"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Oct 25, 2013

    Pahlawan Buaya ??

    In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful


    "Bayi Bertukar Menjadi Buaya!!"

    Inilah tajuk post yang gempar di facebook oleh abang seguru di ruangan group facebook silat.
    Antara intipati post tersebut adalah kisah wanita yang mengandungkan bayi kembar, namun bayinya hilang apabila tiba saat dia ingin lahirkan bayi-bayinya. Dengan kuasa Allah, dia selamat melahirkan bayi kembarnya di rumah. TETAPI?? Untuk kisah lanjut pergi ke blog ini >> Biar Betul! Kisah Bayi Bertukar Menjadi Buaya!
    Mungkin ramai yang akan anggap ini kisah tahyul atau rekaan semata-mata, tapi kuasa Allah itu Maha Hebat. Saya percaya semua ini tidak mustahil jika Allah berkehendak :)

    Oleh kerana kecetekan ilmu, saya pun komen di ruangan post tersebut bertanya pada Cikgu Shaiful Hakim berkenaan kisah tersebut, malah Cikgu turut mengiyakan kebenaran post tersebut. Berikut adalah antara komen2 Cikgu dan anak2 Gayong lain yg saya kongsikan di sini, semoga bakal memberi ilmu pengetahuan yang baru buat pembaca sekalian. Allahualam.


    ***********************************************************

    Cikgu Shaiful Hakim :
    ada....... pahlawan buaya tu maknanya org yg ambil ilmu buaya. hebat bertempur d dalam air. penunduk buaya senang nk cari rezeki d sungai. juga ilmu pnyamaran. org tak nampak.

    Saya :
    Cikgu , tak bertentangan dgn syariat ke ilmu buaya, ilmu pnunduk buaya, ilmu pnyamaran tu?

    Cikgu Shaiful Hakim :
    ok. soalan yg perlu dijawab tp memerlukan penghuraian yg panjang. utk jwab soalan tu cara ringkas, kita simpulkan ilmu-ilmu kebatinan ini terbahagi kepada 3 jenis. sya gunakan penjelasan dari salah sorang guru saya tuan haji mansor, mantan ydp pssgm kelantan. Selendang Putih, Selendang Merah dan Selendang Hitam.

    Selendang Putih:
    segala jenis amalan, wirid, mentera, petua, kaedah perubatan, pertempuran, yg tidak bersifat khurafat dan syirik. kebiasaannya berunsurkan Al Quran dan As Sunnah, atau amalan para Sahabat r.ahum, atau amalan2 Tabi'in dan Salafussolihin sehingga lah amalan2 para Ulama'.
    yg termasuk dalam hal ini adalah penggunaan air semasa berubat dgn Manzil, rotan, minyak kasturi, kayu gaharu, kayu ko'kak, garam kasar dan lada hitam.
    ia juga boleh datang dari warisan budaya nenek moyang yg tidak brcangganh dgn Islan spt penggunaan kayu teras gemuggal, tongkat ali, kemuning kuning, atau mandi bunga yg gunakan bunga2 harum, sintuk dan limau nipis. yg ni tidak menyalahi syariat.

    Selendang Hitam:
    segala jenis amalan, wirid, mentera, petua, dan lain2 seperti amalan di atas cuma bezanya ia melibatkan Khadam, Jin, Hantu, Syaitan dan lain2 sebagai penolong/penguat/ pembantu dlm melaksanakan tugas2.
    dalam hal ini ia biasanya melibatkan Sihir. Sihir terbahagi kepada dua; sihir semata-mata tanpa jin dan sihir yg lagi keji ialah beserta Jin. kebiasaan amalan dlm group ini adalah utk kepuasan nafsu dan membinasakan musuh/org yg tidak disukai. yg ini adalah sama sekali bertentangan dgn syariat.

    adapun yg ke-3 adalah selendang Merah. dlm group ini,
    ia adalah wirid, amalan dan lain2 yang neutral, tetapi kadang2 shubhah dan bercampur gaul. org yg warak akan meninggalkan amalan2 group ini. tetapi boleh dipelajari untuk kebaikan.
    contohnya, ilmu pukau. pukau boleh disalhgunakan utk merompak, mencuri, merogol dan lain2. tapi pukau juga boleh digunalan utk mnyelamatkan diri dan keluarga ketika musuh ramai mengepung.
    juga amalan bisa tngan yg boleh membunuh musuh hatta tersentuh jari sahaja dgn izin Allah, ia boleh disalahgunakan utk membunuh dgn cara batil, atau digunalan utk mempertahankn diri dan keadaan terdesak sahaja. ilmu seperti penunduk haiwan contoh di atas utk buaya, adalah ilmu yg elok seandainya tidak ada amalan khurafat dan syirik, dan boleh diguna pakai utk keluar mencari rezeki di sungai. tetapi ia akan mnjadi sesat seandainya "khadam" hadir menawarkan diri utk beri lebih manfaat dan "power".
    kebiasaannya yg sesat itu kerana nafsu kita yg mahukan lebih dri yg ada. spt mana kata malaikat Allah Harut dan Marut a.s, bahawa mereka adalah ujian semata-mata pada manusia.,...

    itu secara ringkas lebih kurang, yg penting adalah semasa penerimaan ilmu itu, perlu diketahui paling kurang 4 perkara iaitu sanadnya, kaedahnya, pantang larangnya dan cara "menawar"kannya.barulah ilmu/amalan itu dpt 'berfungsi dgn baik' dan barulah ia dpt diselidiki baik buruknya


    Saya :
    wahh~ terima kasih cikgu ^.^ *hormat gayong*

    Shahrin :
    panjang cikgu explain..banyak input kitorang dapat..take note..take note..huhu..

