"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Dec 30, 2011

    macam-macam hari ini



    Hari ini sangat sibuk ! Malah bukan hari ni saja . Tapi mulai hari ini saya akan terus busy . Busy dgn kerja .
    Esok saya dah mula kerja sebagai promoter . Tadaaa ..
    Huhu

    Petang tadi dalam sekitar jam 6 petang , teman mama pergi Jakel . JengJengJeng ~
    Yes, ada Jualan Murah ! Mama pasti la sangat sukaaa . Saya pun suka kalau mama suka . Cuma kdg2 je mama tak suka apa yg saya suka -,-
    Ops , dah terpesong dah .
    Ok . Mama nak sangat pergi sebab katanya kain yg semeter RM13 dah jadi semeter RM6 ! Kalau tak silap saya itu la yg mama kata @_@
    Penat woo ~

    Tengah hari sebelum balik rumah , pergi cyber cafe sebentar . Nak betulkan email kat borang UPU , salah taip daa ..
    daftar email Yahoo!: syahibahaseena@yahoo.com
    dalam borang permohonan : syahibahaseena@yahoo.com.my

    Niat nak tukar yahoo.com kepada yahoo.com.my kat enjin carian Yahoo! sbb kalau tukar kat borang nak kena print out sekali dan saya TAK ADA PRINTER .
    At last pergi delete email tu , then buat email baru : nursyahibahaseena@yahoo.com.my
    dan borang pun telah diperbetulkan hari ini . Susahkan diri je kan -.-"
    Tak apa , dah tersurat dalam takdir saya akan guna email tu , so redha je la :)

    Nak cerita pagi punya kisah pulak .
    Pagi tadi tolong Ustazah Jamaliah kat Bilik BOSS . Apa itu BOSS ? Bilik Operasi SPBT Sekolah . Nama feymes dia , Bilik SPBT :)
    Pengawas2 SPBT merangkap kawan2 baik datang kecuali Syazni dan Eleena .
    Syazni sebab bercuti , Eleena ? Tak tanya pula , sebab tak ada kredit nak mesej @ call dia :/
    Kitorang kena agihkan buku2 Tingkatan 1 pada budak2 Tingkatan 1 SMKHC bersempena Hari Orientasi Tingkatan 1 hari ini .
    Uisy , sekejap je masa berlalu , rupa-rupanya dah siap ~_~

    Ok la , cukup2 la saya bercerita . Dah la cerita pun cerita reverse masa ye dak ? Apa laa Syiba ni .


    Aqma pun dah pakai Nokia N97 mcm saya :D Warna housing phone pun sama . Rasa mcm kembar yg telah terpisah bertemu semula pula handphone kitorang tu -.-"

    Dec 29, 2011

    Gurauan Nabi Muhammad SAW

    Zaman sekarang ni macam-macam idea manusia dlm memperkembangkan dan menambahkan warna-warni hidup manusia . Antaranya berjenaka utk menghiburkan yg lain .
    Tapi apabila budaya usik mengusik dan berjenaka orang Melayu diselitkan unsur-unsur budaya kuning Barat , lain yg jadinya .

    Kenapa saya kata mcm tu ? Cuba bandingkan jenaka zaman sekarang dgn jenaka yg ada dalam cerita Melayu lama . Lain bukan ? Zaman Melayu lama diselitkan unsur nasihat dan penagajaran dan sekadar halwa perbualan ketika menziarahi antara satu sama lain . Kini ? Kandungan jenaka zaman kini lebih banyak jenaka yg tiada mesej , lain kata lawak bodoh ! Unsur lucah dan mengejek turut diselitkan walaupun tak ketara .

    Sebaik-baik contoh gurauan adalah seperti yg ditunjukkan Rasulullah SAW . Sederhana sahaja :)
    Malah Baginda SAW apabila gelak tak sama mcm kita ! Baginda SAW hanya senyum hingga menampakkan gigi sahaja . Subhanallah :)

    Berikut antara contoh gurauan Baginda SAW :) yg diambil drpd Zarif.Asyraf 's blog 



    Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan bersama para sahabat dan mereka bertemu dengan sekumpulan nenek. Nabi memberitahu nenek-nenek itu, di syurga kelak tidak ada nenek-nenek seperti mereka. Oleh sebab nabi tidak pernah berbohong, nenek-nenek tadi mempercayai kata-katanya. Mereka pun menjadi takut lalu menangis. 
    Para sahabat kehairanan dan bertanya kepada nabi apakah maksud kata-katanya itu. Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, di syurga kelak memang tidak ada nenek-nenek kerana semua orang muda dan kacak serta cantik rupawan. Mendengar kata-kata nabi itu, barulah mereka faham, nabi sebenarnya berjenaka. Nenek-nenek itu pun berhenti menangis. Malah mereka berasa gembira kerana nabi mendoakan mereka masuk syurga. 

     Pada suatu hari yang lain, Nabi Muhammad bersama para sahabat sedang duduk berehat sambil memakan buah kurma. Nabi makan dan kemudian meletakkan biji kurma yang dimakannya di hadapan Ali bin Abu Talib yang duduk di sebelahnya. Dengan itu, walaupun nabi memakan banyak buah kurma, tidak ada biji kurma di hadapan baginda. Semua biji kurma terletak di hadapan Ali. 
    Kemudian nabi berkata, "Wahai sahabat-sahabatku, orang yang rakus memakan buah kurma adalah orang yang dihadapannya terdapat banyak biji kurma." Mendengar kata-kata nabi itu, para sahabat melihat di hadapan Ali terdapat banyak biji buah kurma namun Ali bukanlah orang sembarangan. 
    Beliau adalah orang yang berilmu dan beliau membalas kata-kata nabi, "Tetapi orang yang lebih rakus adalah orang yang makan buah kurma dan sekali gus memakan bijinya hingga dihadapannya tidak ada sisa biji kurma sama sekali." Kata-kata Ali itu jelas menunjukkan beliau adalah orang yang berilmu sehingga nabi merujuknya sebagai 'gerbang ilmu'. 

    Nabi berkata, "Aku ibarat tanah di halaman sedangkan Ali bin Abu Talib adalah pintunya."

     Pada suatu kesempatan Nabi Muhammad menjelaskan, umat Islam yang bertaubat menggembirakan Allah. Nabi menggambarkan kegembiraan Allah itu dengan kiasan atau tamsil yang lucu dan menyegarkan. Tujuan nabi adalah supaya para pendengar mampu memahami dengan mudah dan mengingati kata-katanya itu. 


     Nabi berkata, "Sesungguhnya Allah gembira melihat hamba-Nya yang bertaubat melebihi kegembiraan salah seorang antara kamu yang menemukan kembali untanya yang hilang di padang pasir. Unta itu membawa bekalan makanan dan minuman dan apabila ia hilang, tuannya berputus asa dan berbaring di bawah pohon. Tidak lama selepas itu, untanya muncul di hadapannya. Orang itu berasa gembira dan berkata, 'Ya Allah, engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhan kamu." Dia mengucapkan kata-kata itu kerana keliru akibat berasa terlalu gembira." (Direkodkan oleh Muslim) 
     Dalam hadis di atas, nabi menyatakan orang itu tersalah sebut kerana begitu gembira untanya yang hilang kembali kepadanya. Nabi menekankan, kegembiraan Allah melebihi kegembiraan orang itu apabila Allah melihat hambanya bertaubat.

