Setelah habis sekolah, aku seorang yang kesunyian dengan gelak tawa rakan-rakan baik aku. Sejak sekolah menengah hingga kini, aku tak mudah mengakui sesiapa pun yang rapat dengan aku sbg "Kawan Baik" aku. Boleh dikatakan aku ini seorang "Loner".
Sewaktu belajar di matrikulasi, aku sering berjalan seorang diri, sejak orientasi sehingga lah tamat pengajian 2 semesterku di KMS, begitulah aku lebih suka sendirian. Bukanlah bermakna aku seorang introvert. Bukanlah tiada orang yg sudi berkawan dgn aku, tetapi aku menutup hati aku untuk kawan-kawan baikku sejak sekolah. Bagi aku, mereka tiada galang ganti. Walhal, di tempat lain, mereka punya kawan baik yang lebih baik lagi. Dan aku, terus membelenggui diri aku untuk terus "setia" dengan persahabatan kami.
Namun, aku tetap bergaul dgn rakan-rakan sekelas ku yg lain cuma tak serapat mereka antara satu sama lain. Aku lebih banyak mengisi masa aku sama ada di padang atau di surau as-Saff. Ya, di padang KMS, aku menemui sesuatu yg lebih menyeronokkan yg mengisi masa dan kesunyian di hati ku, iaitu silat.
Apabila yang komitmen datang berlatih semakin sedikit, kami semakin jelas siapa ahli kami. Hubungan kami bertambah erat apabila kami di minta untuk membuat persembahan istimewa pada malam 1 Malaysia KMS. Jadi, kami berlatih hampir setiap hari selepas kelas selesai. Hujung minggu kami isi dgn latihan dari pagi sehingga tengahari. Kadang-kadang kami lajakkan masa sehingga ke petang. Macam-macam gelagat & kerenah yang aku lihat. Lagi-lagi gelagat pasangan silatku , Shasya dan President kami, Aliff yang suka bergaduh mulut pantang bertemu. Bagai anjing dan kucing. Sehingga ke hari ini, dalam group whatsapp, walaupun sama2 UMT, mereka tetap akan bergaduh. Aku hanya mampu geleng dan tersenyum.
Terbawa-bawa dgn ukhuwah yg aku dapat di KMS, aku mencari ukhuwah yg sama di UMP. Dan alhamdulillah aku menemui apa yang aku cari di sini. Hari pertama memperkenalkan diri, menyertai latihan adalah perkara yang paling takkan aku lupakan sepanjang hidupku. Bayangkan, datang latihan silat memakai skirt! Kerana aku sangka, malam itu sekadar perjumpaan biasa. Kekasihku hanya gelak apabila kami imbas kembali kejadian malam itu. Oh ye, di gelanggang UMP, aku bertemu dgn si kekasih hati sekarang. Ukhuwah yang kucari, Cinta yang ku temui. Eceh..
Silat, adalah segala-galanya bagiku. Tiada kata mampu diungkap untuk menerangkan seluruh perasaanku pada silat. Dalam silat, aku menjadi seperti dahulu sewaktu aku dikelilingi kawan baikku. Aku banyak gelak, aku banyak sakit tapi tak pernah berpaling meninggalkan mereka.Silat mengajar aku pelbagai perkara. Hormatkan guru, berterus-terang antara kawan. Dalam silat, aku belajar sakit. Dalam silat, aku terus dididik secara tak langsung untuk menghargai ilmu yg diberi guru, untuk terus mencintai ilmu. Dalam silat aku belajar, bahawa kita tak wujud. Silat mengajar aku terlalu banyak perkara. Sangat banyak. Aku tak mampu untuk mengingati kesemuanya. Kerna Silat memberikan aku banyak kenangan dan pengajaran pada hidupku.
Aku sangat sedih kerana, semester kelima ini, aku jarang meluangkan masa aku untuk silat. Sedangkan aku sudah berbengkung merah. Tapi terpaksa aku meletak tepi tanggungjawab yg sgt aku cintai ini kerna mulut-mulut orang yang menyalahkan silat atas kekurangan aku dalam akademikku. Ia sangat memedihkan hati aku. Aku terpaksa mengabaikan amanah cikgu pada aku. Aku tak mahu mereka terus mengata silat yang aku cintakan ini. Sedangkan aku terlalu merindui untuk belajar silat semula.
Sungguh aku rindu. Terlalu rindu untuk bersilat sehingga aku merasa perlu untuk aku luahkan di sini kerana tak tertahannya rindu ini dalam jiwaku.
Sungguh Aku Rindu.
p/s : Semoga esok aku dapat menjawab peperiksaan dengan tenang, Ya Allah. Aamin.
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.