"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Dec 4, 2014

    Pesan Guruku : Bersiapkah Kita?

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ



    Pesan Guruku :
    Dalam keheningan kolej yang mana hampir semua pelajar balik kampung, ambo ambil peluang berlatih dengan "sahabat" ambo. ambo terfikir sejenak tatkala berhenti sekejap mengambil nafas dan melepaskan lelah, kalaulah ditakdirkan negara yg aman ini menerima musibah darurat dan perang, apakah yang akan kita buat?

    Bersediakah kita kalau semboyan perang dibunyikan? Adakah panggilan jihad akan disambut? Cukupkah bekal, cukupkah persiapan? Sudahkah Sundang, Pedang, Parang, Golok diasah? Wasiat sudahkah ditulis? Sudahkah maaf memaafkan, halal menghalal sesama saudara? Dan adakah sudah kita bertaubat sebenar-benar taubat?

    Negara aman tak bererti ia tak akan berperang. Adanya bala tentera tak bermakna kita tak perlu belajar silat. Perang pakai senjata api tak bermaksud sia-sia belajar senjata tradisional dan tangan kosong.

    Bersiaplah.....


    cc : Cikgu Shaiful Hakim


    Nov 30, 2014

    PROMOSI : e-Book Seni Bela Diri Wanita

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    E-Book Seni Beladiri Wanita

    Apa itu E-Book?
    E-Book adalah buku dlm bentuk soft copy yg boleh dibaca secara online,dalam laptop dan telefon yg mempunyai aplikasi android. Format E Book lazimnya adalah dalam format PDF.

    Utk E-Book Seni Beladiri Wanita,ia dilengkapi dgn security code di mana setiap pembeli akan diberikan access code yg berbeza utk mbolehkan E book tersebut dibuka.

    Harga : RM40

    Kenapa mahal?
    *50 teknik ringkas dan berkesan
    *Cara menggunakan payung,pen,kain atau tudung atau tali pinggang dalam situasi kecemasan
    *penerangan titik lemah dan maut manusia

    Total muka surat adalah melebihi 50 pages. Jadi cukup berbaloi dgn jumlah teknik yg banyak di tambah lg dgn nota2 penting.

    Kepada siapa E Book ini dijual?
    * WANITA SAHAJA
    * DUA ALAM IS NOT ALLOWED
    * WANITA YG SIBUK DGN KERJA DAN TIADA MASA UTK JOIN KELAS BELADIRI
    * WANITA YG MALU BERLATIH DI HADAPAN ORANG RAMAI

    Jadi dgn pembelian E Book ini anda boleh berlatih di rumah atau mana2 tempat bersama sahabat2 wanita anda atau bersama suami tersayang.
    ELAKKAN daripada berlatih bersama kawan lelaki dan teman lelaki istimewa. Nanti lebih mudah anda ditindas oleh teman lelaki anda.

    Jika berminat boleh whatsapp : +60129015231

    Atau email kan pesanan ke pustawi69@gmail.com


    "Kami Berdiri Demi Maruah"


    Jun 23, 2014

    Tak Boleh Upload Gambar Bayi?

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ



    Assalamualaykum WBT.


    Beberapa minggu yang lalu saya dan teman-teman seperjuangan silat datang ke rumah guru kami, Cikgu Hakim untuk melawat isterinya, Kak Nis dan bayi perempuan mereka yang baru lahir.

    Masha Allah, comel tak terkata bayi yang dilahirkan awal Mei tersebut.

    Dengan seronoknya saya mengeluarkan handphone untuk menangkap gambar bayi tersebut sebagai simpanan sendiri sahaja. Tapi ditegah Kak Iklima, "Eh jangan, baby bawah 40 hari tak boleh tangkap gambar dia. "Kenapa,kak?" "Entah akak tak pasti tapi memang tak boleh." So saya akur sahaja dan simpan semula handphone.

    Beberapa hari lepas Kak Iklima telah tag saya di post FB tentang "Sebab-sebab Tidak Boleh Upload Gambar Bayi." So hari ini saya nak share dengan kalian intipati post di FB tersebut.



    UNTUK DIKONGSI DENGAN SAHABAT-SAHABAT, MUNGKIN ADA YG LEBIH MEMAHAMINYA......WALLAHU'ALAM

    Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi - Al Ain Bukan Perkara Main-main.

    SalaamULLAHu Alaykum...
    Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu 
    Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. 

    Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

    "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). " Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. 


    Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.


    Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

    عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

    Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.
    Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)



    عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

    Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).


    Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
    Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

    1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

    عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

    Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)


    2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

    عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

    Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)


    3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. 


    Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi
    Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat 

    • rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), 
    • tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), 
    • ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, 
    • begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, 
    • maka ianya akan terjadi hal yang serupa.

    NauzubILLAHi min Zalik.

    Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) 



    Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

    Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :

    عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

    Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.

    Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H). 


    Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

    Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku


    • Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). 
    • Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, 
    • nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

    Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

    Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

    NauzubILLAHi min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam.




    perkongsian : Kak Iklima
    sumber : Rahsia Hawa


    sharing is caring (:


    Jun 20, 2014

    Jeng Jeng Jeng~


    Assalamualaykum WBT ,

    Mihihihi...