    Bukankah kisah-kisah di atas menunjukkan Nabi Muhammad memiliki sifat kelakar dan suka berjenaka?


    *sumber : Ikmal Emir & Zarif.Asyraf



     

    Dec 28, 2011

    Kisah Hasan bin Yasar


    Hasan bin Yasar termasuk ulama dari kalangan tabiin.Beliau juga termasuk di antara orang-orang yang makbul doanya.Beliau wafat pada tahun 110 hijriah. Beliau aktif mengajarkan Quran dan hadis serta mempunyai banyak kumpulan atau majlis ilmu.

    Pernah suatu ketika sewaktu beliau sedang tekun mengajar dalam satu majlis,tiba-tiba datang seorang lelaki golongan Khawarij.Lelaki itu sengaja ingin mencabar Hasan bersama jemaahnya.Di samping mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan,lelaki itu juga sengaja menunjukkan keberanian dan kejaguhannya di hadapan mereka.Murid-murid Hasan berkata kepadanya:"Wahai Abu Sa'id,bagaimana kalau kita laporkan saja kepada baginda raja spaya orang ini tidak menganggu kita?"Hasan hanya mendiamkan diri.

    Beberapa hari kemudian,lelaki Khawarij itu datang lagi ke majlis pengajian Hasan bin Yasar.Hasan b. Yasar tidak sabar lagi melihat ulah lelaki itu hingga akhirnya beliau berdoa:"Ya Allah,sesungguhnya Engkau telah mengetahui tindakan lelaki ini bagi kami.Maka selamatkanlah kami dari gangguannya menurut cara yang Engkau kehendaki."Allah S.W.T. langsung mengabulkan doa Hasan b. Yasar,lelaki Khawarij itu tersungkur dan mati di tempat itu juga.Kemudian mereka beramai-ramai mengusung jenazahnya menuju rumahnya.

    Menurut ceritanya,setiap kali Hasan b. Yasar mengenang peristiwa itu,beliau menangis dan tidak sanggup membendung cucuran air matanya."


    From:Buku Himpunan Kisah Insan Derhaka karya Muhammad Isa Selamat.


    *source : Ikmal Emir


    Dec 27, 2011

    Tips Takluki Hati Pasangan Anda

    Assalam . Tadi saya buka facebook . Kat news feed keluar la latest update facebooker kan kan kan ? Kadang-kadang tu keluar juga yg semalam punya :3 Lepas tu ada satu page ni , post link . Saya pun buka laa .
    Taraa . Keluar tajuk Tips Takluki Hati Pasangan Anda oleh Pemanis Kata ^-^
    Sekarang ni ,rasa nak share dengan kalian pulak . Hehe *winkwink ;) So , sila la baca . Jangan segan2 . Hehe
    Oh ye , yg warna putih dlm kurungan tu , reaksi / pendapat saya utk tips2 kat bawah ni . Saya ni memang byk songeh :P
    1. jadikanlah pasangan anda sebagai sahabat baik anda. (setuju sangat !)
    2. selalu mengirimkan pesanan ringkas kepadanya walaupun hanya berkata " i love u"  (err..no komen)
    3. lelaki sukakan wanita yang pandai membawa diri, berdikari, dan tidak kekok dalam apa-apa situasi sekali pun. (pendek kata fleksibel dlm semua keadaan)
    4. wanita pula sukakan lelaki yang selalu mengambil berat akan dirinya. (tapi tak kalau mengongkong)
    5. jika melakukan kesalahan, jangan malu untuk meminta maaf. (agar perhubungan dpt diperbaiki)
    6. lelaki akan ketepikan segala ego demi wanita yang di cintainya. (kadang-kadang tapi susah nak jumpa lelaki yg menangis kerana pasangannya)
    7. kata orang tua-tua, tawan hati lelaki dengan mengikat perutnya terlebih dahulu. (ok , kena belajar memasak -,- )
    8. setiap manusia punyai kekurangan. cintai pasangan anda kerna dirinya seadanya. bukannya kelebihan dan kehebatannya kerana jika suatu hari nanti kelebihan dan kehebatan itu hilang, anda akan membencinya.
    9. beradalah di sisi pasangan anda ketika senang dan susah adalah kunci kebahagiaan. 
    10. carilah masa untuk menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti kegemaran pasangan anda.
    11. bila pasangan anda sedang bercakap, pandanglah matanya, berikan tumpuan dengan percakapannya, jangan bersikap sambil lewa.
    12. jika wanita sedang marah, pujuklah hatinya dengan lembut, tanyakan kenapa.. jadilah pendengar yang setia..
    13. jika lelaki sedang marah, limpahilah pasangan anda dengan kasih sayang.. pujuk hatinya, jika masih tidak berjaya, biarkan dia bersendiri dahulu.. bila keadaan kembali reda, dia akan kembali mencari anda. percayalah!!!
    14. kaum adam kebiasaanya akan bercakap terus terang, berlawanan dengan kaum hawa yang lebih suka berlapik ketika bercakap. (yeke ?)
    15. lelaki suka menganggap segala-galanya adalah mudah dan senang dalam segala hal... lain pula dengan wanita lebih cerewet dalam setiap perkara.. (mcm mama , hehe)
    16. sayangi pasangan anda berpada-pada.. kerana terlalu sayang akan menjadi benci malah sebaliknya. 
    17. kadang-kadang pasangan kita juga memerlukan masa bersama keluarga dan kawan, jangan di sekat kebebasannya tetapi tidak pula di biarkan terlalu bebas. ini bermakna, beritahu pasangan anda ke mana anda ingin pergi, dan bersama siapa.. jangan timbulkan syak wasangka kepada psangan anda.
    18. tidak kira di mana anda berada, ingatlah status anda. ada hati yang perlu di jaga yer. jangan terlalu bebas bergaul. takut nanti ada yang tersangkut dengan anda.. masalah nanti.. (dulu mcm ni la , harap-harap tak buat lagi pd masa hadapan ;) )
    19. perkenalkanlah pasangan anda kepada kawan-kawan anda yang lain, agar dirinya terasa begitu berharga buat anda.
    20. sahabat si dia adalah sahabat anda juga, kata orang bila pasangan kita berkawan dengan kawan-kawan kita yang lain, maka dia akan lebih mengenali anda dengan dekat. tidak timbul juga masalah di kemudian hari :)
    21. berikan kejutan kepada si dia dengan memberinya hadiah, jangan tunggu untuk hari istimewa sahaja.
    22. bawa si dia di majlis-majlis keluarga. agar si dia tahu yang anda benar-benar serius dengannya.
    23. dari mata turun ke hati.. tatap lah matanya ketika bersama.. (tapi jangan pandang lama-lama sangat , nanti jadi zina mata . syaitannirrojim sentiasa ada bila lelaki dan perempuan bukan muhrim berdua-duaan)
    24. jangan lupa ucapkan "terima kasih" untuk setiap perkara yang si dia lakukan.
    25. tanya hati anda, mengapa mencintai dia??? kerana cinta itu cukup suci untuk di permainkan. cintai pasangan anda seadanya kerana si dia mncintai anda apa adanya ^^ (kadang-kadang cinta tak perlu sebab apabila sudah ikhlas :') )
    source :  http://pemaniskata.blogspot.com/2011/12/tips-takluki-hati-pasangan-anda.html#ixzz1hjkqXR6P



    Dec 24, 2011

    It's someting . Have a read .

    baca ini , sejuk hati :')


    http://www.harakahdaily.my/pengalaman-ustaz-haron-din-masuk-dalam-kaabah

    hukum wish Merry Christmas oleh Muslim

    Mengucapkan ‘Merry Christmas’ atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram berdasarkan kesepakatan para ulama sebagaimana dinukil dari Ibnu Al-Qayyim -rahimahullah- di dalam kitabnya 'Ahkam Ahlu Adz-Dzimmah’.

