"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Dec 30, 2013

    Biltaufiq Wannajjah

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Assalamualaikum w.b.t

    Minggu peperiksaan telah bemula bagi rata-rata universiti yang wujud di Malaysia ini. Saya ucapkan selamat berjaya kepada kawan-kawan seperjuangan dalam menduduki peperiksaan akhir semester bagi sesi 2013/2014.
    Dan bagi saya serta kebanyakan pelajar-pelajar tahun pertama Universiti Malaysia Pahang, ini adalah peperiksaan pertama kami di peringkat universiti. Semoga kami dapat melalui peperiksaan akhir semester pertama ini dengan tenangnya, aamin (:

    le examination schedule
    *click to view larger image*


    le examination slip
    *click to view larger image*

    p/s : 5 papers more in shaa Allah (:



    Dec 29, 2013

    perangkap


    aku terperangkap antara dunia
    dalam halusinasi dunia masa lalu
    dan impian masa hadapan.
    bagaimana harus lari 
    kotak hitam terus mengelilingi

    aku melangkah ke hadapan 
    seperti orang buta
    mengundur ke belakang
    umpama lari dari impian
    untuk mencari cahaya 

    dahulu ku jatuh hampir lemas
    mampu ku capai apa yang ada
    agar terus terselamat dari tenggelam
    kini aku sendiri yang lepaskan
    membiarkan diri sendiri lemas ke dasar

    Dia tak pernah tinggalkan aku sendiri
    kerana jika begitu matilah aku
    tapi aku yang menjauh
    lalu tersedar silapku
    terhegeh-hegeh ku berlari
    demi dapatkan semula dakapan-Nya

    hati aku mati.
    titik hitam penuhi hati
    aku tak mampu selamatkannya lagi
    mahu dibuang tapi tiada ganti
    hilang habis musnah semua yang aku bentuk
    ucapan selamat tinggal kini bertukar
    selamat kembali "Syahiba yang lama".

    Dec 25, 2013

    A Letter to Married Aiman

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Assalamualaikum. So i've read a post by blogger, Aiman Azlan. Such a sweet and inspirable post.
    You can read the full post here >> Aiman Azlan : A Letter From Single Aiman to Married Aiman

    "There are some good advises in his letter which are not just good for married people, but also applicable to all people. Yes, they are like a universal advises."

    "Don’t expect uniformity. Uniformity doesn’t lead to unity. Diversity leads to unity and Islam celebrates diversity, but with limits."

    "Be a leader, not a dictator."

    "Know that both of you are on the same team, so don’t think about winning or losing. Use the Quran and the Sunnah as a guide, not as a weapon to bring the other down."

    "They (kids) learn mostly from your actions, not from your words. So pay closer attention to what you do than what you say. They will always look to you for examples, so be the best example that you can be."

    "In general, know that you will make mistakes. You are not perfect. But when you do make mistakes, please own up to them. Don’t let your pride and ego get in the way. If you know that you are wrong, admit it first and foremost to yourself. Don’t lie to yourself. Don’t try to justify yourself with lame excuses. If you’re wrong, admit it. Learn from mistakes, grow, and move on."

    "Be open to change. You’re not perfect. You don’t know everything. There’s always something new to learn. Something new to improve."

    "Find the good in people. Everyone has flaws; you wife has flaws and your kids have flaws. You have flaws. But choose to focus on the good and always mention the good, and seek to improve the not-so-good."

    "Don’t judge other people, judge only yourself. You don’t know the condition of people’s hearts. What you see with your eyes is not the whole story, so leave the judging part to Allah."

    "Hate the wrong actions that people do. Don’t hate the people that are doing it."

    "Be the solution, not the problem. Know that the most valuable things in life are not things."

    - Aiman Azlan.


    *muhasabah diri juga*

    Dec 21, 2013

    It's WoW !!