    Entri ni saya tujukan khas buat seorang abam kesayangan kami semua (geng silat), Abang Mior Farhan.



    Seperti yang saya katakan dalam komen di atas, hari ini saya akan tunaikan kata-kata saya. Kebetulan hati tengah seronok lagi lapang dada lepas jawab exam Lab Quality Management pagi tadi, so nak post entri kali ni pun berbunga-bunga lahaii.. *hujan bunga*

    Haaa.. curious tak tengok gambar printscreen ada love-love? korang curious kan, haaa curious kannnn~ *tiru gaya Abang Afiq annoys kan orang sambil angkat kening doublejerks*


    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -



    Abam Mior dapat hadiah rupanyaaaaa! 


    Dari siapa la tuu yg bertuah dapat abam Mior yang rajin pergi gym malam2 sebab nak bagi tambah ketui ketui kat badan. Hihihihi

    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -


    Huiyyyoohh!! Bukan main banyak love-love nyaa!

    Nanti saya pun nak minta satulah dari abam Komando. Hehehe..

    Sooo.. apa lagi ramai-ramailah share entri ni - "Let's Spread the Love" - sebab ada banyak loves dalam gambar tu, rugi tak sebarkan :P


    nota.kaki : jangan marrehhh~ nanti kena juai nohh.. hehehe


    Jun 10, 2014

    REVIEW | Hair Age Quiz

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Assalamualaykum WBT,

    FINAL EXAMINATION WEEKS just started ! Good luck to all of my friends that are going to seat on the examinations. I just finished with my first paper, Ethnic Relations yesterday and my second paper, Organic Chemistry will be on next week. Another 2 papers, Lab Quality Management & Microbiology will be on 20th and 25th June. So yeah, i'm just lazying around and lying on my bed today, haha..

    Since the Study Week begin, i keep online and Facebook-ing ain't the only thing i know to spend my time with. Recently, I've been so excited about looking for wedding dress, the cake, the party - i mean the majlis, how it should look like - and all the tips related.

    "Ahaa! Syahiba, don't forget to invite us!"
    "I want to be your bridesmaid!"
    "No! I want to be your bridesmaid!"
    *slap!*


    "Berangan tak sudah kerja kau ya, Syahiba?"


    Ha ha ha ha.. All the searches just as preparations for myself before the TIME come other than just mengisi masa lapang yang lapang sangat kononnya. Nanti tiba-tiba dah nak kahwin dah takkanlah baru nak terhegeh-hegeh baca tips semua kan kan kan? Haaaa.. Angguk cepat, kalau tak nanti kena juring dengan I :P

    So, from googling the wedding dress images and read all those tips given by the 'experts' on many websites,then I blogwalking to another websites. And this morning I found this website called YouBeauty.com. They provide many beauty tips and guidelines for women especially. They aren't just discussing about diet tips, make-up tutorials or how to blemish your skin, but they also discuss about psychology, nutrition, health and love and life matters.

    Then, I take the Hair Age Quiz. Teehee.. If you want to check out yours too, you can directly go to this link YouBeauty.com : Hair Age Quizzes. After answer those questions prepared, they will calculate the level of your hair conditions then you will know your hair age. Plus, they also will give you action steps of how to take care of your hair. YouBeauty.com also suggested some articles for more information and knowledge regarding of how to take care of your hair. You can view the list of trusted experts of YouBeauty.com HERE.

    Aaandd. . . *drum rolling*
    I would like to share with you girls my hair age result.

    Tadaaaa~ 
    Happy Viewing and Reading !

    *click to view image larger*

    My hair will grow even more gorgeous as ever..
    Awwww~ Hihi..



    Some comments about my hair. I have edited them so that people who never seen my hair wouldn't know how my hair look like ;)


    • The ends of the hair are about 4 years old. Treat them with extreme care (read: use a deep conditioner two to three times weekly).
    • Everyone's hair gets finer and thinner with age, so those with medium hair may might notice their hair losing volume and becoming fine.
    • Girls are often surprised by how their hair stop falling in a uniform way with age. It's thanks to increased curvature in the hair strands.











    okay, my hair is a bit frizzy
    but not frizzy like hers ok~







    The links to suggested articles, you may click them to read more :



    Thank you for reading & Don't forget to check your hair age too! :D


    May 10, 2014

    20

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Assalamualaykum WBT,



    Dua puluh.

    Bagai telah melangkah satu garisan masa halus
    Pada kira-kira 7.15 pagi tadi.

    Bagai masuk satu dimensi alam kehidupan baru
    Pada tarikh keramat 10 Mei



    Dua puluh.

    Ada apa dengan dua puluh untuk dirai digembirakan
    Jika hampir separuh dari dua puluh ini
    Penuh noda maksiat dan dosa ?

    Apalah sangat dengan dua puluh untuk dikenang ditertawa
    Jika tiada walau sesaat pun dari dua puluh itu
    Pernah diguna dan berjaya diguna sebaiknya untuk Dia ?