     Beliau berkata, “Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang menjadi kekhususan mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari besar dan puasa mereka, sembari mengucapkan, ‘Semoga hari raya anda diberkahi’ atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semacamnya.

    Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya tidak terjatuh ke dalam kekufuran, maka dia telah terjatuh ke dalam hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini sama saja dengan ucapan selamat kepada perbuatan mereka sujud terhadap salib, bahkan ucapan ini lebih besar dosanya di sisi Allah.

    Ucapan selamat seperti lebih dimurkai Allah daripada memberikan ucapan selamat kepada orang yang meminum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan, dan selainnya dari perbuatan maksiat. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sadar betapa buruk perbuatannya tersebut. Karenanya, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seseorang karena melakukan suatu maksiat, bid’ah, atau kekufuran, maka berarti dia telah menghadapi kemurkaan dan kebencian dari Allah.”

    [Ahkam Ahli Dzimmah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 1/441, Dar Ibnu Hazm, cetakan pertama, tahun 1418 H]

      sumber : https://www.facebook.com/shamkamikaze/posts/10150425999781612

    naudzubillahiminzalik . Allahualam .

    Dec 23, 2011

    nervouss


    Counting down the days . 8 days more before I start working .

    Yes , budak hingusan yang masih perlukan mamanya untuk membeli pakaian luaran dan dalaman nya bakal bekerja mencari pendapatan utk menambah duit poketnya sendiri .

    Budak hingusan ini yg masih perlu bertanya pada mama nya sama ada itu boleh ini boleh atau tidak bakal menempuhi alam pekerjaan bertemu dengan segenap lapisan masyarakat yang pelbagai ragamnya .

    Budak hingusan ini yg masih perlu suruh untuk buat begitu begini oleh mama nya umpama pahat dgn penukul bakal bekerja di bawah ketua yg baru yg entah garang kah atau lembut kah .

    Budak hingusan ini yg masih tak cukup-cukup duit tabungnya walaupun selalu menerima upah basuh kereta dari ayah nya kerana duit yang keluar lebih dr yg masuk bakal menerima wang gaji sebenar-benarnya .

    Budak hingusan ini yg masih mudah dikaburi oleh barangan-barangan dan hiasan sementara duniawi ini bersemangat untuk menghadiahi mama nya sesuatu yg penting buat mama nya .

    Budak hingusan ini nekad mentransformasi kan diri nya , sikapnya , pemikirannya , kepada gadis yg memiliki pemikiran seorang wanita yg matang .

    Ya , seorang gadis yg yg memiliki pemikiran seorang wanita yg matang dan bersedia merasai asam garam kehidupan yg baru seperti yg pernah dirasai kedua-dua mama dan ayah nya .

    Doa kan yg terbaik untuk diri ku wahai sahabat . Untuk ku menempuhi kehidupan di luar sana , di dunia sana . Dunia yg memiliki pelakon-pelakon hebat , yg lebih banyak watak antagonis nya dari watak yg baik-baik .
    Baik yg dimaksudkan adalah SEBENAR-BENAR BAIK .


    SOGO ! JUST WAIT FOR ME OK !


    Dec 22, 2011

    ayuh ! semangat semula !

    For what had happened before , I really out of my mood to continue blogging . Semangat saya dah hilang .
    Saya langsung tak tahu nak post apa .

    Tapi ada seorang budak lelaki ni , pangkat adik la.. dia selalu post link dan share fakta kat wall FB saya . So , saya rasa saya dah tahu dah nak buat apa :)

    I'm gonna share almost all of the links and facts that boy has posted to me :)
    Thank you , Ikmal Emir for giving me such inspiration to start blogging again ;)


    Oh ye , sebenarnya saya nak beritahu kalian saya dapat hadiah berupa buku motivasi .
    Diberi oleh orang utara . Jauhkan ? Hehehe
    Tapi , itu la . Kes semalam telah membantutkan mood saya . Grrrr --*

    Thank you to Saifulazrie ^^,


    "Jangan Bersedih Jadilah Wanita yg Paling Bahagia"


    Dec 21, 2011

    Karangan BM : Tanah Runtuh


    Aktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.

    Pengenalan
    Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.

    Punca
    1. Semulajadi
    Jumlah taburan hujan
    kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak
    Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah – tanah menjadi lemah dan mudah runtuh
    Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak


    2. Struktur tanah
    - Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
    - Kadar resapan yang rendah.

    3. Kecuraman dan kepanjangan cerun
    - Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.
    - Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.



    Kesan aktiviti manusia
    1. Pembangunan di kawasan tanah tinggi
    - Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang.
    -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan.

    2. Pembalakan tanpa kawalan
    - Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.
    -Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.



    Kesan/masalah.

    • Perubahan geomorfologi

    - Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut.
    - Kerja-kerja pembersihan kawasan mengambil masa yang lama.
    -Kestabilan cerun runtuh perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik penstabilan yang sesuai.


    • Banjir lumpur

    - Tiada pokok-pokok yang menyerap air menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah – banjir kilat.
    - Mengancam nyawa dan harta benda.


    • Kemusnahan hutan tanah tinggi

    - Pemusnahan hutan menyebabkan berlaku perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi.
    - Memusnahkan kawasan tadahan air. – wujud pencemaran dan mengurangkan kualiti air bersih.



    Kesimpulan:
    Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasi masalah kejadian tanah runtuh ini.


    Karangan BM : Pencemaran Sungai


    Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersihdan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

    Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

    Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

    Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.

    Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

    Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

    Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

    Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.


