"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Dec 29, 2016

    Pregnancy Diary : My First Pregnancy !

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Alhamdulillah hampir setahun menikah, Allah kurniakan kami suami isteri dengan berita gembira, iaitu zuriat!

    Dapat tahu lepas balik dari trip Enactus UMP ke Indonesia, kira-kira awal bulan November jugaklah. Si suami boleh pula belikan kite pregnancy test kit yang canggih, siap boleh estimate berapa lama dah conceive. Masa buat test tu dah 3 weeks+. Common thing yang buat married women nak buat pregnancy test ofcourse la sebab menstrual period yang lewat.

    So last week, on December 21 2016, waktu ni cuti untuk study week, so balik bertemu dengan sang suami yang dirindui. Dua bulan tak jumpa taw ! So esoknya, suami bawa I pergi jumpa gynaecologist kat Kajang, Klinik Aisha. Buat 2D ultrasound scanning.

    For your information, in order to get clear image during scanning, kena minum at least 500mL air mineral. Oh No ! Dahla baru sudah makan tengahhari siap minum jus epal hijau, then kongsi cendol pula dengan hubby. Dan minum nak dekat 500mL air mineral, rasa nak terkucil pula. Tapi nurse tak bagi sebab katanya Doktor nak full bladder. Ni bukan full bladder, ni anytime-to-explode bladder. Dah la masa tu lama sangat previous pesakit consult dengan Doktor. Bila dah tak tahan sangat nak pergi tandas, then my turn pula untuk scanning, Alhamdulillah !!

    Dah masuk bilik scanning, ingatkan dapatlah terus scan dan tengok baby, rupanya kalau suami ikut, suami kena tengok sekali. Masa ni pula Hapis pergi bank keluarkan duit dan bateri handphonenya habis. Sepanjang tunggu suami tu, Doctor tanya bila first day of my last period? Bila dia calculate, my fetous should be already 11 weeks+.

    Tapi kalau ikut kiraan sendiri, macam baru nak masuk 10 weeks. Yela, sebab both me and my husband kan PJJ. Jarang jumpa. Tak lama lepas tu, suami pun sampai dan start scanning.

    Nak scanning tak boleh nervous, so I pun tenangkan diri even tak tahan dah nak pergi tandas. Doktor pun tutup lampu & yang kelihatan hanyalah monitor ultrasound scanner. . .

    Ya Allah, nak menangis tengok baby golek-golek dalam rahim kita. I could never forget that moment! And that moment I took a glimpse on my husband too. I could see him almost burst into tears. Jangan la menangis, sayang, nanti I nangis jugak (T.T)

    Doktor kata baby ni aktif sangat, macam-macam gaya akrobat dia buat. Dalam fikiran kami berdua, tu bukan akrobatik, tapi silat ! Hehehe..
    And the best part was, bila masuk waktu Asar, azan pun berkumandang. Si kecil yang tak boleh duduk diam ni, terus pegun, tangannya diangkat seolah-olah dia pun turut bertakbir. Masha Allah ! Kagum sangat masa ni. Dah habis azan, dia sambung golek-golek lagi.

    Doktor prescribed me to take folic acid & obimin. But since I already purchased folic acid somewhere else, so Doktor bagi obimin je. Obimin makan waktu siang & Folic acid makan waktu malam. We also got a film & a disc containing short video clips of our baby during scanning.

    However, my recent studies on function of folic acid & obimin made me to know that obimin & folic acid cannot be consumed at the same time sebab obimin juga mengandungi folic acid. A pregnant woman shall take at most 400microgram of folic acid per day & tak boleh overdose dalam consumption of any pregnancy supplements. (I referred to mothers' blogs & scientific articles)

    Since I got different instruction from my gynaecologist, so untuk safety purpose, for now I will consume either Folic acid or obimin only in a day. Maybe I could consume both of them alternately. I will consult with the Doctor and other experts too (dalam bidang Gynaecology of course).


    Tak sabarrr untuk second scanning next year !

    Miliki Rumah : Panduan untuk Newbie

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Panduan ini sebenarnya personal guide untuk diri sendiri bila mampu untuk miliki rumah sendiri bersama suami nanti.

    Sumber artikel : Persediaan Newbies sebelum Boleh Beli Rumah Pertama

    1. Semak DSR

    DSR = Debt Service Ratio adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan.
    Semakin tinggi nisbah, semakin banyaklah hutang / komitmen korang. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah yang korang boleh dapat.
    Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank namun konsepnya tetap sama. Lain bank, lain SOP dia. Rajin-rajinkanlah diri ke bank untuk bertanya ya!
    Formula DSR = Jumlah Hutang + Ansuran Bulanan Rumah Mahu Beli / Pendapatan Bersih X 100%
    *Ansuran rumah yang perlu dibayar boleh semak guna aplikasi iMoney dekat Google Play Store.
    Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%.
    DSR korang bawah 60%? Bagus. Baca nombor 2.