    Trafalgar :
    xpun, explore article2 yg ckgu dah tulis dulu kt narapatinantaboga.blogspot.. ada mcm2 huraian, mungkin leyh mmbantu untuk kita2 yg novice nih..

    Abang Syaffiq :
    terima kasih banyak cikgu. adik Syahiba kalo nak tau bnyak lg tanya2 lah cikgu ye.


    ***********************************************************


    Sekian perkongsian saya berkaitan dengan dunia silat buat pembaca yang merupakan ilmu Allah yang Maha Kaya. Semoga memberi manfaat hendaknya . In shaa Allah.

    Allahualam.


    Oct 15, 2013

    Pengorbanan

    In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful

    Suatu hari :
    Telefon berdering lalu cepat-cepatku jawab panggilan tersebut.
    "Assalamualaikum, kakak." "Wa'alaikumussalam, mama."
    "Kakak dah beli tike bas belum?" "Belum,ma. Akak sibuk. Nanti-nanti kakak beli tiket. Lagipun, tak ada orang nak temankan kakak."
    "Nanti kakak jangan lupa beli tiket bas balik ke universiti sekali." "Eh? Ayahlah hantar."
    "Kakak, kan jauh. Perjalanan 4-5 jam. Nanti ayah penat."
    Hatiku membentak,"Kan nak sangat kakak balik. Apa salahnya hantar kakak balik U! Jauh sikit je pun. Berkorban la sikit."
    Belum sempat aku mencelah, mama menambah lagi, "Kakak kena faham. Ayah kan penat bekerja. Tu nak bayar, ni nak bayar. Ayah nak kena cari duit lagi, nak bagi kakak duit belanja. Akak pun belum dapat duit PTPTN lagi kan. Sekarang kan musim pelancong Arab datang Malaysia. Waktu ni lah ayah nak cari duit."
    Hatiku sebak! Ya Allah. Anak jenis apa aku ni!
    "Yelah mama," aku akur walaupun dalam hati masih ada sisa-sisa bentakan yang harus kusingkirkan.

    Pada hari yang lain :
    Telefon berdering dan nombor mama kelihatan pada skrin. Cepat-cepat aku jawab.
    "Assalamualaikum , kakak. Mama nak tanya ni." "Wa'alaikummusalam mama. Ye ,mama. Kenapa?"
    "Kakak dah beli tiket bas balik ke universiti belum?" "Dah. Tapi kakak bertolak 8.30 malam. Tiket waktu lain semua dah habis. Tinggal yang malam je. Nanti sampai ke universiti pukul 12 lebih. Bas tu bukan berhenti kat dalam U." aku mula membebel. Setelah berdialog panjang dengan mama, akhirnya mama berkata, "Nanti mama cakap dengan ayah macam mana."

    Esoknya :
    "Assalamualaikum, kakak. Mama nak cakap ni. Ayah dah belikan dah tiket kakak balik"
    Aku terkejut. "Ok, terima kasih. Mama cakap kat ayah, terima kasih."
    Panggilan kali ini pendek sahaja.

    Kita sebagai anak, tak pernah sedar apa pengorbanan yang telah ibu bapa kita buat untuk anak kita.
    Kadangkala kita sedar, tapi kita lupa.
    Kadangkala kita ingat, tapi ego yang tinggi mendahului segala.

    Aku pernah terfikir, mama tak pernah ada untuk kakak bila kakak ada masalah. Tapi masalahya, aku yang tak mahu cerita pada mama, tapi aku pula yang salahkan mama. Sebab masa sekolah menengah dulu, masalah aku banyak berkaitan dengan boyfriend je, hehe. Memang tak lah aku nak cerita pada mama kan?

    Bila aku dah habis SPM, dapat keputusan SPM, aku dapat nampak perubahan drastik mama, cara mama layan aku. Serius lain! Mama macam lebih bersikap terbuka. Boleh cakap pasal budak lelaki dengan mama. Itulah yang paling drastiknya. Hehehe.. Mama siap boleh tanya-tanya lagi pasal boyfriend2 kawan2 aku. Haha. Tapi bersyukurlah sangat mama tak pernah tanya ex-boyfriends aku. Muehehe.

    Baiklah, aku dah menyimpang sangat dari tujuan sebenar post ni.

