"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Jun 23, 2014

    Tak Boleh Upload Gambar Bayi?

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ



    Assalamualaykum WBT.


    Beberapa minggu yang lalu saya dan teman-teman seperjuangan silat datang ke rumah guru kami, Cikgu Hakim untuk melawat isterinya, Kak Nis dan bayi perempuan mereka yang baru lahir.

    Masha Allah, comel tak terkata bayi yang dilahirkan awal Mei tersebut.

    Dengan seronoknya saya mengeluarkan handphone untuk menangkap gambar bayi tersebut sebagai simpanan sendiri sahaja. Tapi ditegah Kak Iklima, "Eh jangan, baby bawah 40 hari tak boleh tangkap gambar dia. "Kenapa,kak?" "Entah akak tak pasti tapi memang tak boleh." So saya akur sahaja dan simpan semula handphone.

    Beberapa hari lepas Kak Iklima telah tag saya di post FB tentang "Sebab-sebab Tidak Boleh Upload Gambar Bayi." So hari ini saya nak share dengan kalian intipati post di FB tersebut.



    UNTUK DIKONGSI DENGAN SAHABAT-SAHABAT, MUNGKIN ADA YG LEBIH MEMAHAMINYA......WALLAHU'ALAM

    Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi - Al Ain Bukan Perkara Main-main.

    SalaamULLAHu Alaykum...
    Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu 
    Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. 

    Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

    "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). " Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. 


    Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.


    Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

    عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

    Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.
    Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)



    عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

    Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).


    Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
    Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

    1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

    عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

    Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)


    2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

    عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

    Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)


    3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. 


    Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi
    Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat 

    • rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), 
    • tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), 
    • ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, 
    • begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, 
    • maka ianya akan terjadi hal yang serupa.

    NauzubILLAHi min Zalik.

    Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) 



    Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

    Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :

    عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

    Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.

    Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H). 


    Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

    Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku


    • Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). 
    • Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, 
    • nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

    Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

    Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

    NauzubILLAHi min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam.




    perkongsian : Kak Iklima
    sumber : Rahsia Hawa


    sharing is caring (:


    Jun 20, 2014

    Jeng Jeng Jeng~


    Assalamualaykum WBT ,

    Mihihihi...


    Entri ni saya tujukan khas buat seorang abam kesayangan kami semua (geng silat), Abang Mior Farhan.



    Seperti yang saya katakan dalam komen di atas, hari ini saya akan tunaikan kata-kata saya. Kebetulan hati tengah seronok lagi lapang dada lepas jawab exam Lab Quality Management pagi tadi, so nak post entri kali ni pun berbunga-bunga lahaii.. *hujan bunga*

    Haaa.. curious tak tengok gambar printscreen ada love-love? korang curious kan, haaa curious kannnn~ *tiru gaya Abang Afiq annoys kan orang sambil angkat kening doublejerks*


    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -



    Abam Mior dapat hadiah rupanyaaaaa! 


    Dari siapa la tuu yg bertuah dapat abam Mior yang rajin pergi gym malam2 sebab nak bagi tambah ketui ketui kat badan. Hihihihi

    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -


    Huiyyyoohh!! Bukan main banyak love-love nyaa!

    Nanti saya pun nak minta satulah dari abam Komando. Hehehe..

    Sooo.. apa lagi ramai-ramailah share entri ni - "Let's Spread the Love" - sebab ada banyak loves dalam gambar tu, rugi tak sebarkan :P


    nota.kaki : jangan marrehhh~ nanti kena juai nohh.. hehehe


    Jun 10, 2014

    REVIEW | Hair Age Quiz

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Assalamualaykum WBT,

    FINAL EXAMINATION WEEKS just started ! Good luck to all of my friends that are going to seat on the examinations. I just finished with my first paper, Ethnic Relations yesterday and my second paper, Organic Chemistry will be on next week. Another 2 papers, Lab Quality Management & Microbiology will be on 20th and 25th June. So yeah, i'm just lazying around and lying on my bed today, haha..

    Since the Study Week begin, i keep online and Facebook-ing ain't the only thing i know to spend my time with. Recently, I've been so excited about looking for wedding dress, the cake, the party - i mean the majlis, how it should look like - and all the tips related.

    "Ahaa! Syahiba, don't forget to invite us!"
    "I want to be your bridesmaid!"
    "No! I want to be your bridesmaid!"
    *slap!*


    "Berangan tak sudah kerja kau ya, Syahiba?"


    Ha ha ha ha.. All the searches just as preparations for myself before the TIME come other than just mengisi masa lapang yang lapang sangat kononnya. Nanti tiba-tiba dah nak kahwin dah takkanlah baru nak terhegeh-hegeh baca tips semua kan kan kan? Haaaa.. Angguk cepat, kalau tak nanti kena juring dengan I :P

    So, from googling the wedding dress images and read all those tips given by the 'experts' on many websites,then I blogwalking to another websites. And this morning I found this website called YouBeauty.com. They provide many beauty tips and guidelines for women especially. They aren't just discussing about diet tips, make-up tutorials or how to blemish your skin, but they also discuss about psychology, nutrition, health and love and life matters.

    Then, I take the Hair Age Quiz. Teehee.. If you want to check out yours too, you can directly go to this link YouBeauty.com : Hair Age Quizzes. After answer those questions prepared, they will calculate the level of your hair conditions then you will know your hair age. Plus, they also will give you action steps of how to take care of your hair. YouBeauty.com also suggested some articles for more information and knowledge regarding of how to take care of your hair. You can view the list of trusted experts of YouBeauty.com HERE.

    Aaandd. . . *drum rolling*
    I would like to share with you girls my hair age result.

    Tadaaaa~ 
    Happy Viewing and Reading !

    *click to view image larger*

    My hair will grow even more gorgeous as ever..
    Awwww~ Hihi..



    Some comments about my hair. I have edited them so that people who never seen my hair wouldn't know how my hair look like ;)


    • The ends of the hair are about 4 years old. Treat them with extreme care (read: use a deep conditioner two to three times weekly).
    • Everyone's hair gets finer and thinner with age, so those with medium hair may might notice their hair losing volume and becoming fine.
    • Girls are often surprised by how their hair stop falling in a uniform way with age. It's thanks to increased curvature in the hair strands.











    okay, my hair is a bit frizzy
    but not frizzy like hers ok~







    The links to suggested articles, you may click them to read more :



    Thank you for reading & Don't forget to check your hair age too! :D