    2. Semak Kelayakan Pembiayaan

    Kena semak berapa pembiayaan perumahan yang bank boleh bagi berdasarkan pendapatan korang. Boleh pergi ke bank untuk bertanya. Bawa penyata gaji bersama.
    Setiap bank lain prosedurnya. Paling senang kiraan kasar dia adalah:
    Pendapatan bersih x 200.
    Contohnya : Gaji korang lepas tolak komitmen tinggal RM 1,000. RM 1,000 x 200=RM 200,000. Jadi carilah rumah yang bawah RM 200,000.

    3. Semak CCRIS & CTOS

    Pernah buat loan dengan bank? Ada kad kredit? Bayaran ansuran cun? Kalau tak cun baik korang semak balik berapa tertunggak. Sebabnya bank takkan luluskan pembiayaan jika rekod laporan CCRIS (Central Credit Reference Information System) korang barai ataupun pembayaran balik tak tepat pada masanya. Sila semak laporan CCRIS ya.
    Kadangkala korang tak sedar pun kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik-beradik ataupun saudara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang tertunggak.
    Cara-cara periksa rekod CTOS di hujung jari.

    Langkah download laporan CTOS

    1. Download aplikasi “CTOS” di Apps Store Play Store.
    2. Tekan butang “Sign Up” untuk pertama kali.
    3. Isikan maklumat yang diminta.
    4. Upload gambar kad pengenalan untuk pengesahan.
    5. Selesai semua langkah, klik “Submit” untuk pihak CTOS hantarkan laporan (perlu tunggu 3 jam waktu bekerja).
    6. Laporan kewangan akan dihantar melalui emel.
    7. “Log in” aplikasi ini untuk lihat rekod kewangan (boleh tengok credit score meter sama ada Excellent atau Very Weak).

    4. Semak Duit Pendahuluan

    Sangat berminat nak beli rumah tapi duit pendahuluan pun tak ada susah juga. Nak beli rumah ni banyak kena keluarkan duit terlebih dahulu.
    Ada kos guaman, kos penilaian harga rumah, kos duti setem dan lain-lain kos lagi. Pastikan ada tunai dalam 15% daripada harga rumah tu. Kalau rumah harga RM 120,000 paling tidak korang kena ada RM 18,000.

    5. Semak Pekerjaan

    Bank adalah institusi kewangan yang berniaga. Mereka hanya akan berniaga dengan orang yang layak dan berkemampuan untuk membayar balik ansuran tepat pada waktunya. Bank susah nak berikan pembiayaan jika pekerjaan korang berisiko seperti bekerja secara kontrak.
    Contohnya, bulan ni masuk gaji penuh, bulan depan masuk separuh. Tak konsisten. Jadi, bila korang yang baru bekerja tu, pastikan ada penyata gaji untuk 6 bulan.

    6. Beri Kepercayaan Kepada Bank

    Ada orang yang langsung tak ada hutang dengan pihak bank. Baguslah. Tak ada rekod CCRIS boleh mohon pembiayaan perumahan? Ya, boleh saja.
    Biasanya bank akan tawarkan kad kredit juga kepada korang. Logik bank macam ni; Ada seorang datang jumpa korang yang langsung korang tak kenal. Lalu dia nak pinjam duit RM 5,000. Dia janji nak bayar ansuran setiap bulan, agak-agak korang bagi tak?
    Jadi, laporan CCRIS berfungsi sebagai kebolehpercayaan pihak bank kepada korang. Jika korang ada kad kredit ataupun ASB Financing RM 50,000 dan bayaran bulanan cantik, barulah bank percaya keupayaan bayaran balik korang tu. Tapi ingat, ASB Financing akan dikira komitmen jika belum mencapai setahun dan kad kredit juga akan dikira sebagai komitmen 5% berdasarkan baki hutang.

    7. Sediakan Dokumen Yang Lengkap

    Jika LULUS semua perkara di atas, terus sediakan dokumen-dokumen berikut;
    1) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
    2) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (2 Tahun)
    3) Surat Pengesahan Majikan (kalau penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
    4) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun OK kalau bulan tu ada terima bonus ataupun OT)
    5) Penyata EPF (terkini)
    6) Penyata Bank (3 bulan – 6 bulan, ikut nombor 4)
    7) Dokumen Sokongan:
    i. TH, ASB, Fixed Deposit
    ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
    iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk perkiraan DSR.
    iv. Sebarang dokumen yang boleh menampakkan kau mampu membayar ansuran bulanan.
    v. Laporan CCRIS
    Dah nampak sikit-sikit aturannya? Okay bagus.
    Perbaiki profail kewangan terlebih dahulu. Pergi ke beberapa bank untuk semak kelayakan korang membuat pembiayaan perumahan.
    Lain bank, lain polisi dia. Bawalah semua dokumen yang lengkap dan CCRIS sekali semasa jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan tu.
    Masa lapang tu bukalah Mudah.my, Property Guru atau berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Korang juga boleh berguru dengan orang yang berpengalaman dan orang yang positif serta minat dalam pelaburan hartanah.

    Apr 22, 2016

    Random

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Assalamualaikum semua.

