Muamalat Orang Melayu kita.
Satu ilmu yg perlu setiap dari kita khatam ialah ilmu "berkata kata di depan, bukan di belakang".
Semua akui bahawa masing2 punya kemahuan sendiri, pendapat, pegangan, persepsi dan pejuangan yg berbeza beza. Perbezaan ini boleh membawa kepada perbalahan, konflik, dendam, jatuh menjatuhkan sampailah
bunuh membunuh dan peperangan. Sejarah menceritakan kerajaan Patani dan Johor berkonflik hanya kerana berpunca dari "percintaan yg tidak halal" yg tidak diselesaikan secara berdepan.
Hakikatnya, dari sebesar besar hingga sekecil kecil masalah, kita perlu berdepan. Mengadap. Bertanya secara baik dan sabar. Jangan lari dari masalah. Jangan lari dari berdepan dengan orang yg kita ada konflik. Buka mulut. Jaga nafas dan relaks. Jgn ikutkan emosi. Dan bincang.
Bila dh bincang dan debat dh mesyuarat, selesaikanlah apa yg tertunggak. Kita serah pada Allah swt selebihnya. Hutang wajib dibayar unless dh dihalalkan.
Hati senang. Hidup bahagia. Rezeki terbuka luas. Kerana rezeki bukan harta dan duit sahaja: umur panjang, sihat tubuh badan, rezeki beribadat, rezeki menuntut ilmu, rezeki anak yg soleh solehah, rezeki bersedekah, rezeki mengajar ilmu dan lain2.
Jangan fikir sindiran dapat selesaikan masalah, jarang2 boleh pakai 'sindiran' tp selalunya tak sampai mesej yg jelas. Jangan fikir mengumpat dapat mengubah keburukan kepada kebaikan. Ia hanya merosakkan amalan kita dan merosakkan diri kita. Berhati hati dlm berkata kata. Nada bincang lain. Nada sinikal lain. Nada nk gaduh pun lain. Yg utama, setiap muamalat perlu ada kontrak perjanjian. Dan patuhilah. Jgn ditukar tukar tanpa persetujuan kedua belah pihak.
Kita juga apabila mendengar berita, selidikilah dahulu. Jangan diforward2 je whatsapp, FB, twitter dan juga buah mulut. Nanti dpt saham share dosa ghibah. Kalau itu fitnah kita pon tumpang semangkuk. Malu pun dapat. Kawan pun hilang. Hormat orang pon dh turun bawah tapak kaki dah.
Kalau bersungguh sungguh, tanyalah cerita dari pihak yg dituduh. Kalau malas layan biarkan berlalu spt curah air ke daun keladi. Banyak benda yg lebih penting dari cerita hal orang. Hidup pun maju. Pencapaian meningkat. Sahabat makin rapat. Rezeki pun berkat.
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Buat baik berpada pada, buat jahat jgn sekali.
Tak rugi bermesyuarat, tak sesal beristikharah.
Semoga dgn peningkatan umur kita maka semakin tinggi meningkatnya roh kita ke tahap yg lebih baik.
Amin....!
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.