    Karangan BM : Pencemaran Alam


    Pengenalan
    - Alam sekitar adalah anugerah Tuhan.
    - perlu dipulihara dan disayangi
    - namun banyak alam sekitar yang telah tercemar


    Idea-idea Utama
    1. Habitat flora dan fauna akan terjejas.
    - lama kelamaan pelbagai spesis ini akan pupus
    - mendatangkan kerugian kepada generasi yang akan datang

    2. Manusia akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit
    - kesan daripada udara yang kotor dan tercemar
    - dilepaskan oleh kilang perindustrian dan kenderaan

    3. Berlaku bencana alam yang maha dahsyat
    - banjir besar dan tanah runtuh telah menjadi bukti
    - kesan daripada penebangan pokok yang tidak dikawal

    4. Hidupan akuatik semakin pupus
    - sungai yang jernih telah dipenuhi dengan sisa toksik
    - ikan dan udang antara mangsa pencemaran ini

    5. Pendapatan nelayan akan terancam
    - punca pendapatan terjejas
    - hidupan akuatik banyak yang mati
    - hasil pendapatan pastinya menurun

    Penutup
    - Pencemaran alam sekitar mestilah ditangani.
    - kempen,program dan pelbagai lagi mestilah dijalankan
    - penguatkuasaan undang-undang turut dilaksana

    Dec 20, 2011

    Karangan BM : Sukan



    Peranan sukan sebagai wahana perpaduan
    -  Peserta setiap negara akan melupakan politik/  fahaman/ideologi masing-masing
    -  Memahami budaya/ cara hidup masyarakat negara  lain terutama tuan rumah
    -  Meningkatkan hubungan diplomatik antara negara
    -  Mengutamakan semangat berpasukan
    -  Mewujudkan persaingan secara sihat/ semangat kesukanan
    -  Memupuk sikap patuh/ hormat akan peraturan  semasa pertandingan

    Perkembangan  sukan di negara  kita.

    •  sukan di Malaysia  – selaras dengan perkembangan  negara yang sedang menuju era teknologi moden yang serba canggih
    •  kemudahan  sukan  dibina untuk kemudahan atlet-atlet negara dan masyarakat – lebih berkesan
    •  pembangunan sukan diteruskan seperti projek  kem bakat  untuk  melahirkan bakat - bakat baru dalam bidang sukan
    •  wujud sekolah  sukan yang diubahsuaikan kokurikulumnya – Sekolah Sukan Bukit Jalil
    •  MSN – merangka program-program pembangunan  sukan dengan  menerima peruntukkan  daripada kerajaan dan bantuan daripada pihak swasta
    •  Malaysia berusaha dan telah pun berjaya menganjurkan pelbagai sukan bertaraf antarabangsa seperti  SUKOM 98, Lumba Kereta Formula 1
    •  penganjuran sukan bertaraf antabangsa ini dapat menangkis tomohan segelintir pihak yang cemburu dengan pencapaian negara
    •  secara tidak langsung mengundang rasa  bangga kita terhadap mutu sukan negara


    Faedah bersukan :

    •  banyak faedah yang diperoleh  daripada aktiviti sukan, antaranya dari segi kesihatan
    •  mengekalkan  tahap kesihatan yang tinggi – sentiasa sihat dan cerdas
    •  membentuk disiplin diri   – berjaya dalam apa jua cabaran
    •  masa terluang  dapat dipenuhi  dengan aktiviti  yang berfaedah  daripada melakukan perkara-pekara yang tidak mendatangkan kebaikan
    •  mewujudkan suasana  perpaduan antara kaum – menimbulkan  suasana kemesraan  di kalangan rakan sepermainan
    •  pada tahap profesional – memberikan sumber pendapatan yang lumayan
    •  atlet tempatan kita dapat berpelung untuk menerima latihan yang lebih baik dengan berlatih di luar negara bersama dengan atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa



    Karangan BM : Pembuangan Bayi


    Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat marcapada. Isu ini seolah-olah sudah menjadi trend atau ikutan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja. Acap kali isu ini kita lihat dan terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di corong-corong radio dan disiarkan di kaca televisyen.

    Hal ini akan menyebabkan negara kita mendapat imej yang buruk dan pandangan yang tidak baik daripada negara-negara luar. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah ini daripada terus membelenggu masyarakat.

    Pihak yang paling penting dan perlu memainkan peranan mereka untuk menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa merupakan penjaga dan pendidik kepada anak-anak mereka sama ada di luar mahupun di dalam rumah. Ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti anak mereka dan mereka perlu mengambil tahu tentang kawan-kawan anak mereka dan cara pergaulan anak-anak. Perkara ini penting kerana kadangkala anak-anak hanya berpura-pura menjadi seorang yang baik di hadapan ibu bapa mereka sahaja. Sebagai contohnya, anak-anak mengatakan bahawa mereka ingin ke sekolah tetapi hakikatnya mereka pergi ke pusat-pusat membeli-belah atau ponteng sekolah. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti dan perlakuan anak-anak agar mereka tidak terlibat dengan aktiviti pergaulan bebas.

    Selain itu, ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap anak-anak, walaupun sibuk bekerja. Hal ini demikian kerana, perhatian daripada ibu bapa dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Anak-anak juga akan sentiasa mengingati pesanan ibu bapa apabila setiap kali mereka hendak melakukan kesalahan. Kasih sayang yang ikhlas daripada ibu bapa juga dapat mengubah sikap negatif seseorang anak kepada sikap yang positif. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak, seperti makan bersama-sama, pergi bersiar-siar, solat berjemaah dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan mereka berasa disayangi dan mengelakkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti seks bebas.

    Menghantar anak-anak ke kem-kem motivasi ataupun seminar jati diri juga merupakan langkah yang berkesan untuk menangani masalah pembuangan bayi. Hal ini akan menyebabkan minda mereka terbuka dan melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan yang berbeza. Di dalam kem-kem motivasi, biasanya mereka akan didedahkan dengan isu-isu semasa yang melanda negara. Mereka akan diberikan informasi atau maklumat tentang kesan-kesan buruk sesuatu isu itu. Sebagai contohnya, kes pembuangan bayi akan menyebabkan nyawa si ibu terancam akibat proses melahirkan anak yang salah dan tidak normal tanpa pengawasan doktor. Perkara itu akan menimbulkan kesedaran dalam diri anak-anak khususnya para remaja tentang implikasi kes pembuangan bayi. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.

    Di samping itu, nilai-nilai agama yang tinggi perlu diterapkan dalam diri setiap remaja. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk menerapkan dan mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama yang sebenarnya. Perkara ini demikian kerana, pengisian nilai-nilai keagamaan dalam diri remaja dapat membina kekuatan dalaman mereka. Hati mereka tidak akan mudah terusik dengan anasir-anasir yang tidak baik kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan dapat membezakan dosa dengan pahala. Penerapan nilai agama ini perlu dilakukan sejak mereka kecil lagi dan secara perlahan-lahan,
    nilai-nilai tersebut akan sebati dengan diri mereka bak kata pepatah, “Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain”, begitu jugalah dengan anak-anak. Hal ini dapat menjauhkan mereka daripada mendekati zina dan terlibat dalam kancah maksiat.

    Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak dengan tegas, tetapi ketegasan yang sesuai dengan situasi. Terdapat sesetengah ibu bapa yang mendidik anak mereka dengan cara seperti seorang askar. Hal ini bertujuan untuk mendisiplin anak-anak mereka. Dengan disiplin yang tinggi dan ketegasan ibu bapa, anak-anak akan akur dengan arahan dan kehendak ibu bapa. Mereka juga akan taat terhadap perintah ibu bapa mereka. Namun begitu, remaja tidak boleh dididik dengan cara yang tegas. Ibu bapa perlu mendidik mereka bagai menatang minyak yang penuh. Dengan perkataan lain, mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang, tetapi jangan sampai mereka memijak kepala ibu bapa pula. Dalam kelembutan, sertakan sedikit ketegasan yang membuat mereka hormat kepada ibu bapa. Dengan cara ini, ibu bapa mudah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti anak mereka di luar. Perkara ini dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti pembuangan bayi.

    Konklusinya, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk menangani kes pembuangan bayi ini. Selain ibu bapa, pihak lain juga mestilah menggembleng tenaga bagi menangani fenomena ini. Dengan cara ini, kes pembuangan bayi dapat diatasi dengan efektif kerana semua pihak terlibat dalam usaha untuk membendungnya. Remaja pula merupakan golongan yang sangat berharga untuk masa depan negara pada masa akan datang.

    Oleh itu, didikan yang baik perlu diberikan kepada mereka sejak kecil lagi kerana mereka ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Hal ini juga bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.


    Karangan BM : Pelaburan Asing


    Latar Belakang

    • Pemimpin kita bertekad menjadikan Malaysia negara perindustrian.
    • Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan kemasukan pelaburan asing untuk mengatasi masalah kekurangan modal.
    • Pelaburan asing menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
    • Melaluinya, wawasan kerajaan dapat direalisasikan.
    • Kerajaan menggubal dasar untuk memberi jaminan serta menggalakkan pelaburan asing.

    Kepentingan
    • Kemasukan pelaburan asing ke negara ini memperluaskan aktiviti perindustrian dalam negara 
    • Pelaburan asing membantu pertumbuhan ekonomi yang pesat.
    • Menawarkan peluang pekerjaan, sekali gus mengatasi masalah penggangguran di kalangan penduduk tempatan.
    • Banyak projek usaha sama yang dapat dilaksanakan, terutamanya dalam sektor industri berat.
    • Skop industri dapat berkembang lebih meluas dengan adanya teknologi dan kepakaran.
    • Pengeluaran / produktiviti semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.
    • Eksport barangan pembuatan semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.
    • Menggalakkan kemasukan dan perkembangan teknologi canggih serta kepakaran dari luar negara.
    • Pelabur asing mampu memindah teknologi bagi meningkatkan daya pengeluaran.
    • Membawa masuk pekerja mahir yang turut membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu.
    • Pelabur asing menggalakkan Penyelidika dan Pembangunan ( R&D) dalam industri tempatan, membantu kemajuannya, termasuk penemuan-penemuan baru.
    • Pelaburan asing turut membantu pertumbuhan guna tenaga dalam negara, menambah jumlah guna tenaga mahir.
    • Menggalakan berkembangnya industri kecil (IKS) dan sokongan.
    • Permintaan bagi pekerja mahir dan separuh mahir terus meningkat.
    • Selain mengatasi pengganguran, turut meningkat taraf hidup rakyat Malaysia.
    • Pelaburan asing turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dalam negara kita.
    • Bagi menjamin kelicinan perkembangan industri, kerajaan membaiki dan menambah infrastruktur awam demi kepentingan bersama.
    • Kerajaan mendirikan jalinan lebuh raya, system telekomunikasi canggih, lapangan terbang KLIA untuk menarik pelaburan dan memberi kemudahan / perkhidmatan yang lebih baik.
    • Pelabur asing turut melibatkan diri dalam menyediakan infrastruktur secara usaha sama.
    • Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan lebih banyak bahan mentah dieksploitasi.
    • Perindustrian negara berasaskan eksport
    • Banyak projek mengeluarkan barangan siap dilaksanakan
    • Bahan-bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, dan bijih timah diusahakan dalam negara.
    • Menambah pendapatan negara melalui eksport
    • Boleh mengatasi risiko seperi permintaan dan harga komoditi yang tidak stabil di pasaran global


    Karangan BM : Obesiti


    Pendahuluan:
    Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya. Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.

    Punca:

    • 1) Ubat-ubatan

    Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.


    • 2)Masalah genetik

    Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti
    Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya


    • 3)Pemakanan.

    Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.


    • 4)Kurang melakukan senaman.

    Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.Oleh demikian,tidak mempunyai masa bersenam.


    Langkah mengatasi:
    1)Senaman

    • Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya



    2)Ubat-ubatan

    • Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:
    • Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.
    • Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.
    • Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.
    • Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan


    3)Diet

    • Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
    • Elakkan menggunakan susu pekat manis.
    • Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
    • Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
    • Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
    • Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
    • Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan


    kesimpulan:

    • obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita.
    • kita perlu tahu tentang status kesihatan dan BMI(Indeks Jisim Badan)kita.



    Karangan BM : Masalah Disipilin


    Pendahuluan :
    - lebih membimbangkan – pada tahun 1990 – 3,876 kes yang direkodkan di Mahkamah Juavana
    - pelajar-pelajar di kawasan bandar menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang lebih ketara berbanding dengan pelajar di kawsan luar bandar
    - perkara ini memerlukan perhatian  yang lebih serius daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan pemimpin negara kerana mereka inilah generasi yang menentukan masa depan negara
    - rasa hormat terhadap  guru sudah berkurangan.
    - Malah rasa kasih sayang kepada ibu bapa juga hampir hilang

    Punca masalah disiplin :
    -  tidak harus menunding jari  menyalahkan  sesama sendiri
    - kurangnya pengawasan  dan perhatian  daripada ibu bapa  – saban hari mengejar kemewahan duniawi
    - tekanan yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga dan sekolah – mengharapkan sesuatu yang mustahil
    - kurangnya  didikan agama menyebabkan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya lain yang terpesong daripada ajaran agama dan moral
    - pengaruh media massa- pemikiran remaja yang mengingini sesuatu yang mengikut peredaran zaman
    - pengaruh rakan sebaya – remaja menjadi liar dan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa dan diri sendiri

    Usaha mengatasi masalah disiplin :
    - perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa – proses memasuki alam remaja dan dewasa – amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada keluarga
    - menitikberatkan pendidikan agama  – sekiranya tidak mudah terpesong dan terpengaruh kepada anasir negatif
    - peranan sekolah – mendidik dengan nilai-nilai yang baik dan melakukan aktiviti yang berfaedah
    - matapelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam – menanam nilai-nilai murni
    - media massa – melakukan tanggungjawab sosial – jangan hanya pentingkan keuntungan semata-mata
    - Program kerajaan – Rakan Muda  dan Khidmat Negara – syabas diucapkan



    Karangan BM : laman sosial


    isi-isi penting :
    • fitnah mudah tersebar dalam kalangan masyarakat
    • berlaku banyak penipuan dan pemalsuan
    • melahirkan masyarakat yang lalai dan hasil tenaga kerja yang kurang berkualiti
    • bahan pornografi dan unsur-unsur budaya kuning Barat mudah tersebar
    • kedaulatan bahasa kebangsaan tercemar dengan bahasa slanga 



    Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.

    Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

    Kesan lain penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

    Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.

    Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

    Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.

    Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

    Karangan BM : bioteknologi


    Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan mikroorganisma.
    Huraikan pernyataan di atas.

    1. Meningkatkan kualiti
    - Hasil yang lebih baik drp sebelumnya
    - Saiz dan bentuk yang lebih besar dan cantik
    - Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum
    - Mutasi aruhan
    - Meningkatkan pembesaran
    - Kawalan virus dn Patogen – MARDI

    2. Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran
    -Jumlah hasil yang dikelurakan meningkat dalam jumlah yang berganda.
    - Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri
    -Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan

    3. Penghasilan baka baru
    -Penciptaan sepsis baru yang boleh dijadikan induk untuk penghasilan yang lebih berkualiti
    - Mengambil kelebihan baka asal dan menyesuaikannya dengan keadaan setempat dalam Negara
    - Contoh: kacukan lembu tempatan (tahan cuaca panas) dengan ciri-ciri lembu freasian (banyak susu)
    - In vitro
    - Embrio – persenyawaan
    - Penghasilan produk baru agro pertanian
    - Peningkatan produktiviti pertanian
    - Peningkatan kualiti
    - Membiakkan spesis yang menghadapi
    ancaman kepupusan

    4. Kepelbagaian hasil keluaran
    - Hasil keluaran dipelbagaikan
    - Contoh: tisu bunga orkid yang dikultur dapat menghasilkan bunga yang pelbagai dalam bentuk dan saiz yang berbeza
    - Penghasilan pelbagai produk hiliran
    - Contoh: kelapa sawit bukan hanya dapat menghasilkan minyak masak tetapi juga pelbagai barangan lain seperti sabun, lilin, barangan kosmetik dan biodiesel.

    5. Meningkatkan inovasi
    - Penumpuan kerajaan kepada bioteknologi dalam sektor ini akan lebih membangunkan dan memodenkan sector pertanian.
    - Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan
    - Kerjasama dengan Negara maju juga dilakukan bagi memperolehi teknologi mereka
    -Contoh: Jepun dan Amerika Syarikat – Persidangan Bioteknologi di Boston telah berjaya menandatangani 10 MOU antara Malaysia dengan institut penyelidikan dan firma swasta U.S.

    6. Memajukan teknologi pertanian
    - Penekanan kepada bidang bioteknologi secara langsung meningkatkan usaha unrtuk memodenkan sektor pertanian
    - Penciptaan dan penggunaan teknologi pertanian moden
    - Pemindahan teknologi dari luar negara spt Jepun


    Karangan BM : amalan kebersihan


    Kebersihan  merupakan amalan yang penting kepada masyarakat terutama semasa negara  berusaha menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita. Cadangkan usaha-usaha berkesan untuk mendidik anggota masyarakat agar mengutamakan kebersihan di tempat-tempat awam.

    Isi-isi

    • Usaha berkesan untuk mendidik masyarakat
    • Kempen  kesedaran  secara berterusan
    • Menswastakan pengendalian/ urusan membersihkan tempat-tempat awam
    • Menyediakan lebih banyak tempat/ bekas untuk membuang sampah
    • Meningkatkan keberkesanan peranan PBT  ( cth : pembersihan  kawasan secara berjadual)
    • Penerapan nilai mengutamakan kebersihan di sekolah
    • Penguatkuasaan undang-undang / kompaun kepada orang ramai yang membuang sampah merata-rata

    Dec 19, 2011

    English Essay : ... If Only I Had Been More Careful, That Wouldn't Have Happened


    QUESTION: Write a story with the ending, "If only I had been more careful, that wouldn't have happened". Your story should not be less than 350 words.


    Tonight was a cold and stormy night. The doors slammed shut as the rustling sound of the leaves could be heared. The storm had been like this for the past three days. I sat on my bed thinking if I had upset the Gods above in heaven. As I lay my head down soft and gently on my comfy pillow, I wondered if mom and dad were ok. They had gone for a vacation to the bahamas and I had to stay back because of my exams. I wasn't worried about it as I've stayed alone many times.

    Suddenly, the lights went out. My heart raced in agony as the storm got worse. I could see lightning lashing onto my gate and the roaring sound of thunder that came along. I pulled myself together and realised I needed to light some candles. So I headed downstairs with my trusty torchlight and worked my way to the storage room. I found the candles and begun to light them all over the house. I couldn't stand the fact that the darkness was playing games with my mind.


    An hour had passed till I realised something wasn't right. I felt as if something else besides me was in the house. I panicked. My mind filled with fear but I had to be sure I was right. So, I searched all the rooms on the same floor and found nothing. So I carefully walked down staircase. As I was walking, I realised all the candles that I had lit were put out. I was surprised but aware that there could be someone else in the house. My mind pondered as to how i was going to sneak around without alerting the possibly dangerous stranger.


    Then, it happened. As I hid behind one of the room's doors. I saw someone walk by me. He was a huge muscular guy who wore a beard and had hair that was so curly a fly could get stuck if it went through it. I was puzzled. Why would someone want to break into my house, I asked myself. I noticed the man had a huge revolver on his belt. The same one the cops used. I didn't want to stick around and aak questions. I had to call the cops. So I crept towards the phone and thank God it was still working. I made a distressed call and the cops said they would be at my house in five minutes.


    As I crept back upstairs, I accidently knocked over a small lamp and it broke. By this time I knew the stranger had been alerted. I was scared and feared for my life. My fears turned into my worst nightmare as I heard a loud noise. I was shot in the chest. I could feel blood oozing all over my shirt. The stranger walked towards me while mumbling words I just couln't understand. I thought I was a dead man. Then a miracle happened just as the stranger was about to finish me off. I heard a second gunshot and the stranger was down. It was the cops who had arrived.


    I was rushed to the hospital and the doctors commenced emergency surgery on me to remove the bullet. I was then transferred to the Intensive Care Unit(ICU) as the bullet had hit my lungs and I was unable to breathe properly. My parents rushed back as soon as they got the news. I was lucky to be alive. The doctor had explained that if the bullet had hit me a bit more to the left , it would have hit my heart and I would be dead. Nobody knew who the stranger was or what he wanted. If only I had been more careful, that wouldn't have happened.

    English Essay : . . . Shall Never Forget


       As the only child in the family, i was the apple of my parents's eyes.Born with a silver spoon in my mouth,i could have anything i wanted.My father was a successful entrepreneur while my mother was a consultant.Their busy careers left them with little time to spend at home.As a result,i was lonely and bored.

                I craved attention,i mixed with the wrong group of friends and started playing truant. Soon, i started taking drugs. My parents were shocked when they knew my behaviour. They were so sad. They hope that i could turn over a new leaf. So, they started to pay attention to me. However,their efforts proved futile. I have a best friend call John.He is a good person. He was not mix with our group.He just be friend with me. He always advice me to listen to my parents. However,    i just " listened" and do not do it. He worried about me,he afraid that i will become a drug pusher to support my expensive habit of taking drugs. Soon, i was enrolled for counselling sessions by John's uncle. But it was ineffective to me.

