"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."~ Ayatul Kursi ~
Dec 18, 2011
Karangan BM : Pelancongan 5 : Inap Desa
Pelancongan Desa (Homestay).
• Pelancongan Desa atau 'Homestay' merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung. 'Homestay' diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi tersebut di kalangan penduduk kampung. Pelancongan desa dapat memajukan pelancongan eko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasan desa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatan Pelancongan desa yangberasaskan pertanian misalnya, dapat memberi pengalaman kepada pelancong merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi dengan melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.
• Projek ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemimpin masyarakat, individu dan warga desa tentang pendapatan sampingan yang boleh diperoleh daripada aktiviti ‘homestay’ di tempat mereka.
• Untuk menggalakkan pelancong datang dan mendiami kawasan luar bandar, penduduk luar bandar perlu diberi panduan atau orientasi dan persiapan mental untuk sedia menerima pengunjung luar secara yang lebih professional dan sistematik. Secara tidak langsung, pelancongan desa mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Persediaan Ke Arah MenjalankanProjek ‘Homestay’
• Menyediakan kemudahan infrastruktur kawasan seperti rumah penginapan, kantin, bekalan air bersih, elektrik, jambatan gantung dan kemudahan- kemudahan asas yang lain.
• Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung, memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan, memerhati burung, melawat ladang, kebun buah-buahan, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik.
• Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada para pelawat daripada dalam dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta (agensi pelancongan).
• Membangunkan kawasan-kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan dengan menyediakan penginapan dankawasan menjamu selera.
• Projek Homestay adalah satu konsep penginapan yang unik dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin merasaipengalaman menjalani cara hidup masyarakat Melayu.
• Kampung-kampung yang terlibat di dalam projek ini sangat komited dalam memberikan gambaran sebenar cara hidup masyarakat Melayu. Di samping itu. projek ini memastikan setiap pengujung yang memilih penginapan secara 'Homestay' memperoleh pengalaman yang menggembirakan selain dapat meningkatkan pemahaman mengenai budaya Melayu. Contoh Projek ‘Homestay’ : Banghuris
• Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris.Banghuris merupakan program ‘homestay’ pertama bagi Daerah Sepang.Setiap kampung mempunyai jentera pentadbiran yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang berasingan.Nama 'Banghuris' mula diiktiraf
Pada 14 Mac 1997 dengan Jawatankuasanya terdiri daripada wakil setiap kampung yang bertanggungjawab mengendalikan program bersama dalam aspek yang lebih menyeluruh bagi ketiga-tiga kampung.Projek ini terletak di dalam Mukim Sepang dengan jarak 50 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur dan 30 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
• Keseluruhan jumlah penduduk Banghuris adalah seramai lebih kurang 6,500 orang dengan keluasan tanah lebih kurang 1,200 hektar (3,000 ekar). Kampung-kampung ini telah dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, klinik, rangkaian jalan kampung, sekolah rendah dan sekolah menengah, sekolah agama, masjid, klinik kerajaan, balairaya, tadika dan sebagainya.Hampir 90% tanah di Banghuris digunakan untuk projek-projek pertanian, dusun buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa dan kopi.Sumber pencarian penduduk di sini ialah sektor pertanian, kerajaan, kontraktor, pekerja kilang, nelayan, industri kecil dan perniagaan runcit.
• Banghuris merupakan pengeluar terbesar industri makanan ringan di daerah Sepang dengan pengeluaran seperti kerepek ubi, pisang, keledek, tempe, cakar ayam serta kuih tradisional.Pada masa ini, projek pelancongan "Homestay Banghuris" adalah lebih menonjol denganpelbagai promosi telah diadakan di dalam dan luar negeri bagi menarik lebih ramai pelancong menyertai program ini untuk menikmati suasana kehidupan kampung serta adat istiadat.Buat masa ini, purata kehadiran pelancong dalam dan luar negara melawat dan tinggal di ‘homestay’ lebih kurang 2,500 orang pada tahun 2000.
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.