"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

~ Ayatul Kursi ~

Events
  • Kursus Pukulan & Senjata Wanita (coming soon)

  • My First Giveaway Survey

  • Sumbangan untuk Gelandangan

  • SEHATI2016 @ GAMBANG

  • GFA Conference : Solid Waste Management

  • Kursus Seni Bela Diri Wanita PSSGMUMP (story will be updated soon)

  • Apr 29, 2014

    Tak Mengapa.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ









    aku pejam mata,
    letak tangan di dada, pada jantung
    dengar setiap detik jantung berdetak

    aku tarik nafas dalam-dalam,
    biar saja aku simpan semua ini
    dalam hati dalam ingatan
    sehingga kan nanti aku pergi

    walau aku tidak tahu senyum itu
    memang layaknya untuk aku
    atau sekadar sapaan mesra

    tidak mengapalah jika tidak dicintai
    tapi aku kan cuba untuk terus mencintai
    heart, 
    - Nur Syahiba Haseena -

    Apr 27, 2014

    Kelakar.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Kelakarnya
    Bila imbas kembali
    Waktu aku dakwa
    Kaulah yang aku paling sayang
    Dari kalangan mereka

    Kelakarnya
    Bila ingatan diterjah
    Akan gelak dan rengekan manjakau
    Bila aku mengusik, mencuit

    Kelakarnya
    Bila terpandang motor buruk
    Yang tersadai di luar rumah
    Dulu aku guna bawa kau ke sana ke mari

    Kelakarnya
    Terkenang akan air mata
    Yang pernah bergenang
    Rindukan kau yang dulu jauh

    Kelakarnya
    Lidah ini pernah terkelu
    Saat kata nista keluar dari bibirku
    Tanpa sengaja melukai hatimu

    Kelakarnya
    Atas dasar kasih dan cinta
    Kau aku kembali menyayang
    Hati kita berbunga

    Kelakarnya
    Bila masa silam menembak fikiran
    Dengan memori dan kenangan
    Namun
    Kenangan hanya sekadar tinggal kenangan

    Kelakarnya
    Jam seolah berputar ke belakang
    Aku melihat pada cermin kehidupan
    Aku bayang kau, kau bayang aku
    Jam berputar kembali ke depan
    Kehidupan aku kehidupan kau . . . .

    Kelakarnya
    Bila aku sedar dari lamunan
    Kehidupan kita jauh berbeza
    Aku aku, kau kau
    Tiada kita

    Kelakarnya
    Aku mampu tertawa

    Kelakarnya
    Aku menangis dalam tawa

    Kelakar.



    heart, 
    - Nur Syahiba Haseena -


    Apr 16, 2014

    Musuh Dalam Selimut : Part 1

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Assalamu'alaykum WBT,

    Kali ini saya ingin kongsikan dgn para pembaca sebuah artikel yg menceritakan musuh dalam selimut, dalam agama kita, Islam iaitu SYIAH.

    Pernahkah anda dengar tentang "Syiah" ?

    Hari ini Syiah telah menguasai Iran, Iraq, Syria dan bertapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Lebanon. Kehadiran mereka turut dirasai di India, Pakistan dan negara-negara Arab. Mereka juga telah bertapak dan mengembangkan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, kumpulan Syiah terang-terangan telah menubuhkaan pusat-pusat aktiviti dan pengajian (yg dikenali sbg 'hauzah') di Gombak, Selangor, Perak, Kedah dan di Johor.

    Kehadiran mereka amat dirasai bila tibanya 10 Muharram setiap tahun di mana mereka akan menyebarkan rencana berkenaan peristiwa Karbala & mengadakan sambutan di hauzah-hauzah mereka. Mereka aktif berdebat di internet dan menyebarkan buku-buku propaganda dgn meletakkannya di masjid-masjid atau tempat-tempat tumpuan awam. Kini, ramai pengikut Syiah di kalangan Melayu; sebahagian asalnya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ttp telah menukar aqidah kpd Syiah & sebahagiannya sememangnya dari keluarga penganut Syiah. Mereka juga bergiat cergas di pusat-pusat pengajian tinggi dan ada di antara mereka yg menyebarkan doktrin ini melalui karya-karya sastera dan bergiat cergas dalam bidang politik.

    Sekarang ini puak Syiah ini cuba mendapat pengiktirafan DYMM Yang Dipertuan Agong. Malah mereka turut membuat aduan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membolehkan mereka menyebarkan ajaran sesat mereka di Malaysia.