    Dua puluh.

    Terima kasih mama. Terima kasih ayah.
    Bersekang mata, berpeluh keringat
    Membanting tulang, memecah suara
    Untuk anak yang malas ini.

    Terima kasih mama. Terima kasih ayah.
    Tekun bersujud, gigih berdoa
    Mencari masa rehat untuk di isi Dhuha
    Meminta bermacam dariNya segala keberkatan
    Buat anak derhaka ini.



    Sebuah syurga pun tak mampu nak bayar setitik susu dari mama.
    Sebuah syurga pun tak mampu nak balas setitik peluh dari ayah.




    heart,
    Permata Jiwa Ahmad Sowhini & Rubiah


    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

    epilog


    Bu ,
    damailah engkau di sana ya.
    jiwa kau tetap setia 3 tahun bersama kakak.

    Apr 29, 2014

    Tak Mengapa.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ









    aku pejam mata,
    letak tangan di dada, pada jantung
    dengar setiap detik jantung berdetak

    aku tarik nafas dalam-dalam,
    biar saja aku simpan semua ini
    dalam hati dalam ingatan
    sehingga kan nanti aku pergi

    walau aku tidak tahu senyum itu
    memang layaknya untuk aku
    atau sekadar sapaan mesra

    tidak mengapalah jika tidak dicintai
    tapi aku kan cuba untuk terus mencintai
    heart, 
    - Nur Syahiba Haseena -

    Apr 27, 2014

    Kelakar.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Kelakarnya
    Bila imbas kembali
    Waktu aku dakwa
    Kaulah yang aku paling sayang
    Dari kalangan mereka

    Kelakarnya
    Bila ingatan diterjah
    Akan gelak dan rengekan manjakau
    Bila aku mengusik, mencuit

    Kelakarnya
    Bila terpandang motor buruk
    Yang tersadai di luar rumah
    Dulu aku guna bawa kau ke sana ke mari

    Kelakarnya
    Terkenang akan air mata
    Yang pernah bergenang
    Rindukan kau yang dulu jauh

    Kelakarnya
    Lidah ini pernah terkelu
    Saat kata nista keluar dari bibirku
    Tanpa sengaja melukai hatimu

    Kelakarnya
    Atas dasar kasih dan cinta
    Kau aku kembali menyayang
    Hati kita berbunga

    Kelakarnya
    Bila masa silam menembak fikiran
    Dengan memori dan kenangan
    Namun
    Kenangan hanya sekadar tinggal kenangan

    Kelakarnya
    Jam seolah berputar ke belakang
    Aku melihat pada cermin kehidupan
    Aku bayang kau, kau bayang aku
    Jam berputar kembali ke depan
    Kehidupan aku kehidupan kau . . . .

    Kelakarnya
    Bila aku sedar dari lamunan
    Kehidupan kita jauh berbeza
    Aku aku, kau kau
    Tiada kita

    Kelakarnya
    Aku mampu tertawa

    Kelakarnya
    Aku menangis dalam tawa

    Kelakar.



    heart, 
    - Nur Syahiba Haseena -


    Apr 16, 2014

    Musuh Dalam Selimut : Part 1

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Assalamu'alaykum WBT,

    Kali ini saya ingin kongsikan dgn para pembaca sebuah artikel yg menceritakan musuh dalam selimut, dalam agama kita, Islam iaitu SYIAH.

    Pernahkah anda dengar tentang "Syiah" ?

    Hari ini Syiah telah menguasai Iran, Iraq, Syria dan bertapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Lebanon. Kehadiran mereka turut dirasai di India, Pakistan dan negara-negara Arab. Mereka juga telah bertapak dan mengembangkan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, kumpulan Syiah terang-terangan telah menubuhkaan pusat-pusat aktiviti dan pengajian (yg dikenali sbg 'hauzah') di Gombak, Selangor, Perak, Kedah dan di Johor.

    Kehadiran mereka amat dirasai bila tibanya 10 Muharram setiap tahun di mana mereka akan menyebarkan rencana berkenaan peristiwa Karbala & mengadakan sambutan di hauzah-hauzah mereka. Mereka aktif berdebat di internet dan menyebarkan buku-buku propaganda dgn meletakkannya di masjid-masjid atau tempat-tempat tumpuan awam. Kini, ramai pengikut Syiah di kalangan Melayu; sebahagian asalnya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ttp telah menukar aqidah kpd Syiah & sebahagiannya sememangnya dari keluarga penganut Syiah. Mereka juga bergiat cergas di pusat-pusat pengajian tinggi dan ada di antara mereka yg menyebarkan doktrin ini melalui karya-karya sastera dan bergiat cergas dalam bidang politik.

    Sekarang ini puak Syiah ini cuba mendapat pengiktirafan DYMM Yang Dipertuan Agong. Malah mereka turut membuat aduan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membolehkan mereka menyebarkan ajaran sesat mereka di Malaysia.


    Siapakah SYIAH ??

