"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Feb 6, 2016

    27 Tips sebelum Berhenti Makan Gaji untuk Berniaga

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ



    Soalan:

    Assalamualaikum Tuan. Maaf mengganggu. Nak tanya sikit berkaitan berhenti kerja makan gaji untuk berniaga. Apa persediaan yang perlu dilakukan ya?


    Jawapan:
    Waalaikumussalam. Saya bukanlah pakar untuk menjawab soalan seperti ini kerana saya juga baru bertatih dalam dunia keusahawanan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya, antara persediaan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:





    1. Pastikan anda mempunyai simpanan tunai dalam 6-12 bulan sebagai persediaan jika berlaku sebarang perkara yang tidak dijangkakan.

    2. Lindungi diri anda dan keluarga anda dengan takaful sebagai persediaan jika berlaku sebarang musibah.

    3. Maklumkan kepada keluarga anda mengenai hasrat dan perancangan anda untuk berhenti kerja. Kemungkinan besar akan dapat tentangan daripada mereka yang percaya rezeki itu datang dari kerja makan gaji sahaja. Jadi untuk mengubah tanggapan ini, anda sendiri perlu tunjukkan kesungguhan yang anda tahu apa yang anda ingin lakukan selepas berhenti kerja.

    4. Sebelum berhenti kerja, adalah lebih baik jika anda telah berniaga secara sambilan / separuh masa. Ini untuk memastikan anda tidak "terkejut" sebaik sahaja anda berhenti kerja. Banyak perkara asas bisnes yang anda boleh pelajari jika anda mula berniaga secara sambilan / separuh masa.

    5. Hadir ke seminar berkaitan perniagaan & keusahawanan. Cari MENTOR bisnes. Cari ILMU bisnes. Mula bina SISTEM untuk perniagaan anda. Pastikan anda membuat TINDAKAN 200% lebih luar biasa berbanding semasa anda kerja makan gaji. Pastikan INTENTION anda dalam berbisnes adalah untuk menyelesaikan masalah umum. Lihat sahaja semua bisnes yang berjaya, apa yang buat mereka berjaya adalah mereka menyelesaikan masalah umum.

    6. Jangan terpedaya dengan apa-apa SKIM CEPAT KAYA / MLM dan sebagainya. Mulakan bisnes dengan modal serendah RM2,000. Ini adalah nilai yang berpatutan untuk anda mula belajar berbisnes. Kita bukan ANAK BANGSAWAN mahupun JUTAWAN yang boleh terus buka bisnes besar-besar. Tapi kita ada masa, tenaga dan akal untuk kita belajar membina dan mengembangkan bisnes.

    7. Jika ingin pergi jauh dalam bisnes, buatlah bisnes secara berjemaah. Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai dan sanggup untuk sama bersusah-susah dan bersenang-senang. Rakan kongsi yang sanggup bersenang-senang itu ramai. Rakan kongsi yang sanggup bersusah-susah itu susah nak cari.

    8. 3 tahun pertama dalam bisnes adalah fasa yang sangat getir. Lebih dari 90% bisnes akan bungkus dalam 3 tahun yang pertama. Jika anda berjaya melalui fasa ini, dengan izin ALLAH bisnes anda akan boleh terus berkembang maju.

    9. Untuk menceburi bisnes, anda mesti cekal, kental dan yakin tentang apa yang anda lakukan. Mana-mana bisnes yang wujud sebelum berjaya pun ramai yang persoalkan mengenai kemampuan bisnes itu untuk berjaya. Ini perkara biasa. Yang penting anda sendiri mesti percaya dengan diri anda.

    10. Yang terakhir sekali, dalam bisnes anda mesti FOKUS. Bila anda mula berbisnes anda akan nampak banyak peluang lain. Jangan sampai yang dikendong keciciran, yang dikejar tak kesampaian.
    .
    Cukuplah 10 tips ini untuk panduan anda. Rakan-rakan usahawan lain yang lebih hebat dan berjaya boleh kongsikan tips anda juga. Apa-apa pun kita sebagai manusia berusaha, yang beri rezeki adalah ALLAH. Jadi jangan mudah putus asa. Jangan pernah rasa jemu untuk minta pertolongan daripada ALLAH. Selamat maju jaya!


    sumber inspirasi penulisan:
    Status FB Amirul Azraie,

    CV & Resume Coacher.

    diubah semula oleh :
    Nur Syahiba Haseena,
    pemilik blog ini.


    * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


    Berikut pula merupakan perkongsian dari The Vocket (bawah kelolaan Amirul Azraie juga) :

    1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)

    2. Kurangkan komitmen hutang pada bank, sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.

    3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas (rumah/kereta)

    4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas (trading). Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.

    5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6 bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.

    6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
    (pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh dipertimbangkan)

    7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes. Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?

    Banyak duit= Kaya sendiri. Kaya-raya = Legasi perniagaan

    8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.

    9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes. (Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)

    10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.

    11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati, berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.

    12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri (keberkatan)

    13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung. (Jika 6 bulan tidak untung, tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

    14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza.

    15. Sebelum ambil sebarang risiko,pastikan telah persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko.

    16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi (ready for the worst)

    17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.


    **P/S : Nota di atas hanya sebagai cadangan. Pemahaman pembaca terhadap nota ini adalah diluar tanggungjawab saya.


    disclaimer : perkongsian oleh The Vocket bukan merupakan hakmilik Nur Syahiba Haseena binti Ahmad Sowhini, pemilik blog http://misaemomoe.blogspot.my.


    No comments:

    Post a Comment

    Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
    However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.