Assalamualaikum !
Berita baik buat orang-orang Johor dan sekitarnya. Malah khabar gembira buat pelajar & graduan Bioteknologi dan seumpamanya dari seluruh Malaysia !
Kini BiotechCorp dengan kerjasama ICoE Biotechnology Cluster & BioXcell Malaysia Sdn Bhd memberi peluang
terbuka kepada semua yang ingin mendapatkan pekerjaan dalam bidang bioteknologi dan seangkatan dengan biologi !
Event ini dinamakan sebagai PURPLE FIESTA @ BIOXCELL MALAYSIA 2015.
Untuk makluman pembaca, dalam bidang bioteknologi, kami ada kod tersendiri iaitu bioteknologi biru, merah, hijau dan putih.
BIOTEKNOLOGI BIRU (blue biotech) - BIOTEKNOLOGI MARIN
BIOTEKNOLOGI HIJAU (green biotech) - BIOTEKNOLOGI AGROKULTUR
BIOTEKNOLOGI MERAH (red biotech) - BIOTEKNOLOGI KESIHATAN
BIOTEKNOLOGI PUTIH (white biotech) - BIOTEKNOLOGI INDUSTRI
*saya kini sedang melanjutkan pelajaran dalam White Biotech dalam tahun ketiga di UMPahang*
PURPLE adalah warna yg melambangkan Pemikiran & Pencapaian Intelektual.
Pemilihan warna PURPLE sebagai tema event kali ini adalah sebagai salah satu kempen untuk mempromosi INDUSTRI BIO-EKONOMI di Malaysia. Tujuan festa ini diadakan adalah untuk menonjolkan terutamanya pelajar, graduan dan pensyarah dengan prospek kerjaya dalam industri bioekonomi Malaysia.
Berikut merupakan maklumat lanjut PURPLE FIESTA @ BIOXCELL MALAYSIA 2015:
Tarikh : 12 & 13 DISEMBER 2015
Tempat : BIO-Xcell Malaysia , Nusajaya, Johor.
Di PURPLE FIESTA, beberapa workshops akan diadakan dibawah kelolaan Studio 777 (Studio Train the Trainers). Fokus bengkel ini adalah pendidik, pensyarah dan kaunselor kerjaya. Berikut adalah workshops yang bakal diadakan :
- Technology of Engagement - untuk menarik minat Gen-Y dengan cara penyampaian pembelajaran (teaching delivery) ,
- Biotechnology Industry Updates - oleh Senior Management of BiotechCorp,
- Bio-Xcell Tour, dan
- Personal Grooming Session
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.