    Syiah - terutamanya Syiah Imam Duabelas atau Imamiyah atau Jaafariyah - ialah sebuah ajaran yg memaki & mengkafirkan sebahagian besar sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisyah RA.
    Ajaran ini juga mengatakan al-Quran yg ada sekarang ini telah diselewengkan, juga mengatakan Allah SWT bersifat Al-Bada' iaitu jahil (ini adalah sifat mustahil Allah), Imam-imam mereka adalah maksum malah lebih dari Nabi & Malaikat, menganggap Ali & Hussein RA malah Fatimah RA sebagai tuhan, bertawaf di Kaabah yg dibina di Karbala, menambahkan syahadah dalam azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah (berpura-pura dan menipu) & banyak lagi 1001 kesesatan dan perkara-perkara baru dalam Islam.

    Syiah turut mendakwa Saiyyidina Ali RA adalah lebih utama daripada sahabat-sahabat Nabi SAW yg lain. Syiah menghina dan mengkafirkan hampir kesemua sahabat. Ini adalah ciri utama ajaran Syiah. Terdapat beberapa aliran di dalam Syiah itu sendiri tetapi pada dasarnya hampir kesemua mereka mengkafirkan sahabat Nabi SAW.

    Syiah BUKAN sebahagian dari Islam malah hakikatnya adalah sebuah agama lain, dan kitalah , Ahli Sunnah Wal Jamaah yg lebih menyayangi Ahlul Bait berbanding golongan Syiah ini.


      FATWA KEBANGSAAN
      Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yg bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi'ah dan mengharamkan penyebarannya di Malaysia. Antara negeri-negeri yang telah mewartakan kesesatan Syi'ah :
    • Kedah
    • Selangor
    • Wilayah Persekutuan
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Perlis
    • Johor
    • * rujukan lanjut : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia *




    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Imam Syafi'e berkata : "Tidak pernah aku melihat golongan yg menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong dari golongan Rafidhah (Syiah)"
    - Al-Kifayah , halaman 49 -

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





    nota.kaki :
    Untuk pengetahuan para pembaca, entri kali ini merupakan mukadimah yg saya petik dari risalah "Risalah Pemurnian Aqidah : Syiah yang Sesat dan Menyesatkan - Edisi 1/2014" yang disebarkan dgn disisipkan dalam akhbar-akhbar tertentu. Risalah ini memberikan tumpuan utama kpd satu kelompok Syiah yg paling menonjol dewasa ini iaitu Syiah Imamiyah atau Syiah Imam Dua Belas. Golongan inilah yg paling aktif menyebarkan ajaran sesat mereka dan menimbulkan banyak kecelaruan dlm masyarakat kita sekarang ini. Mereka mempunyai ramai penganut di Malaysia dan di serata dunia terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

    In shaa Allah saya akan sambung lg perkongsian ini agar sama-sama dapat kita selamatkan aqidah kita dari golongan bertalam dua muka ini. In shaa Allah.

    Apr 13, 2014

    Harapan Selalu ada.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Assalamu'alaykum WBT.

    Nama aku Nur Syahiba Haseena binti Ahmad Sowhini.
    20 tahun aku bernafas. Sebenarnya HAMPIR 20.
    Aku tanya diri sendiri
    "Apa yang telah kau buat untuk Islam, Mama Ayah dan diri kau?"
    Aku diam. Malu.

    Aku seorang pendosa, tapi harapan selalu ada bukan?
    Selagi nyawa masih dikandung badan.
    Selagi matahari terbit di timur.

    Macam orang lemas dalam laut,
    Tak tahu berenang, terkapai-kapai.
    Tapi atas limpah kurnia kasih dan rahmatNya,
    Kau akan lihat aku muncul semula di air.
    Bernyawa.

    Aku cuba dan semoga terus diberi kekuatan olehNya
    Untuk menarik orang yang aku sayang,
    Sepertimana mereka yang kasihi aku dan cuba menarik aku,

    ke tepian pantai sebuah pulau.
    Syurga.

    Harapan baru. Noktah.
    Tapi ini bukan penamatnya.
    Kerna kisah ini baru sahaja bermula.

    *koyak lembaran hitam, bukan bukunya*




    jiwa,
    - Nur Syahiba Haseena -


    Mar 20, 2014

    Retaknya Berlian

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    "just strong enough like a diamond!"

    Antara ribuan permata, kau pilih berlian
    Ditempa dari bintang yang akhirnya jatuh ke pangkuanmu
    Bintang yang sedaya upaya lari ke hujung semesta
    Akhirnya menjadi ibarat bulan jatuh ke riba

    Kau tatang dan kau tatap saban hari jemu pun tiada
    Dan berlian semakin hari semakin berkilau lawanya
    Bibirmu tak lekang dengan senyuman
    Menikmati indahnya dan bahagianya perasaan

    . . . . . . . . . . . . . . . . .