    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    13 Disember 2013

    Tatkala selesai menyegarkan badan dan ingin menunaikan solat fardhu Maghrib, lagu Ruang Rindu nyanyian Letto kedengaran dari atas meja belajar. Khuatir itu panggilan penting, segera saya tinggalkan sejadah untuk menjawab panggilan.

    (dialog perbualan telah diringkaskan)
    “Assalamualaikum, Syahiba ke ni?” “Ya, saya. Ni siapa ye?”
    “Ni akak nak beritahu, kita kena bertolak sekarang.”
    “Ha!! Tapi tapi tapi. . . Saya tak bersiap lagi! Saya ingat bertolak jam 10 lebih.”
    “Oh tak ape. Syahiba bersiap dulu. Nanti telefon akak di nombor ni semula.”

    Setelah selesai solat fardu Maghrib, segera ku kemaskan pakaian dan barang-barang penting yang lain ke dalam beg kuliah. Saya sekadar bawa sebuah beg galas dan beg kecil untuk isi kain telekung dan tuala.

    Pantas ku menuruni anak-anak tangga Blok C2, melangkah besar menuju ke tempat yang telah dijanjikan. Segera ku dail semula nombor kakak tadi.
    “Syahiba dah solat Isyak ? Solatlah dahulu. Tuan kereta pun tak ada dalam kereta kan?”

    Kerana tergesa-gesa, saya tidak mengikuti jemaah Isyak pada waktu itu. Sesudah mengenakan tudung, ada seorang kakak yang ingin mengambil wudhu’ menegur, “Syahiba ye? Akak yang telefon kamu.” Pertemuan pertama kali dengan kakak Amira binti Aris, yang tanpa ku ketahui rupanya adalah senior tahun akhir fakulti ku sendiri. Setelah itu, saya berkenalan pula dengan Kakak Izati, yang bakal membawa saya dengan keretanya. Rupa-rupanya saya tidak keseorangan selain dengan kakak berdua tersebut. Ada seorang lagi ukhti bernama Athikah yang merupakan kawan kepada roommate ku turut sama menyertai perjalanan kami.

    Setelah hampir sejam perjalanan, akhirnya kami tiba di Pusat Aktiviti Pelajar di UMP Kampus Pekan. Bukan kali pertama ku jejakkan kaki di sini, tapi adalah kali pertama saya bakal menginap di sini selama dua malam.

    Tibanya di Masjid di tingkat dua, rupanya saya dan Athikah antara peserta yang terawal tiba di sini.
    Setelah menunggu tidak lama, peserta-peserta yang lain pun tiba.

    Dan program Kem “Wonderful Weekend” pun bermula dengan sesi “Ice Breaking” atau Ta’aruf setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang saya kira sebagai kumpulan usrah juga. Dan kami bukan sekadar berta’aruf, malah kami turut melaksanakan rukun kedua Usrah, iaitu Tafahum. Kami di minta untuk mengetahui nama, fakulti, tempat asal dan sebagainya dari ahli kumpulan. Kemudian kami telah diminta untuk melukiskan apa-apa sahaja gambar yang berkaitan dengan sifat-sifat kami. Apabila dibandingkan dengan lukisan-lukisan ahli usrah yang lain, saya rasa lukisan saya yang ala-ala paling merepek sekali. Tapi saya sekadar mengikut arahan yang diberi. Hihi


    lukisan hati seorang pengkarya yg kempunan KFC Zinger Burger dan strawberry float

    tag nama yg paling besar pernah diminta utk pakai.



    Hampir lupa, sebelum sesi Ta’aruf merupakan taklimat daripada Pengarah Program (maaf tak ingat nama ikhwan). Kami diberikan beberapa warta yang perlu dipatuhi sepanjang program ini.
    *warta*
    Kemudian setelah selesai sesi Ta’aruf, kami dibenarkan untuk merehatkan diri. ‘Hotel’ kami untuk sepanjang program ini adalah Surau Blok G, Alhamdulillah. Walaupun berkatilkan lantai berkarpet, tetap bersyukur. Jazakallahi khairan kathira kepada yang menyumbang kain cadar dan selimut untuk kegunaan kami, serta penghuni rumah di blok G yang membenarkan kami menggunakan tandas mereka. Malam itu, saya terharu dengan ukhuwah yang cuba di pupuk oleh raisah (penolong ketua kumpulan) kami yang meminta kami untuk membaca surah Al-Mulk secara berjemaah sebelum tidur.



