"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Dec 20, 2011

    Karangan BM : Pelaburan Asing


    Latar Belakang

    • Pemimpin kita bertekad menjadikan Malaysia negara perindustrian.
    • Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan kemasukan pelaburan asing untuk mengatasi masalah kekurangan modal.
    • Pelaburan asing menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
    • Melaluinya, wawasan kerajaan dapat direalisasikan.
    • Kerajaan menggubal dasar untuk memberi jaminan serta menggalakkan pelaburan asing.

    Kepentingan
    • Kemasukan pelaburan asing ke negara ini memperluaskan aktiviti perindustrian dalam negara 
    • Pelaburan asing membantu pertumbuhan ekonomi yang pesat.
    • Menawarkan peluang pekerjaan, sekali gus mengatasi masalah penggangguran di kalangan penduduk tempatan.
    • Banyak projek usaha sama yang dapat dilaksanakan, terutamanya dalam sektor industri berat.
    • Skop industri dapat berkembang lebih meluas dengan adanya teknologi dan kepakaran.
    • Pengeluaran / produktiviti semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.
    • Eksport barangan pembuatan semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.
    • Menggalakkan kemasukan dan perkembangan teknologi canggih serta kepakaran dari luar negara.
    • Pelabur asing mampu memindah teknologi bagi meningkatkan daya pengeluaran.
    • Membawa masuk pekerja mahir yang turut membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu.
    • Pelabur asing menggalakkan Penyelidika dan Pembangunan ( R&D) dalam industri tempatan, membantu kemajuannya, termasuk penemuan-penemuan baru.
    • Pelaburan asing turut membantu pertumbuhan guna tenaga dalam negara, menambah jumlah guna tenaga mahir.
    • Menggalakan berkembangnya industri kecil (IKS) dan sokongan.
    • Permintaan bagi pekerja mahir dan separuh mahir terus meningkat.
    • Selain mengatasi pengganguran, turut meningkat taraf hidup rakyat Malaysia.
    • Pelaburan asing turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dalam negara kita.
    • Bagi menjamin kelicinan perkembangan industri, kerajaan membaiki dan menambah infrastruktur awam demi kepentingan bersama.
    • Kerajaan mendirikan jalinan lebuh raya, system telekomunikasi canggih, lapangan terbang KLIA untuk menarik pelaburan dan memberi kemudahan / perkhidmatan yang lebih baik.
    • Pelabur asing turut melibatkan diri dalam menyediakan infrastruktur secara usaha sama.
    • Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan lebih banyak bahan mentah dieksploitasi.
    • Perindustrian negara berasaskan eksport
    • Banyak projek mengeluarkan barangan siap dilaksanakan
    • Bahan-bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, dan bijih timah diusahakan dalam negara.
    • Menambah pendapatan negara melalui eksport
    • Boleh mengatasi risiko seperi permintaan dan harga komoditi yang tidak stabil di pasaran global


    No comments:

    Post a Comment

    Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
    However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.