    Berlian itu yang mencarit ikrar janjimu
    Berlian itu yang mengelar nadi setiamu
    Berlian itu terus dan terus melukaimu
    Dan kau tidak sedar sakitnya rasa pilu
    Kerana hatimu begitu kuat dikuasai rindu

    . . . . . . . . . . . . . . . . .

    Akhirnya berlian itu retak
    Dipukul serpihannya sendiri
    Yang pernah dilontarnya padamu

    . . . . . . . . . . . . . . . . .


    "akhirnya retak"

    i am speechless



    heart,
    - Nur Syahiba Haseena -


    Feb 23, 2014

    Biarkan Bintang Itu

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Assalam'alaykum,


    Sesuatu telah hilang . Aku sangka telah ku bawa seluruh jiwa ragaku ke mari, rupanya . . .


    You know , i just miss "syahiba" whom i "met" in Selangore Matriculation College (KMS). Kinda really miss "her". "We" often spend most of "our" time in Surau As-Sufi.

    Ahhhh~ Surau As-Sufi, such a heart-calming and full-of-barokah hangout place. and the Assaff gang . . . . if i am allowed to do so, i hope i could stay there for another one year. just stay there, join the Assaff's activities. . . but i couldn't, i have to move on. Here. In this place.

    When i was in KMS, i used to feel like "i wanna getta out of here right now! Mama , Ayah please take me out of this little 'hell'!" because of my own weakness. I am afraid that little 'hell' will 'kill' me. But i am wrong. Just wrong and so wrong. The reality is, that little 'hell' had made me felt like alive person, made me a strong and grateful one.

    How i miss my roommates so badly , my practicummates (SM3K2T4), the anak Gayong KMS , the Lajnah Multimedia of Assaff.

    How i miss the sky of Banting badly although it have quite extreme hot weather. But i much like love it rather than sitting in a very cold lecture hall.

    Yeah the sky. Sometimes it is blue, sometimes it is white. And there are times when it is grey. And there was this one time, the sky is really blackish grey and it quite terrifying me plus with the strong wind and big monster-alike clouds are just around our college.

    Despite of that, everything else are wonderful.

    And the trees. Yeah the trees. There are just so few of trees in the KMS. You can actually count the trees with your fingers. Naah, your finger ain't enough to count 'em actually because they are more than your 20 fingers.

    I miss my room; i miss my bed which is just next to Jiha's ,which there are some times when i woke up in the morning i will hug her. Well she did told me that sometimes i will hug her while i was sleeping.

    I miss my table, near to the window. Yeah whenever i felt so stress while studying, i'll just look at the outside of the window. Then, i'll saw the trees, the pine-tree type i guess. Yeah and the sometimes-blue-sometimes-white sky too.

    Not to forget, i miss my locker. Why? How can you miss a locker too? Because it most 'listened' to my cries. Whenever i felt like wanna cry, i will sit in the locker, half close the door and cry inside it. I am weirdo.


    The most wonderful gifts of all in the KMS are the sunrise & the sunset. They are just so~ All i can say are Alhamdulillah, Masha Allah & Subhanallah.

    Every morning while walking to class, i'll saw the beautiful sunrise smiling and greet me saying "Assalam'alaykum O the servant of Allah, may Allah bless your day". It made me feel positive and energetic person. Non-stop Zikrullah.
    Sometimes, if the fog is quite thick, we are lucky then to see the shape of the sun clearly. Round shape and bright orange colour. Masha Allah.

    And in the evening, i will wait at the window sitting at my table looking at the sky and at the same time hiding from being saw by the guys that were jogging that time.
    Why?
    Because i'm waiting for my beautiful sunset. Looking at it as i am like so in love with it from the window of my room. I am hypnotized. By Allah's beautiful creation.
    And there are times i would run to the highest floor of my hostel to see the sunset view. And that time i was like "uhhh, i'm melting" .
    And then non-stop Zikrullah.



    *tersentak* Baru aku sedar. Jiwa aku tertinggal di sana. "Syahiba" yang kurindu ada di sana. Selama ini aku didampingi "Syahiba" yang dulu, yang ingin aku tinggalkan umpama ular meninggalkan kulitnya yang sudah tiada guna baginya.



    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 



    Dia kata,
    Usah kau jadi bulan.
    Dipandang dipuja,
    Tapi bukan bulan yang beri cahaya,
    Bukan bulan yang beri 'kehidupan'.

    Dia kata lagi,

    Jadilah seperti matahari.
    Silau tidak terlihat,
    Tiada yang ingin menyentuhnya.
    Tapi matahari lah yang menerangi alam,
    Beri kehidupan rasa 'bernyawa'.

    Tapi aku,
    Sedari atau tidak,

    Aku menjadi bintang.
    Jauh mahupun dekat
    Mereka kata mereka ingin gapai aku.
    Hakikatnya saat aku mendekati,
    Mereka bakal termusnah kerana aku.

    Dan biarkan aku jadi bintang di hujung semesta.