    14 Disember 2013

    Kami bangun sekitar 4 hingga 5 pagi untuk bersiap ke Masjid. Setelah selesai kuliah Subuh, kami diminta untuk terus turun ke dataran di hadapan PAP untuk aktiviti menyegarkan badan bagi muslimat. Saya tidak tahu muslimin telah di bawa ke mana. Walaupun perut minta diisi, saya sedar sebaik-baiknya adalah bersenam pagi terlebih dahulu sebelum sarapan dan bukan sebaliknya.

    Pertama kali saya di ajar dan main freesbies. Nampak macam membosankan (jujur dari hati hehe), tapi lama-lama permainan makin menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk perlawanan persahabatan. Disebabkan kawasan itu tempat yang lapang dan tempat lalu-lalang ramai orang, banyak yang perlu dijaga tapi masih kami melakukan khilaf ketika bermain. 

    Permainan ini bukan sekadar permainan biasa. Tapi di sebalik permainan ini terdapat pengajaran, iaitu strategi perlu diatur untuk menang, kerjasama, saling menegur jika sahabat berbuat khilaf (contohnya terjerit ke terselak tudung ke tersingkat baju ke). Setelah itu, kami dihidangkan dengan sarapan (maaf tak ingat makan biskut atau makan nasi). Terima kasih kepada Kakak Farah Amira dan Kakak Amirah Izzati yang menyediakan makanan untuk kami sepanjang program ini. Sedap sungguh air tangan kakak berdua!

    Program kami diteruskan dengan Kuliah Dasar, sebagai revision untuk nota-nota Usrah kami, serta diselitkan dengan ilmu-ilmu tambahan. Malah kami diberikan LDK (latihan dalam kumpulan).
    Setelah selesai solat Asar, slot seterusnya adalah Explore Race! Jangan risau tak ada adegan lompat terjun bangunan dan sebagainya serta aksi makan makanan pelik-pelik juga tiada.


    setelah hampir setahun dua tak praktis melukis. hewhew :3
    cuba teka apakah ini?
    ini kambing! hahaha
    *kami diminta untuk mengaitkan gambar ini dgn Akidah*




    Explore Race. Dalam slot ini, muslimin dan muslimat di campurkan sekali. Mula-mula tak tahu nak cakap apa, terkedu sebentar. I was like, errrr okay. So dalam kumpulan saya ada 3 muslimin dan 5 muslimat. Ada seorang muslimin menjadi ketua, dan saya telah menjadi penolong bagi kumpulan kami. Semua sekali ada 4 checkpoint dan 4 kumpulan. Kumpulan pertama pergi checkpoint pertama dan kumpulan kedua pergi checkpoint kedua, dan seterusnya. Checkpoint kedua , ketiga dan keempat depan mata je. Tapi checkpoint pertama , nunnnn jauh mata memandang. Ya, jauh. Antara halangan dihadapi untuk ke checkpoint adalah kemuncut.

    “Haha. Kemuncut? Tak mencabar langsung tahu.”

    Sabarlah tak habis cerita lagi. Selain perlu menempuh bentuk muka bumi yang sedikit mencabar, kami juga perlu melalui sekawan lembu yang dok usha panas je kat kami, macam kami ni singa Afrika pula nak membaham mereka. Ya, ketika ini, rukun ketiga Usrah iaitu Takaful kemungkinan bakal diaplikasikan bila-bila masa sahaja =.="

    Diringkaskan cerita, di checkpoint pertama kami diberi tugasan dengan pelajaran Usrah kami, iaitu bab kedua, Akidah Islammiyyah. Ahli selain ketua dan penolong diberi kain untuk tutup mata, kemudiannya dibawa bersiar-siar di kawasan sekitar. Kena lalu celah-celah belukar kecil, lubang kecil, rumput lalang yang tinggi. Kemudian kami diminta untuk memberi kesimpulan berdasarkan apa yang kami dapat daripada aktiviti tadi.