    Siapakah SYIAH ??

    Syiah - terutamanya Syiah Imam Duabelas atau Imamiyah atau Jaafariyah - ialah sebuah ajaran yg memaki & mengkafirkan sebahagian besar sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisyah RA.
    Ajaran ini juga mengatakan al-Quran yg ada sekarang ini telah diselewengkan, juga mengatakan Allah SWT bersifat Al-Bada' iaitu jahil (ini adalah sifat mustahil Allah), Imam-imam mereka adalah maksum malah lebih dari Nabi & Malaikat, menganggap Ali & Hussein RA malah Fatimah RA sebagai tuhan, bertawaf di Kaabah yg dibina di Karbala, menambahkan syahadah dalam azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah (berpura-pura dan menipu) & banyak lagi 1001 kesesatan dan perkara-perkara baru dalam Islam.

    Syiah turut mendakwa Saiyyidina Ali RA adalah lebih utama daripada sahabat-sahabat Nabi SAW yg lain. Syiah menghina dan mengkafirkan hampir kesemua sahabat. Ini adalah ciri utama ajaran Syiah. Terdapat beberapa aliran di dalam Syiah itu sendiri tetapi pada dasarnya hampir kesemua mereka mengkafirkan sahabat Nabi SAW.

    Syiah BUKAN sebahagian dari Islam malah hakikatnya adalah sebuah agama lain, dan kitalah , Ahli Sunnah Wal Jamaah yg lebih menyayangi Ahlul Bait berbanding golongan Syiah ini.


      FATWA KEBANGSAAN
      Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yg bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi'ah dan mengharamkan penyebarannya di Malaysia. Antara negeri-negeri yang telah mewartakan kesesatan Syi'ah :
    • Kedah
    • Selangor
    • Wilayah Persekutuan
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Perlis
    • Johor
    • * rujukan lanjut : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia *




    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Imam Syafi'e berkata : "Tidak pernah aku melihat golongan yg menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong dari golongan Rafidhah (Syiah)"
    - Al-Kifayah , halaman 49 -

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





    nota.kaki :
    Untuk pengetahuan para pembaca, entri kali ini merupakan mukadimah yg saya petik dari risalah "Risalah Pemurnian Aqidah : Syiah yang Sesat dan Menyesatkan - Edisi 1/2014" yang disebarkan dgn disisipkan dalam akhbar-akhbar tertentu. Risalah ini memberikan tumpuan utama kpd satu kelompok Syiah yg paling menonjol dewasa ini iaitu Syiah Imamiyah atau Syiah Imam Dua Belas. Golongan inilah yg paling aktif menyebarkan ajaran sesat mereka dan menimbulkan banyak kecelaruan dlm masyarakat kita sekarang ini. Mereka mempunyai ramai penganut di Malaysia dan di serata dunia terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

    In shaa Allah saya akan sambung lg perkongsian ini agar sama-sama dapat kita selamatkan aqidah kita dari golongan bertalam dua muka ini. In shaa Allah.

    Apr 13, 2014

    Harapan Selalu ada.

    ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


    Assalamu'alaykum WBT.

    Nama aku Nur Syahiba Haseena binti Ahmad Sowhini.
    20 tahun aku bernafas. Sebenarnya HAMPIR 20.
    Aku tanya diri sendiri
    "Apa yang telah kau buat untuk Islam, Mama Ayah dan diri kau?"
    Aku diam. Malu.

    Aku seorang pendosa, tapi harapan selalu ada bukan?
    Selagi nyawa masih dikandung badan.
    Selagi matahari terbit di timur.

    Macam orang lemas dalam laut,
    Tak tahu berenang, terkapai-kapai.
    Tapi atas limpah kurnia kasih dan rahmatNya,
    Kau akan lihat aku muncul semula di air.
    Bernyawa.

    Aku cuba dan semoga terus diberi kekuatan olehNya
    Untuk menarik orang yang aku sayang,
    Sepertimana mereka yang kasihi aku dan cuba menarik aku,

    ke tepian pantai sebuah pulau.
    Syurga.

    Harapan baru. Noktah.
    Tapi ini bukan penamatnya.
    Kerna kisah ini baru sahaja bermula.

    *koyak lembaran hitam, bukan bukunya*




    jiwa,
    - Nur Syahiba Haseena -