    Agar tiada kehidupan bernyawa yang bakal terluka.



    heart,
    - Srikandi Kuda Hitam -
    Nur Syahiba Haseena

    Feb 16, 2014

    SEKAP 2.0

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

    Assalam'alayka,

    So, how is my blog's new look? Sebenarnya rasa tercabar tengok blog kawan-kawan yg dah berubah wajah, tu yang rasa macam nak tukar je. Sibuk je nak tiru orang kan? Hehehe..
    Layout kali ini biasa-biasa sama seperti layout lepas tapi kali ni lebih banyak warna kucing!

    Okaylah, kini tiba masa untuk saya bercerita kepada kalian cerita yang telah saya janjikan. Maaf kerana agak lewat post entry kali ini yang ceritanya sudah hampir sebulan berlalu kerana komitmen saya bukan kepada blog semata-mata.

    So, bersedialah anda untuk membaca ayat-ayat yg penuh skema dari saya. Aha ! Jika anda alergi dengan ayat-ayat Bahasa Melayu yg tak berapa nak baku, sila hentikan pembacaan anda sekarang juga, harap maklum dan terima kasih (:

    Pada 17 sehingga 19 Januari yang lalu, saya dan anak-anak Gayong gelanggang Naga Rantau yang tersayang telah menjalani sebuah aktiviti luar bersama-sama yg dipanggil sebagai SEKAP.

    SEKAP? Apa maksud SEKAP?

    SEKAP merupakan singkatan kepada Selangkah ke Alam Pendekar. Dan program kali ini merupakan SEKAP 2.0 yang diadakan di Teluk Gorek, Endau Johor.

    Pertama kali bakal merasa pengalaman seperti ini, pastilah membuat saya lebih teruja lagi. Tapi lebih mengejutkan apabila nama saya antara yg tersenarai sbg AJK, iaitu AJK Makanan. Oleh sebab ini merupakan program pertama di mana saya perlu berurusan untuk ramai orang, maka begitu banyak kekurangan yg telah saya lakukan sebagai seorang AJK. Terima kasih kerana mempercayai saya untuk melaksanakan tugasan ini, dan saya juga minta maaf kerana tidak melaksanakannya dengan baik seperti yg diharapkan. Sekali lagi terima kasih buat Kak Iklima dan Kak Wahida yg banyak bersusah payah dengan hal-hal urusan makanan daripada saya sendiri, serta Abang Afiq, Abang Muhtadi dan Hilmi.

    Baiklah, saya teruskan dengan program-program yg kami laksanakan sepanjang 3 hari.


    17 Januari 2014, Jumaat :

    Selepas solat Jumaat, pesilat-pesilat dari Kampus Gambang telah mula berkumpul di hentian bas. Setelah lama menunggu, sekitar jam 3 petang, bas tiba dan setelah memasukkan khemah-khemah, talam serta barang-barang lain, kami bertolak keluar dari Universiti Malaysia Pahang kampus Gambang. Manakala ada sebuah bas lagi mengambil pesilat-pesilat dari Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan.

    Kami tiba di Chalet Teluk Gorek sekitar Maghrib. Setelah bawa turun barang-barang, kami semua berkumpul dan memilih penghulu & penghuluwati,iaitu Ikey dan Zati, kemudian kami telah membahagikan tugas masing-masing.



    "haaa baru betul letak khemah kat sini. bukan kat tepi laut tu"

    "bising betul dia ni, nanti aku bagi Kombat 1 baru tahu"

    "mula-mula cucuk besi ni kat tanah dulu, faham?"




    Malam itu, setelah selesai solat berjemaah, pesilat-pesilat telah berkumpul di surau bersama cikgu yang dihormati, Cikgu Shaiful Hakim. Cikgu Hakim telah berkongsi sedikit sebanyak kepada kami tentang ilmu manzil dan pengalamannya mengubati orang.

    Kemudian tiba pula aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu upacara mandi perlimau tapak dan upacara mandi perlimau seni. Upacara mandi perlimau tapak perlu dilaksanakan oleh pesilat-pesilat lelaki manakala pesilat wanita hanya perlu mandi perlimau seni. Pesilat lelaki yang telah mandi perlimau tapak boleh mandi perlimau seni.

    panglima-panglima menyusun limau berserta akar sintok sebelum upacara perlimau tapak bermula

    upacara perlimau tapak bermula

    srikandi menunggu giliran untuk upacara perlimau seni

    limau, akar sintok dan bunga-bungaan untuk perlimau 

    upacara perlimau seni pun bermula



    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

    "Biarkan ia
    Terus mengalir dalam diri. Meresap jauh Bersatu dengan jiwa.

    Rindu yang tak pernah wujud Muncul terus bertaut. Bukan mimpi mahupun jelmaan yang ku impikan Akan ku nanti Untuk ketemunya di syurga. Bi iznillah" - Srikandi Kuda Hitam-

    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

    Sebelum mandi kami perlu makan asam yang telah digaul dengan garam, menghabiskannya sebelum kami diberi sebiji pisang. Makanan ini hanyalah simbolik kepada kehidupan seorang manusia, melalui asam garam kehidupan sebelum merasai kemanisan kehidupan.

    tukang gaul asam garam. 

    dan inilah hasilnya. besar kan? -.-

    memang heaven habis dapat makan pisang lepas kena habiskan asam digaul garam sebiji tu

    Jangan anda risau kami tak mandi dalam surau tu, masing-masing mandi dalam tandas. Setelah bersiap-siap kami terus masuk tidur kerana perlu bangun jam 5.30 pagi untuk solat Subuh berjemaah.