                 Later that night,i received a call from John's mother.She told me that John involved in an accident. I was shocked when i heard this news. I rushed to the hospital, John was coma. John's mother said that the reason that caused the accident was by that time John was chasing a person. The person is a teacher call Miss Ling.I think i knew the purpose of John to chase the teacher.She is the teacher i admire most.She had teached me when i was standard 5. I never do not listened her advice.For me she just my mum.She always helped me when i am in trouble. She also be my best audience when i was unhappy.

                I will tell her all the things that hapened in my family. I was unhappy because my family pay less attention to me. To me,Miss Ling is a person that i respect most.However,she leave me when i was in standard 6.She needed to removed from KL to Johor.Since that day, i would not see her anymore. John needed the helped from Miss Ling,he knew that Miss Ling would helped me far away from the drugs, he chased her.And John's careless on the road made him accident.

                I was so touch. I realized that on this world i still have the person that really be concerned with me. I was wrong.I made the wrong decission.Now,John was on the bed.I hoped that God will rescue him.I promised that i will never taking drugs. I will give up evil and return to good. Three days later,John still coma.But the happy things was,in this three days,i did not took any drug included smoking. I also went back home and apologize to m parents.They forgive me and they were happy that i can turn over a new leaf. However,John still coma. I was so guilty.I hoped that John can wake up early , i think he will very excited when he see me have change my apperance.

                 One week just past,John still laying on the bed.But i,started from today,i will help the old people at old folk's house, to decrease my crime.When i turned back from old folk's house ,John's mother had gave me a call.She said that John woke up already,and now John was checking by a doctor.I rushed to the hospital.I really excited to see him.I will give him a big hug when i see him.But John still cannot walk on the floor,he needed to use a wheelchair.But i still glad that John still alive.The old people always say that"when you do something bad, yhe God will punish you".For me,this is true .When i taking drugs,being a drug pusher,the God punish me by let John involved in an accident.This may let me lose a best friend.The old people also say that" when you do something well,the God will reward you".This was proof by the condition of John.When i helped the old people,the God reward me by giving back me John.I realize that the God will always be fair to every person.And now,John is making jokes with me.Today,i have lean a moral value,that is crime does no pay.It may let you lose something .Thanks God that save John,i shall never forget this day for the rest life.


    English Essay : . . . I Never Saw Her Again


    Write a story ending with, “I never saw her again after that”. 

    The gaunt figure that inched its way slowly towards the medicine counter looked old and haggard.

    Her dreary-looking outfit did nothing to conceal her bleak and depressing demeanour. Anyone who looked at her would have thought she carried the world’s burdens on her shoulders.

    Quietly, she sat on one of the chairs and waited patiently, like the rest of us, for her number to be flashed on the digital screen.

    I was rattled. I knew I had seen her somewhere before — a younger, happier version. There was no way I could be wrong. Like an arrow released from its bow, the buried and forgotten memories pierced my heart with an unknown intensity.

    It had to be Mary Anne, my best friend in secondary school. Then again, this person looked old, much too old to be 29. Anyway, I summoned enough courage and went towards her. Hearing my footsteps, she looked up slowly. The flash of recognition in her eyes told me I was not wrong.

    “It is you, Mary Anne Danker, is it not?”

    She nodded her head silently as if embarrassed.

    “Hello, John? You are looking good.”

    Her remarks reminded me of how beautiful she had been once. Mary Anne had been the school beauty. Everyone had admired her for her looks, her brains and her beautiful character.

    Many had said, rather enviously, that God had worked overtime with her – making her one of his masterpieces.

    One day, Mary Anne had stopped coming to school. Devastated, I had gone to her house, only to find it all locked up. Checks with neighbours proved futile. No one knew where the Danker family had gone and why they had left so suddenly.

    Taking a seat next to her, I wondered what had happened to the ravishing beauty I had once known.

    “Why did you leave so suddenly, Mary Anne? Why?”

    She looked at me nervously, clasping and unclasping her hands in her lap. I could sense that she was rather reluctant to talk, reluctant to expose a part of her life which had probably caused her a great deal of pain and suffering. A prolonged silence ensued. Finally, she inhaled deeply and started telling me her story.

    Her mother had been diagnosed with endstage cancer and there was nothing the doctors could do. They said that she had only three months to live. Her father thought it best to return to their hometown, to let her live in peace in the surroundings she had grown up in.

    Her father, devastated by his wife’s death, started to neglect his own health and three months later, he too died of a broken heart, leaving Mary Anne in the care of relatives.

    Tears rolled down Mary Anne’s cheeks as she related the difficult years with her aunt.

    The old widow treated her badly, forcing Mary Anne to quit school and to work as a dishwasher in a restaurant. The cruel old lady often beat her, and her cousins, jealous of her beauty, were more vicious than their mother.

    Now that the aunt was old and suffering from cancer, her five children had deserted her when they realised that she needed special care. Despite her aunt’s ghastly treatment of her, Mary Anne felt sorry for her.

    “I cannot leave her. She has no one else,” she said. “I have promised to take care of her till the end of her life.”

    I looked at Mary Anne and saw her goodness. Instead of seeing a gaunt and weary figure, I saw an amazingly beautiful human being.

    My heart went out to her. Just then her number was flashed on the screen. She got up and collected the medicine which, I understood, was for her aunt. Never had I felt so helpless and wretched. Her story reminded me of something my late grandfather used to say,

    “Life is like an onion: You peel it off one layer at a time, and sometimes you weep.”

    Before leaving, Mary Anne turned and smiled sadly at me. I never saw her again after that.

    English Essay :: (put your own title)


    “Not so fast Lewis!” My immature ten-year-old voice yelled out at the fast disappearing figure before me. I knew the additional two wheels of my glittering silver-tinted bicycle had given me a disadvantage rather the advantage I thought I would have. I pedaled with all the force my undeveloped leg muscles could generate, but it only proved to be futile. I could not win this race.

    I had never beaten my brother, Lewis, in any bicycle race after that. He always seemed to be one step ahead of me, no matter how hard I tried. Lewis was a caring and understanding brother, but equally so was he competitive and determined. He was my role model and the person I respected most, but he was also my main rival. Our parents too supported our healthy competition. Races with Lewis were never short of passion and excitement, and soon I found myself getting more into cycling, determined to beat Lewis at our favourite sport.

    The years had gradually passed, and the both of us had found a new love, motorcycle racing. We had worked hard to make our mark in the sport, and both of us had succeeded thus far, winning respective races in different parts of the world. Yet, he had won many more titles than me. I could never surpass him, it seemed. Our rivalry was a race.

    Now, it was time for us to compete once more. Both of us had entered the widely-acclaimed “MotoGP” competition, and a showdown would be inevitable. We had not raced together for many years, leaving this race down to the tremendous amounts of hard work we had put in. The press had written countless articles about our coming race, and it was finally time for the big clash.

    I turned my head towards him, and I could see his eyes through the visors of our helmets. Eyes filled with a colourful mixture of nostalgia, happiness and determination. Then, the horn blared. We raced, neck to neck from the start. It stayed that way for the next seventeen laps, before the final lap. He sped in front of me, stretching his engine to the limit. It would be extremely difficult to attempt to rival his pace, and I tried my very best to reduce the gap as much as I could. As I saw him riding in front of me, I was gripped by a sense of déjà vu.

