Walau sekuat mana aku menghayun langkahku
Walau sejauh mana sudah kugagahi
Walau seluas mana pandangan di hadapan
Hati ini tetap ada di masa lalu
Bukan niat kenangkan masa silam
Bukan kehendak mahu menetap
Tapi hati tidak mahu berganjak
Aku berharap kita tidak akan bertemu lagi
Tetapi hatiku berdoa
Agar mata ini dapat melihatmu lagi
Meski dari jauh
Meski kau tidak sedar
Seandai Allah pertemukan aku
Sama yang punya iras wajahmu
Semoga aku tidak jatuh hati padanya
Seperti yang pernah aku rasa untukmu
Kerana tidak akan pernah sama
Dengan apa yang telah aku lalui
Sewaktu aku bersama kamu
Sudah lama waktu "KITA" berlalu
Namun sukar untuk aku mencipta "KAMI"
Kau bawa sekali rasa itu
Yang aku perlukan
Aku tidak mahu kau kembali
Aku tidak pinta kau untuk kembali
Setelah puas aku curahkan rayuan aku
Untuk terus pertahankan KITA
Rayuan itu pasti tidak akan terjadi lagi
Bila kata putus sudah dimuktamadkan
Bila kau muncul lagi
Aku jadi kelu
Hati aku jadi inginkan kamu semula
Walau aku tahu itu salah