    18 Januari 2014, Sabtu :

    Setelah sarapan, kami semua telah berkumpul di dataran kecil berdekatan dengan tapak khemah kami. Atas kelewatan berkumpul di surau pada jam 5.30 pagi serta kelewatan berkumpul di dataran tersebut, kami telah didenda oleh komando kem kami sebelum memulakan adat buka gelanggang dan memanaskan badan.








    Setelah memanaskan badan, aktiviti grading (ujian kenaikan bengkung) pun bermula. Pesilat dengan bengkung hitam mulus untuk naik ke bengkung awan putih, bengkung awan putih naik ke bengkung pelangi hijau, bengkung pelangi hijau naik ke bengkung pelangi merah kosong diasingkan sebelum pendaftaran nama. Dimaklumkan ada dua orang abang senior yang turut diuji untuk kenaikan bengkung merah kosong ke bengkung merah chula 1. Saya tidak ikut ujian kenaikan bengkung tetapi sekadar membantu partner, Kak Tim yang mengambil ujian kenaikan ke bengkung hijau.

    pendaftaran ujian kenaikan ke bengkung awan putih dan pelangi hijau

    pendaftaran ujian kenaikan ke bengkung merah






    menghambur anak harimau / kambing
    hisham antara yg tercedera semasa sparring.
    jangan risau bro, masih handsome lagi



    Akhirnya pada petang, sesi ujian kenaikan bengkung pun berakhir dengan sesi pemecahan genting atap oleh Kak Syafinaz, Kak Wahida, Kak Ika dan Kak Amira.

    adat penutupan gelanggang

    Selepas solat Asar, kira-kira jam 5.30 petang kami menunggu ketibaan Cikgu Hakim untuk menyampaikan silibus cindai. Cindai adalah salah satu seni mempertahankan diri wanita. Uniknya seni cindai dan seni pukulan wanita yang lain, pesilat wanita tanpa mengira bengkung boleh mempelajarinya manakala pesilat lelaki boleh mempelajarinya apabila mereka telah berbengkung kuning atau telah menjadi gurulatih.







    Setelah menyampaikan silibus cindai kepada para srikandi, Cikgu Hakim menyampaikan seni pukulan maut kepada panglima-panglima di tepi pantai. Saat paling best apabila melihat para panglima Naga Rantau membuat aksi golongan anak Harimau 10. Rasa mcm nak ikut buat sama duduk sebelah Cikgu pula. Eh? Hahaha.. ok joke.






    Setelah solat Isya’, Cikgu Hakim membenarkan kami untuk berehat sehingga tengah malam sebab kami bakal pergi BERTAPA !! \(^.^)/
    Dup dap dup dap (0.0)
    *tarik nafas*
    *lepas nafas*
    *tarik nafas*
    *lepas nafas*

    Nervous + excited ! Tak sabar nak melalui pengalaman bertapa tu tapi pada masa yang sama resah risau jika terpilih untuk di ‘uji’.

    Tengah malam kami semua telah berkumpul dan kemudian menunggu Cikgu Hakim. Sebelum bertolak kami telah diberi taklimat kecil oleh cikgu tentang aktiviti pertapaan sebentar nanti. Kami turut diberi kain merah untuk menutup mata. Pada mulanya kami tidak menutup mata sepanjang perjalanan sehinggalah tiba di suatu tempat kami semua perlu menutup mata dengan kain merah tersebut dan berjalan dalam satu barisan memegang bahu kawan di hadapan. Setelah itu, kami menyambung perjalanan memasuki sesuatu kawasan.

    *baru perasan Abg Joe pegang parang O.O


    *aha! yg berkain batik itu saya. hihi*


    Cikgu Shaiful Hakim & Abang Ari

    Tak lama selepas itu, kami dipisah-pisahkan dan dikehendaki duduk di tempat tertentu. Entah kenapa, saya yakin sahaja yang saya tidak keseorangan berada mungkin di bawah pokok. Saya yakin ada kawan-kawan yang lain berada berhampiran.

    Tapi kadang kala saya teringat-ingat juga cerita tentang pengalaman senior-senior semasa SEKAP 1.0 lalu.
    Kebetulan malam itu tidak sejuk mana pun, barangkali kerana angin pantai di malam hari. Tapi tetap kuatkan semangat untuk terus berzikir sambil diselubungi kain batik. Semangat je bawa kain batik dengan baju sehelai sebab tak ada sweater, risau nanti sejuk sangat.

    Berzikir dan berzikir. Entah macam mana boleh pula saya berkhayal. Tersedar dari khayal, terus sambung berzikir. Dan berzikir, berkhayal, tersengguk, berzikir, berkhayal, tersengguk. Rasa macam nak baring je kat situ.







