Assalam . Tadi saya buka facebook . Kat news feed keluar la latest update facebooker kan kan kan ? Kadang-kadang tu keluar juga yg semalam punya :3
Lepas tu ada satu page ni , post link . Saya pun buka laa .
Taraa . Keluar tajuk Tips Takluki Hati Pasangan Anda oleh Pemanis Kata ^-^
Sekarang ni ,rasa nak share dengan kalian pulak . Hehe *winkwink ;)
So , sila la baca . Jangan segan2 . Hehe
Oh ye , yg warna putih dlm kurungan tu , reaksi / pendapat saya utk tips2 kat bawah ni . Saya ni memang byk songeh :P
- jadikanlah pasangan anda sebagai sahabat baik anda. (setuju sangat !)
- selalu mengirimkan pesanan ringkas kepadanya walaupun hanya berkata " i love u" (err..no komen)
- lelaki sukakan wanita yang pandai membawa diri, berdikari, dan tidak kekok dalam apa-apa situasi sekali pun. (pendek kata fleksibel dlm semua keadaan)
- wanita pula sukakan lelaki yang selalu mengambil berat akan dirinya. (tapi tak kalau mengongkong)
- jika melakukan kesalahan, jangan malu untuk meminta maaf. (agar perhubungan dpt diperbaiki)
- lelaki akan ketepikan segala ego demi wanita yang di cintainya. (kadang-kadang tapi susah nak jumpa lelaki yg menangis kerana pasangannya)
- kata orang tua-tua, tawan hati lelaki dengan mengikat perutnya terlebih dahulu. (ok , kena belajar memasak -,- )
- setiap manusia punyai kekurangan. cintai pasangan anda kerna dirinya seadanya. bukannya kelebihan dan kehebatannya kerana jika suatu hari nanti kelebihan dan kehebatan itu hilang, anda akan membencinya.
- beradalah di sisi pasangan anda ketika senang dan susah adalah kunci kebahagiaan.
- carilah masa untuk menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti kegemaran pasangan anda.
- bila pasangan anda sedang bercakap, pandanglah matanya, berikan tumpuan dengan percakapannya, jangan bersikap sambil lewa.
- jika wanita sedang marah, pujuklah hatinya dengan lembut, tanyakan kenapa.. jadilah pendengar yang setia..
- jika lelaki sedang marah, limpahilah pasangan anda dengan kasih sayang.. pujuk hatinya, jika masih tidak berjaya, biarkan dia bersendiri dahulu.. bila keadaan kembali reda, dia akan kembali mencari anda. percayalah!!!
- kaum adam kebiasaanya akan bercakap terus terang, berlawanan dengan kaum hawa yang lebih suka berlapik ketika bercakap. (yeke ?)
- lelaki suka menganggap segala-galanya adalah mudah dan senang dalam segala hal... lain pula dengan wanita lebih cerewet dalam setiap perkara.. (mcm mama , hehe)
- sayangi pasangan anda berpada-pada.. kerana terlalu sayang akan menjadi benci malah sebaliknya.
- kadang-kadang pasangan kita juga memerlukan masa bersama keluarga dan kawan, jangan di sekat kebebasannya tetapi tidak pula di biarkan terlalu bebas. ini bermakna, beritahu pasangan anda ke mana anda ingin pergi, dan bersama siapa.. jangan timbulkan syak wasangka kepada psangan anda.
- tidak kira di mana anda berada, ingatlah status anda. ada hati yang perlu di jaga yer. jangan terlalu bebas bergaul. takut nanti ada yang tersangkut dengan anda.. masalah nanti.. (dulu mcm ni la , harap-harap tak buat lagi pd masa hadapan ;) )
- perkenalkanlah pasangan anda kepada kawan-kawan anda yang lain, agar dirinya terasa begitu berharga buat anda.
- sahabat si dia adalah sahabat anda juga, kata orang bila pasangan kita berkawan dengan kawan-kawan kita yang lain, maka dia akan lebih mengenali anda dengan dekat. tidak timbul juga masalah di kemudian hari :)
- berikan kejutan kepada si dia dengan memberinya hadiah, jangan tunggu untuk hari istimewa sahaja.
- bawa si dia di majlis-majlis keluarga. agar si dia tahu yang anda benar-benar serius dengannya.
- dari mata turun ke hati.. tatap lah matanya ketika bersama.. (tapi jangan pandang lama-lama sangat , nanti jadi zina mata . syaitannirrojim sentiasa ada bila lelaki dan perempuan bukan muhrim berdua-duaan)
- jangan lupa ucapkan "terima kasih" untuk setiap perkara yang si dia lakukan.
- tanya hati anda, mengapa mencintai dia??? kerana cinta itu cukup suci untuk di permainkan. cintai pasangan anda seadanya kerana si dia mncintai anda apa adanya ^^ (kadang-kadang cinta tak perlu sebab apabila sudah ikhlas :') )
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your opinion(s), idea(s) and critic(s) (:
However, negative comment(s) is not allowed & I, as the author is not going to be responsible for any law action taken on you by any party.