    “Not so fast Lewis!” I mouthed, for the sake of reliving our very first race. Only this time, I would not let history repeat itself. I flicked my wrist back, accelerating my vehicle. I concentrated on the figure in front of me. I could feel the effect of pushing my engine to its limits. My gloved hands were feeling the heat from the overheating engine.

    We approached the last hundred metres. I was only half a motorcycle’s length behind him. With a final flick, we crossed the finish line.

    We looked up at the giant screen. A camera replay was being shown. It was too close to call a winner.

    “And the winner is Will!” the commentator boomed through the sound system.

    I felt immense relief and a massive sense of achievement. I had finally done it. I had won the cup. I had won a race against my brother. I had won the race to surpass my brother.

    English Essay : Friends


    Friends are people whom we turn to when our spirits need a lift. They are always by our side through thick and thin. They stand beside us even when our disposition is not perfectly right and will fight for us if we are oppressed. Therefore, it is clear that friends play a vital role in shaping who we are today. But what qualities exactly do we need to look for in a friend?

    A friend should always be caring towards you. He or she should take interest in your problems no matter how big or petty your problem may be. A friend should be able to sit beside you and encourage you to keep your chin up even when everyone else is against you. A friend’s empathy and lovingness will also replenish your worn-out soul and will make you realize how important a friend really is.

    Apart from that, a friend should be an honest person. An honest friend will dissipate any worries that he or she is lying towards you. A friend’s honesty will enable you to trust his or she’s opinion when it comes to telling you the truth about yourself. For example, an honest friend will remand you on your declining grades and will ask you to work harder while a dishonest friend will see it with a blind eye. Therefore, an overall improvement in yourself will be noticeable if you have an honest friend.

    Moreover, a friend should be generous both emotionally and knowledge wise. A friend who is generous ought to be able to connect with you and provide emotional support. He or she should also be generous when it comes to sharing knowledge. A true friend must be ever-ready to help you when you are inept in certain subjects. A friend can easily guide you towards understanding the subject matter better as he or she is often on the same page as you. The only difference is that you can’t quite grasp the content of the page per se.

    Besides that, a friend must also be able to humour you. Humour plays a quintessential role in making your day more lively and enjoyable. Friends who pull your leg and mess about will indefinitely make life seem so much better. As they say, laughter is the best medicine and a little levity on rainy days is always welcomed.

    In conclusion, friends are people we spend most of our time with. Thus, we have to be selective when it comes to choosing our friends.

    Dec 18, 2011

    Karangan BM : Pelancongan 5 : Inap Desa


    Pelancongan Desa (Homestay).


    • Pelancongan Desa atau 'Homestay' merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung. 'Homestay' diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi tersebut di kalangan penduduk kampung. Pelancongan desa dapat memajukan pelancongan eko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasan desa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatan Pelancongan desa yangberasaskan pertanian misalnya, dapat memberi pengalaman kepada pelancong merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi dengan melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

    • Projek ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemimpin masyarakat, individu dan warga desa tentang pendapatan sampingan yang boleh diperoleh daripada aktiviti ‘homestay’ di tempat mereka.

    • Untuk menggalakkan pelancong datang dan mendiami kawasan luar bandar, penduduk luar bandar perlu diberi panduan atau orientasi dan persiapan mental untuk sedia menerima pengunjung luar secara yang lebih professional dan sistematik. Secara tidak langsung, pelancongan desa mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Persediaan Ke Arah MenjalankanProjek ‘Homestay’

    • Menyediakan kemudahan infrastruktur kawasan seperti rumah penginapan, kantin, bekalan air bersih, elektrik, jambatan gantung dan kemudahan- kemudahan asas yang lain.

    • Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung, memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan, memerhati burung, melawat ladang, kebun buah-buahan, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik.

    • Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada para pelawat daripada dalam dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta (agensi pelancongan).

    • Membangunkan kawasan-kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan dengan menyediakan penginapan dankawasan menjamu selera.

    • Projek Homestay adalah satu konsep penginapan yang unik dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin merasaipengalaman menjalani cara hidup masyarakat Melayu.

    • Kampung-kampung yang terlibat di dalam projek ini sangat komited dalam memberikan gambaran sebenar cara hidup masyarakat Melayu. Di samping itu. projek ini memastikan setiap pengujung yang memilih penginapan secara 'Homestay' memperoleh pengalaman yang menggembirakan selain dapat meningkatkan pemahaman mengenai budaya Melayu. Contoh Projek ‘Homestay’ : Banghuris

    • Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris.Banghuris merupakan program ‘homestay’ pertama bagi Daerah Sepang.Setiap kampung mempunyai jentera pentadbiran yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang berasingan.Nama 'Banghuris' mula diiktiraf

    Pada 14 Mac 1997 dengan Jawatankuasanya terdiri daripada wakil setiap kampung yang bertanggungjawab mengendalikan program bersama dalam aspek yang lebih menyeluruh bagi ketiga-tiga kampung.Projek ini terletak di dalam Mukim Sepang dengan jarak 50 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur dan 30 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    • Keseluruhan jumlah penduduk Banghuris adalah seramai lebih kurang 6,500 orang dengan keluasan tanah lebih kurang 1,200 hektar (3,000 ekar). Kampung-kampung ini telah dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, klinik, rangkaian jalan kampung, sekolah rendah dan sekolah menengah, sekolah agama, masjid, klinik kerajaan, balairaya, tadika dan sebagainya.Hampir 90% tanah di Banghuris digunakan untuk projek-projek pertanian, dusun buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa dan kopi.Sumber pencarian penduduk di sini ialah sektor pertanian, kerajaan, kontraktor, pekerja kilang, nelayan, industri kecil dan perniagaan runcit.

    • Banghuris merupakan pengeluar terbesar industri makanan ringan di daerah Sepang dengan pengeluaran seperti kerepek ubi, pisang, keledek, tempe, cakar ayam serta kuih tradisional.Pada masa ini, projek pelancongan "Homestay Banghuris" adalah lebih menonjol denganpelbagai promosi telah diadakan di dalam dan luar negeri bagi menarik lebih ramai pelancong menyertai program ini untuk menikmati suasana kehidupan kampung serta adat istiadat.Buat masa ini, purata kehadiran pelancong dalam dan luar negara melawat dan tinggal di ‘homestay’ lebih kurang 2,500 orang pada tahun 2000.


    Karangan BM : Pelancongan 4




    • Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.

    • Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

    • Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

    • Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

    • Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

    • Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

    • Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

    • Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

    • Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan mengatakan bahawa fungsi dan tanggungjawab memajukan industri pelancongan negara tidak terletak pada bahu kementeriannya sahaja. Namun, kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang lebih besar dan penting dalam memastikan para pelancong pulang dengan `cerita-cerita' yang menarik dan menggembirakan dari Malaysia.

    • Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

    • Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalahyang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

    • Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

    • Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

    • Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat- tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

    • Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

    • Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

    • Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.


    Karangan BM : Pelancongan 3


    Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.

    Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam.

    Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah.

    Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita.

    Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.

    Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

    Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.