mereka mengubah nasib mereka sendiri...

    (dalil Al-Quran, surah dan ayat tak ingat tapi lebih kurang beginilah 
    maksud ayat Al-Quran tersebut yang saya ingati in Shaa Allah)


    May Allah ease your days, aamiin.
    Thank you for reading :)