    Checkpoint kedua : kami diberi pelajaran Ukhuwah Islammiyyah. Akhi menceritakan bahawa terdapat tiga tahap dalam persahabatan iaitu, (1)bersangka baik, (2)sama rata, (3)melebihkan sahabat. Seterusnya kami perlu berlakon bagi ketiga-tiga tahap tersebut.


    Checkpoint ketiga : kami diberi pelajaran kalau tak silap saya, berkaitan Tauhid. So, kami diminta oleh ukhti untuk melukiskan wajah seseorang dan berikan sifatnya. Dan kami juga diminta untuk melukiskan gambar alien dengan sifatnya.






    Kak Irni, mohon berbangga dengan adikmu ini. Lalalalala~


    Checkpoint keempat : Saya tak akan pernah lupakan saat ini. Kami ditawarkan minuman teh untuk menghilangkan haus. Lelaki pilih satu cawan bagi setiap orang. Manakala perempuan perlu ambil tiga cawan dan berkongsi jika mahu. Tegukan pertama oleh Adibah. Reaksinya membingungkan saya. Rupa-rupanya teh yang diminum adalah teh dengan high concentration of salt. Hanya satu cawan teh sahaja yang tawar.


    “Macam mana rasa?” “Masinnn.”

    “Kenapa kamu berkongsi dengan sahabat-sahabat kamu?” – Terkedu.

    Dipendekkan cerita, ukhti menceritakan kisah di mana suatu hari Rasulullah SAW didatangi seorang nenek tua yang menghadiahkan baginda sebiji limau. Sebaik sahaja baginda makan, baginda tersenyum dan terus makan sehingga habis. Para sahabat yang ada kehairanan kerana baginda seorang yang suka berkongsi makanan dengan sahabat-sahabatnya. Setelah nenek tua itu berlalu pergi, baginda menceritakan bahawa limau yang diberi adalah masam. Demi mahu menjaga hati orang tua tersebut baginda tetap menghabiskan dengan wajah tersenyum. Malah demi menjaga ukhuwah dengan sahabatnya, baginda tidak berkongsi makanan yang masam tersebut dengan sahabatnya. Indah bukan akhlak Rasulullah SAW dalam bersahabat? *senyum*

    Explore Race kami pada petang tersebut tamat ketika saat-saat azan Maghrib hampir berkumandang.
    Selesai solat Maghrib atau mungkin isyak kami menjamu selera sebelum kami diberi Kuliah Dasar yang terakhir. Malam itu, latihan dalam kumpulan ketiga kami , kami perlu berlakon lagi (kali ini muslimin dan muslimat diasingkan semula). Latihan dalam kumpulan kami yang terakhir pula adalah kami perlu edarkan flyers tentang Wonderful Weekend kepada penghuni blok-blok tertentu. Di sini cara kami berkomunikasi adalah penting kerana kami bukan sekadar mengedarkan flyers kepada yang beragama Islam sahaja , malah kepada yang bukan Islam juga.

    Dan seperti malam sebelumnya, kami membaca surah Al-Mulk secara berjemaah sebelum tidur.



    16 Disember 2013

    Setelah selesai solat Subuh kami semua diminta segera bergerak ke dataran PAP. Rupanya ‘roll-call’ pada pagi itu adalah untuk kami memuhasabahkan diri kami atas kekhilafan yang telah kami lakukan sepanjang di kem ini – tertidur sewaktu Kuliah Dasar dan tidak menjaga masa.