    Lama selepas itu cikgu memberi salam dan suruh saya mengikutnya. Cikgu dah pesan awal-awal jika sesiapa datang terutama cikgu sendiri ajak ke mana-mana tanpa memberi salam terlebih dahulu, jangan sesekali ikut. Saya telah dibawa kembali ke dalam barisan tadi dan kami telah kembali semula ke tapak perkhemahan kami melalui jalan lain yang agak panjang. Rupa-rupanya kami telah dibawa berjalan sepanjang persisiran pantai dengan keadaan mata tertutup.



    19 Januari 2014, Ahad :

    Pagi itu selepas solat Subuh berjemaah, kebanyakan pesilat membuat aktiviti masing-masing kerana program sepatutnya iaitu mendaki Gunung Arung telah dibatalkan. Sedang kebanyakan panglima bersantai-santai, srikandi-srikandi meneruskan pagi Ahad itu dengan berlatih cindai kerana petang nanti kami bakal dikhatamkan. Abang-abang senior juga turut mengikut mengambil pelajaran cindai dari srikandi, Kak Wahida. Jika diikutkan adat panglima haruslah berbengkung kuning / jurulatih / gurulatih dan telah mandi perlimau seni untuk mengambil pelajaran cindai ini.








    sementara itu, panglima-panglima yang tidak terlibat dengan upacara khatam cindai pula sedang . . . 

    "ayuh kita mara ke hadapan tawan pulau itu!"

    dayung sampan ke kacau dodol entah si Abang Hazwan tu -.-




    Selepas Zuhur kami semua berkumpul lengkap berpakaian uniform silat memakai kain bengkung merah sebelum bergerak ke air terjun. Agak jauh perjalanan kami sepanjang ke air terjun, namun berjalan beramai-ramai membuatkan saya tidak berasa penat malah seronok! Bukan main seronok sesetengah panglima siap ada yang bawa tuala untuk mandi di sana.



    with le beloved partner, Kak Tim

    dari kiri depan : Kak Umi, Kak Izati, Abang Badrul, Abang Maziz
    dari kiri belakang : Kak Tim, Kak Sue , saya

    memasuki kawasan kelapa sawit milik orang tempatan

    kemudian memasuki kawasan hutan sebelum tiba di kawasan air terjun


    Setelah melalui jalan raya, kawasan perumahan yang agak unik bagi saya, serta memasuki kawasan kelapa sawit dan hutan, akhirnya kami pun tiba di kawasan air terjun. Pertama kali saya melihat air terjun dan tempat tadahan yang sebegitu rupa. Kawasan air terjun tersebut masih belum dibuka untuk kunjungan orang awam, oleh itu kebersihannya kurang terjaga.

    geng Taliban pun tiba

    nampaknya geng Taliban seperti sedang berbincang sesuatu

    "ha, korang selam sorok dalam air, saya bagi isyarat kat kamu bila diorang dah masuk air.
    nanti pakat-pakat  serang diorang sampai terguling tenggiling semua."


    Sebelum memasuki air, Cikgu Hakim telah mengetuai bacaan doa selamat agar dipermudahkan segala urusan sepanjang upacara khatam cindai.




    Genting diletakkan di tempat tinggi.





    upacara khatam cindai pun bermula




    pemecahan genting oleh dua Ibu Cindai, Kak Sue dan Kak Umi menggunakan cindai



    Alhamdulillah kedua-dua genting berjaya dipecahkan setelah begitu banyak kali cubaan dilakukan



    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

    "Gemalai jemari bagai puteri Dihilir sungai mengkendi air. Dari betina menjadi jantan Cindai tetap setia tersarong dalam langkah"

    - Srikandi Kuda Hitam-

    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


    Setibanya kami di kem jam sudah menunjukkan jam 7 petang sedangkan bas bakal tiba pada jam 8 malam. Kerana kurang selesa dengan keadaan pakaian, saya nekad untuk membersihkan diri juga. Sebelum membersihkan diri, saya dan ahli sekhemah lain telah kemaskan khemah dan barang-barang kami terlebih dahulu. Dan bas pun tiba sewaktu saya masih lagi membersihkan diri, apa lagi kelam kabut la jawabnya.

    Setelah barang-barang dapur siap diangkut semuanya dan memastikan tiada barang yang tertinggal, kami telah berkumpul kira-kira jam 8.30 malam. Atas kelewatan kami terhadap pihak bas, komando kem kami telah mendenda dan mengarahkan kami untuk pumping. Syukurlah pumping je. Hehehe . .

    Dan program Selangkah ke Alam Pendekar 2.0 pun tamat.
    Semoga suatu hari nanti Allah mengizinkan kami merasai Selangkah ke Alam Pendekar 3.0 pula in shaa Allah (:



    nota.kaki : semua gambar dalam entri kali ini dikreditkan sepenuhnya kepada Cikgu Shaiful Hakim , Shahrin , Hisham dan Falah.