    Yang aku nak highlight di sini adalah, kita sebagai anak janganlah mudah anggap ibu bapa kita tu tukang buat duit. Senang je nak minta tu minta ni dari mereka. Tapi pernah terfikir tak apa lagi yang perlu mereka buat dengan duit yang telah mereka berikan kepada kita. Mungkin bila kita berjimat-cermat, mungkin sedikit sahajar dari kebiasaan yang diminta, lalu tanpa sedar dah bantu ringankan ibu bapa kita.

    Memang tugas dan peranan ibu bapa untuk memberi keselesaan kepada anak-anak, memberi pendidikan, nafkah. Tapi kita janganlah terlalu naik kepala dengan keselesaan ini. Sebab nikmat yang sama Allah berikan tidak mungkin akan diberikan berterusan. Suatu hari nanti Allah mungkin akan uji kita dengan kesusahan harta. Bersedialah kita untuk menghadapinya. Jangan biarkan lidah kita dibasahi kata-kata negatif yang mungkin mengundang kemurkaan Allah. Naudzubillah.
    Kita sebagai anak perlu ingat tanggungjawab kita sebagai anak untuk meringankan beban ibu bapa kita. Jangan asyik fikir apa tanggungjawab ibu bapa kita terhadap anak-anak sahaja. Usah diambil kira apa yang telah orang berikan kepada kita, tapi banyak mana yang telah kita berikan kepada orang.
    Saya bukan mengajak anda sekalian untuk mengungkit-ungkit dan ingat apa pengorbanan telah anda berikan kepada orang lain. Tetapi untuk mengajak berfikir bahawa jangan pernah jemu dan jangan pernah merasa cukup dalam memberi.
    Saya masih ingat kata-kata salah seorang tokoh yang saya minat, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, "Kita jangan hidup untuk mendapat bahagia, tapi untuk memberi bahagia. Akhirnya kita akan berasa bahagia kerana bahagia akan mendatangi kita."

    Kehidupan aku sebagai anak pesara tentera dan surirumah buat aku bersyukur dengan keluarga kami. Kepayahan ayah mencari duit siang dan malam sebagai pemandu teksi, kadangkala aku lupakan. Tidak! Bukan aku sengajakan. Terleka tengok orang-orang sekeliling dengan apa yang mereka miliki, buat aku terasa ingin miliki juga. 
    Tapi mama. Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak kepada Rubiah binti Supardi. Mama selalu ingatkan aku, "Kakak kena ingat ayah bawa teksi sekarang. Kadang-kadang ada income, kadang-kadang tak."
    Mama juga seorang pengasuh bayi, pendapatan mama digunakan untuk menampung duit belanja dapur dan keperluan dua orang lagi adik aku.

    Orang akan cakap, pesara tentera kan ada pencennya. Ya, tapi duit tu untuk perbelanjaan dapur. Barang-barang, kos sara hidup, semua dah naik. Keperluan lain lagi.
    Kebanyakan pembaca blog saya ni, belum bernikah dan belum berkeluarga sendiri lagi. Mungkin anda tak akan faham sehingga anda tanya sendiri ibu bapa anda apa yang mereka buat dengan gaji mereka.
    Ayah saya kini seorang pemandu teksi eksekutif. Nampak "eksekutif" mungkin ramai menyimpulkan ayah saya bergaji agak tinggi. Duit yang ayah peroleh mungkin tinggi dalam sehari jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi tahukah anda, bahawa pemandu teksi ada hari-hari di mana dia ada penumpang, dan ada juga masanya tiada penumpang untuk beberapa hari?

    Saya bukan meraih simpati bercerita kisah hidup keluarga saya. Dengan memberitahu anda, saya juga sedang ingatkan diri saya sendiri akan hidup saya. Dan semoga juga dapat ingatkan anda tentang kehidupan dan kepayahan ibu bapa anda untuk membesarkan anda serta adik-beradik yang lain! Komitmen lain seperti memberi nafkah atuk dan nenek anda di kampung belum di ambil kira lagi.
    Dan, bagaimana pula dengan keinginan? Ibu bapa kita sama sperti insan yang lain, seperti kita juga. Mempunyai impian tersendiri. Salah satunya adalah menunaikan haji di Mekah. Apa kata kita sebagai anak yang telah diasuh denga penuh kasih sayang dan lemah lembut oleh kedua-dua ibu bapa kita (tolak tepi pertengkaran dan persengketaan yg pernah berlaku dalam keluarga), cuba untuk merealisasikan impian mereka. :)
    Hargai lah pengorbanan yang telah ibubapa anda lakukan untuk anda sejak anda dari kecil lagi. Hargai perasaan mereka. Ukirkanlah senyuman di bibir mereka dengan kejayaan anda.

    Mari muhasabah diri dan ubah diri kita. In shaa Allah :)

    image by The Muslim Show
    *click to view image larger*
    p/s : penulis sedang dalam usaha untuk menjadi seorang yang berjimat-cermat. doakan semoga usahanya berjaya; "Ya Allah semoga Nur Syahiba Haseena binti Ahmad Sowhini berjaya menjadi seorang yg berjimat cermat dan anak yg solehah. Aamin!" - terima kasih kerana meng-amin-kan. 
    Peace No War ^_^V