    Kemudian muncul pula seorang akhi. Katanya, “jika betul kalian sudah berukhuwah, sekarang yang muslimin tolong beritahu saya nama muslimat tersebut (sambil menunjuk ke arah seorang muslimat).” “Yang muslimat sila beritahu saya nama muslimin tersebut.” Dan jawapan dari kedua-dua pihak adalah sama, iaitu tidak tahu. Dan saya serta sebahagian yang lain, hanya mampu terdiam.

    Kini saya sedar bahawa dalam nak menjaga ikhtilat bukan bermakna kita tidak perlu mengenali mereka yang berlawanan jantina. Dan apabila sudah kenal tidak kira kawan baru atau kawan lama, seandainya bukan sama jantina haruslah cuba untuk menjaga ikhtilat. Ya, ayuh kita cuba. Saling membantu dan menyokong. 
    Tidak kira muslimin mahupun muslimat saling mengerti mengapa sahabat berlainan jantina tidak begitu mesra dan serius tatkala berbicara. Bukan berniat untuk melukakan hati bukan berniat angkuh diri. Tapi sekadar cuba menjaga yang telah ditetapkan Allah. Tidak mesra tidak bermakna tidak berukhuwah, tapi terlalu bermesra bukan lagi berukhuwah kerana Allah jadinya. Risau mengundang amarah dari Allah pula. 
    Dan saya, ibarat masih lagi bertatih dalam hal ikhtilat ini. Masih cuba walau hakikat masih leka. *terima kasih kerana mengerti*

    Kak Irni menjelaskan, kita saling mengenali untuk perjuangan. Mereka (muslimin) umpama adik-beradik kita juga, adik-beradik usrah, adik-beradik perjuangan dalam bawah rantaian yang sama, rantaian yang menyambungkan kita kepada Rasulullah SAW yang dirindui. Allahu. . .

    “Akhi itu abang. Ikhwan itu muslimin yang merupakan sahabat seperjuangan. Macam kita semua pula (muslimat), kita adalah akhwat,” jelas Zuliana sambil senyum.



      “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
      { Al-Hujurat : 13}


      “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
      - As-Saff : 4


      “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong yang sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruh, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”
      - At-Taubah :71



    Dan kemudian adalah masa untuk bersiar-siar di perpustakaan! Best sebab ada tasik!
    (klik pada gambar utk lihat gambar dgn jelas
    atau 
    right-click - open image in new tab)



    waktu Dhuha telah pun bermula. indah bukan?

    matahari disorokkan awan. cuaca redup angin pun best.




    look! what i found here!

    andddd. . .there are much more of them!!

    i feel like in the oversea during spring! >.<

    featuring Asma' Asilah bt Azman, roommate yg comel.
    kami bakal niqabis. lalalala~


    aktiviti kayak turut diadakan di sini



    University of Malaysia Pahang, Pekan Campus
    also known as
    The Lakeside Campus

    selfie kejap! :P

    Sekitar jam 10 pagi, kami pulang semula ke Masjid UMP Pekan untuk solat sunat dhuha dan makan. Selepas itu pada sekitar jam 11.30 pagi kami menduduki ujian mengenai pelajaran dan kefahaman kami selama sejam. Dalam tengah nak jawab ujian tu, dalam kepala ada juga asyik terfikir Kak Irni, sebab Kak Irni tak datang-datang lagi. Tiba-tiba ada susuk tubuh datang duduk sebelah. "Kak Irni!" Jerit dalam hati jela sebab depan dia buat muka duckface tanda protes dia datang lambat. Hehehe

    Selesai jawab ujian, terus cari Kak Irni semula. Rupa-rupanya tengah mesyuarat. So saya pun tunggu dan tunggu. Daripada duduk terus baring. Dalam perbaringan, boleh pula bayangkan Kak Irni datang duduk sebelah kejut bangun tidur, bila nampak Kak Irni terus peluk. Tiba-tiba dengar suara Kak Irni, buka mata memang dia, dan apa lagi terus peluk dan kali ini adalah realiti <3 *feeling lovely*

    Selesai Solat fardhu Zuhur, kami berkumpul untuk kali terakhir dan bersalam-salaman sebelum berpisah.  Ops! Belum habis lagi. Kami turut menjamu selera buat kali terakhir.