    Sorry lama tak update blog ni. Saya sangat sibuk dengan beberapa priorities. Lagi-lagi dah sem 6 (Tahun 3), kena buat proposal utk PSM (Projek Sarjana Muda). Aktiviti kelab pula, semester ni saya lebih fokus pada EnactusUMP sebab kami dalam peringkat naiktaraf projek NADI & projek SeWangi untuk peserta kami, iaitu penduduk berpendapatan rendah di Bukit Kenau, Pekan, Pahang.
    Baca lanjut tentang projek NADI & SeWangi di sini >> Linked In

    I've been less spending time for silat training sebab nak settlekan assignments dan quizzes since waktu latihan pada waktu malam hari Selasa & Khamis. Makin berat tulang ni weyhh lama tak training silat. Urat pun dah kematu tak boleh nk stretch tangan mencapai jari kaki.

    Mar 31, 2016

    PROMOSI RM60 untuk 8 e-Books !

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Hari Terakhir PROMOSI bulan March 2016!! Jangan tangguhkan lagi ilmu ini kerana sudah berapa lama kita tangguhkannya selama ini. Jangan tahun 2020 nanti baru cakap 'Kenapa la Aku tak tahu ilmu ni 5 tahun lepas'. Dapatkan Sekarang Set Combo ASB Genius & Hartanah . Pasti berbaloi untuk anda

    PROMOSI TERKINI :
    Hadiah Upgrade:
    Cabutan Pelanggan bertuah:
    1) 1 unit IPad Air 2
    2) 1 unit IPad Mini 4
    untuk 2 pelanggan set Combo ASB Genius & Hartanah bertuah yang melanggan sepanjang bulan March 2016.
    Cabutan akan diumumkan pada 7 April 2016
    ***

    Berikut adalah detail bagi harga produk yang kami terbitkan:

    1. Ebook 'ASB Genius' (RM78)
    Khairul Ezuwan
    Banker/writer/Independent Speaker untuk 60 Siri Seminar Potensi ASB & Hartanah and Seminar ASB Genius

    2. 9 'Video Digital ASB Genius' (berdurasi 1 jam 20 minit) (RM159)
    Khairul Ezuwan
    Banker/writer/Independent Speaker

    3. Ebook 'Pencen Mewah Dengan Hartanah' (RM66)
    Huzaifah Abdullah Sani
    Investor / Blogger/Writer

    4. Ebook 'Panduan Lengkap Strategi Pelaburan Shoplot' (RM55)
    Huzaifah Abdullah Sani
    Investor/Blogger/writer

    5. Ebook 'Teknik Sublet' (RM35)
    Mohd Safuan @ Wan Infolelong
    (REN/writer/ Speaker

    6. Ebook '10 Tips Pelabur Newbie'(RM33)
    Abang Ensem
    CEO/Ex-Banker/writer/speaker

    7. Ebook 'Mudahnya Beli Rumah' (RM35)
    Dr Azizul Azli Ahmad
    Lecturer/Investor/writer/Speaker

    8. Ebook 'Aku Tuan Rumah' (NEW)
    (RM35)
    Huzaifah Abdullah Sani
    Investor/Blogger/writer

    9. Extra Free: format Dokumen (Microsoft word) (NEW)
    i) Tenancy Agreement
    ii) Sublet Agreement

    HARGA SEBENAR SEMUA ITEM : RM461
    ***

    TAWARAN ISTIMEWA KAMI KALI INI DENGAN CABUTAN HADIAH ISTIMEWA UNTUK SET COMBO INI SEHINGGA 31 MARCH 2016 DENGAN HARGA RM60✔ SAHAJA.

    Klik link disini untuk order:

    Pembayaran RM60✔ boleh dibuat ke akaun :
    • JENTAYU SERVICES: 564397112487 (MAYBANK)
    • Email address: asbgenius7@gmail.com
    • Boleh Whatapps bukti bayaran
    • atau sebarang pertanyaan ke: 0172841849

    (Ini adalah EBOOK & VIDEO DIGITAL)



    Mar 30, 2016

    SUMBANGAN UNTUK GELANDANGAN

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Dimanakah kita?

    Dimanakah kita di saat ada hati yang sunyi mengharap secebis kasihan di jalanan yang menghitam?

    Sambutlah tangan barisan gelandangan yg menyongsong hidup dengan senyuman meskipun pahit dan kelam tidak tertelan.

    Hidup sebatang kara tidak diendahkan dan masih terkapai mengais rezeki
    untuk menempah kemewahan dunia meski berlagu secebis roti.

    Marilah bersama menggenggam semangat mereka walau kebasahan dalam kehujanan.

    JANGAN BIAR SIRNA TANPA BERSUARA!


    Ayuh, bersama kami,
    Kelab ENACTUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG !

    Membantu meringankan beban golongan gelandangan ini
    agar mereka dpt menikmati kemanisan hidup mereka.

    Sebarang sumbangan berbentuk tunai atau barangan terpakai 
    amat dialu-alukan utk disalurkan kepada mereka.