    Sebelum berangkat pulang dengan Kak Jalilah serta akhwat yang lain, saya diiringi Zuliana. Tak sempat bergambar dgn dia. Tak apa, lain kali kita ketemu lagi sahabat!
    Sekian, cerita saya tentang Wonderful Weekend. Ini salah satu nikmat Allah dan kenangan serta pengalaman yg saya tak akan lupakan, in shaa Allah.





    notakaki : kepada peserta WoW yg ingin mendapatkan gambar-gambar kita , sila add saya di facebook dan pm saya >> https://www.facebook.com/nursyahiba.haseena 


    Dec 18, 2013

    Dhuha

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    18 Disember 2013 : (around) hour 1000

    A     : "Teriknya hari ini."

    Saya : "Vitamin D,vitamin D." selorohku.

    B     : "Syahiba, waktu macam ni dah tak ada vitamin D dah. Dia sampai pukul 9 je." (baru tahu)

    Saya : "Kite baru teringat. Ada ustaz pernah cakap kalau waktu dhuha yang makbul bila panas matahari tu rasa terik di kulit kita."

    A     : "Apa kaitannya dengan vitamin D, syahibaaa.."

    Saya : "Err.. Kite cerita jee.."

    B     : "Oh, dia cerita jee. Tak apa-tak apa. Nanti balik bilik solat dhuha yek."

    Sentap. Diam.

    Seronok betul mulut berbicara pasal dhuha, tapi hati langsung tak terlintas nak buat. Astaghfirullahalazim.
    Itulah dia, peringatan dari Allah. Ya. Peringatan, teguran, pesanan dari Allah boleh datang dalam pelbagai cara dan bila-bila masa je. Boleh jadi dalam bentuk nikmat dan musibah. Boleh jadi melalui teguran seorang hambaNya.

    Jom wahai saudara-saudariku kita melaksanakan solat sunat dhuha. Perlahan-lahan kita jadikan sebagai tabiat. Mencuri masa untuk melaksanakan. Bak kata Kak Irni, "Biarlah kita buat tu sedikit janji istiqomah."

    Dan tahukah anda? Seorang yang menunaikan solat sunat dhuha diampunkan Allah dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih di lautan. Allahualam.

    Yang bermanfaat itu datang dari Allah, yang khilaf itu dari saya. Seandainya saya punya salah dalam perkongsian ini, mohon perbetulkan agar kita tidak terus dalam kesesatan. Fi aman Allah.


    p/s : takkan selamanya nak tanya Sheikh Haji Google ye dok?


    Dec 10, 2013

    Hujan itu Rahmat. Tahu?

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Pengisian usrah pada malam tadi disampaikan oleh adik-beradik usrah yg baru dikenali hari ini, Nur Hidayah Jannah.

    Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda ;
    "Aku khuatir apabila ada awan dan guruh kerana mungkin itu adalah tanda bencana akan menimpa umatku. Tapi aku gembira apabila hujan turun kerana itu merupakan suatu rahmat bagi umatku."

    > kesimpulannya : usah kita persoalkan mengapa Allah turunkan hujan sehingga menjadi banjir, kerana ada hikmah dan rahmat di sebalik yg berlaku pada kita.


    *maafkan saya atas kekhilafan susunan ayat dalam hadis di atas kerana saya menaip semula atas apa yg saya ingati*


    Wahai saudara2ku yg ditimpa ujian dari Allah ini, sentiasalah bersabar dan bersangka baik dgn Allah kerana Allah dalam sangkaan hambaNya terhadapNya (dalil AQ).
    Percayalah Allah akan beri 'kalian "pelangi" yg saaaangat cantik (:

    Kenapa kalian diberi ujian sebegini? Mengapa?
    Sebab anda berada dalam pandangan Allah.
    Sebab anda terpilih untuk merasa nikmat dalam bentuk ujian dari Allah.
    Bukankah indah untuk menjadi yang makhluk yg dipilih oleh Allah, kita berada dalam pandanganNya?

    Makanya, beritahu diri sendiri,
    "AKU BUKAN MANGSA. AKU ADALAH INSAN YANG TERPILIH OLEH ALLAH SWT. ALANGKAH BAHAGIANYA HIDUPKU MENJADI PILIHAN ALLAH."

    Walaupun saya tidak pernah menghadapi ujian seperti ini, tetapi sekadar melihat orang-orang tua beratur panjang demi mendapatkan sesuap nasi cukup memilukan hati saya.
    Malah saya dikhabarkan oleh seorang abang tentera yg sedang bertugas bahawa hari-hari awal banjir , mereka dapat makan nasi berlaukkan sardin. Malah ada yg sanggup bergaduh demi mendapatkan makanan.

    Sedarkah anda UJIAN ITU NIKMAT DAN NIKMAT ITU UJIAN ?

    Ujian yg Allah sedang beri merupakan suatu nikmat utk kita melihat dan menjalinkan serta merapatkan ukhuwah kita sesama Islam. Di waktu genting inilah kita memperlihatkan kpd dunia dan kpd anasir2 luar yg memandang serong kpd agama Islam selama ini, bahawa ISLAM ITU INDAH.

    Bak kata Prof Dr Muhaya Mohamad ;
    Jangan anggap suatu ujian itu adalah musibah, tapi jadikan ia satu peluang kpd diri kita untuk memperbaiki kehidupan kita. Ya KITA SEMUA.

    :)

    Tetap senyum. Ia kan sunnah Rasulullah SAW (:

    Dec 2, 2013

    manusia.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    kadang kala aku berasa penat dengan semua ini .
    kadang kala aku berasa perlu untuk aku berhenti .
    kadang kala aku berasa betapa palsunya hidup aku dan hidup mereka !

    manusia .
    makhluk ciptaan Allah yang paling sukar difahami . walaupun kajian dibuat ke atas manusia untuk berpuluh-puluh tahun sekalipun . keputusan kajian tak mungkin akan kekal sama . suatu hari nanti hipotesis pasti akan ditolak .

    manusia .
    hidup ini boleh jadi mudah , boleh jadi sukar .
    dengan faktor diri kita , orang sekeliling , diri kita dan diri kita .

    kenapa nak rumitkan kehidupan yang sudah pun mencabar .
    cukuplah Allah sahaja yang memberi kita dugaan .
    kenapa tidak permudahkan kehidupan orang lain .
    kenapa semakin merumitkan kehidupan orang lain .

    manusia . kau sungguh leceh .

    bukankah kejujuran itu suatu keutamaan ?
    kenapa perlu pendamkan ?
    kenapa perlu nak menjaga hati ?
    sedangkan tanpa kejujuran , boleh membawa kepada kesan lebih buruk daripada berkata benar tapi pahit .
    aku mengerti akan manusia yang terlalu memikirkan hati orang lain .
    terlalu menjaga hati insan lain , dan
    jauh di benak hatinya sedar atau tidak ,
    hatinya merintih untuk dipedulikan semula .

    wahai manusia ,
    usah pendamkan , usah seksa hatimu .
    kelak apabila kau tak mampu bertahan .
    bukan dirimu sahaja yang kau lukai ,
    insan lain juga akan terkena tempiasnya .

    manusia . walau banyak mana pun ilmu kau cari , kau takkan mampu bertahan di dunia ini sebenarnya .
    asalkan , kau laksanakan sesuatu kerana Allah , insya-Allah Dia akan permudahkan segalanya yang kita anggap adalah berat .

    janganlah kau lakukan sesuatu di atas dunia ini untuk mendapatkannya .
    lakukankannya untuk bekalan akhirat .
    Lillahi Ta'ala .


    *must wake up from this fantasy , it's drowning me down , far from The Almighty*