13 Disember 2013
Tatkala selesai menyegarkan badan dan ingin menunaikan solat fardhu Maghrib, lagu Ruang Rindu nyanyian Letto kedengaran dari atas meja belajar. Khuatir itu panggilan penting, segera saya tinggalkan sejadah untuk menjawab panggilan.
(dialog perbualan telah diringkaskan)
“Assalamualaikum, Syahiba ke ni?” “Ya, saya. Ni siapa ye?”
“Ni akak nak beritahu, kita kena bertolak sekarang.”
“Ha!! Tapi tapi tapi. . . Saya tak bersiap lagi! Saya ingat bertolak jam 10 lebih.”
“Oh tak ape. Syahiba bersiap dulu. Nanti telefon akak di nombor ni semula.”
Setelah selesai solat fardu Maghrib, segera ku kemaskan pakaian dan barang-barang penting yang lain ke dalam beg kuliah. Saya sekadar bawa sebuah beg galas dan beg kecil untuk isi kain telekung dan tuala.
Pantas ku menuruni anak-anak tangga Blok C2, melangkah besar menuju ke tempat yang telah dijanjikan. Segera ku dail semula nombor kakak tadi.
“Syahiba dah solat Isyak ? Solatlah dahulu. Tuan kereta pun tak ada dalam kereta kan?”
Kerana tergesa-gesa, saya tidak mengikuti jemaah Isyak pada waktu itu. Sesudah mengenakan tudung, ada seorang kakak yang ingin mengambil wudhu’ menegur, “Syahiba ye? Akak yang telefon kamu.” Pertemuan pertama kali dengan kakak Amira binti Aris, yang tanpa ku ketahui rupanya adalah senior tahun akhir fakulti ku sendiri. Setelah itu, saya berkenalan pula dengan Kakak Izati, yang bakal membawa saya dengan keretanya. Rupa-rupanya saya tidak keseorangan selain dengan kakak berdua tersebut. Ada seorang lagi ukhti bernama Athikah yang merupakan kawan kepada roommate ku turut sama menyertai perjalanan kami.
Setelah hampir sejam perjalanan, akhirnya kami tiba di Pusat Aktiviti Pelajar di UMP Kampus Pekan. Bukan kali pertama ku jejakkan kaki di sini, tapi adalah kali pertama saya bakal menginap di sini selama dua malam.
Tibanya di Masjid di tingkat dua, rupanya saya dan Athikah antara peserta yang terawal tiba di sini.
Setelah menunggu tidak lama, peserta-peserta yang lain pun tiba.
Dan program Kem “Wonderful Weekend” pun bermula dengan sesi “Ice Breaking” atau Ta’aruf setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang saya kira sebagai kumpulan usrah juga. Dan kami bukan sekadar berta’aruf, malah kami turut melaksanakan rukun kedua Usrah, iaitu Tafahum. Kami di minta untuk mengetahui nama, fakulti, tempat asal dan sebagainya dari ahli kumpulan. Kemudian kami telah diminta untuk melukiskan apa-apa sahaja gambar yang berkaitan dengan sifat-sifat kami. Apabila dibandingkan dengan lukisan-lukisan ahli usrah yang lain, saya rasa lukisan saya yang ala-ala paling merepek sekali. Tapi saya sekadar mengikut arahan yang diberi. Hihi
![]() |
lukisan hati seorang pengkarya yg kempunan KFC Zinger Burger dan strawberry float |
![]() |
tag nama yg paling besar pernah diminta utk pakai. |
Hampir lupa, sebelum sesi Ta’aruf merupakan taklimat daripada Pengarah Program (maaf tak ingat nama ikhwan). Kami diberikan beberapa warta yang perlu dipatuhi sepanjang program ini.
*warta*
Kemudian setelah selesai sesi Ta’aruf, kami dibenarkan untuk merehatkan diri. ‘Hotel’ kami untuk sepanjang program ini adalah Surau Blok G, Alhamdulillah. Walaupun berkatilkan lantai berkarpet, tetap bersyukur. Jazakallahi khairan kathira kepada yang menyumbang kain cadar dan selimut untuk kegunaan kami, serta penghuni rumah di blok G yang membenarkan kami menggunakan tandas mereka. Malam itu, saya terharu dengan ukhuwah yang cuba di pupuk oleh raisah (penolong ketua kumpulan) kami yang meminta kami untuk membaca surah Al-Mulk secara berjemaah sebelum tidur.
14 Disember 2013
Kami bangun sekitar 4 hingga 5 pagi untuk bersiap ke Masjid. Setelah selesai kuliah Subuh, kami diminta untuk terus turun ke dataran di hadapan PAP untuk aktiviti menyegarkan badan bagi muslimat. Saya tidak tahu muslimin telah di bawa ke mana. Walaupun perut minta diisi, saya sedar sebaik-baiknya adalah bersenam pagi terlebih dahulu sebelum sarapan dan bukan sebaliknya.
Pertama kali saya di ajar dan main freesbies. Nampak macam membosankan (jujur dari hati hehe), tapi lama-lama permainan makin menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk perlawanan persahabatan. Disebabkan kawasan itu tempat yang lapang dan tempat lalu-lalang ramai orang, banyak yang perlu dijaga tapi masih kami melakukan khilaf ketika bermain.
Permainan ini bukan sekadar permainan biasa. Tapi di sebalik permainan ini terdapat pengajaran, iaitu strategi perlu diatur untuk menang, kerjasama, saling menegur jika sahabat berbuat khilaf (contohnya terjerit ke terselak tudung ke tersingkat baju ke). Setelah itu, kami dihidangkan dengan sarapan (maaf tak ingat makan biskut atau makan nasi). Terima kasih kepada Kakak Farah Amira dan Kakak Amirah Izzati yang menyediakan makanan untuk kami sepanjang program ini. Sedap sungguh air tangan kakak berdua!
Program kami diteruskan dengan Kuliah Dasar, sebagai revision untuk nota-nota Usrah kami, serta diselitkan dengan ilmu-ilmu tambahan. Malah kami diberikan LDK (latihan dalam kumpulan).
Setelah selesai solat Asar, slot seterusnya adalah Explore Race! Jangan risau tak ada adegan lompat terjun bangunan dan sebagainya serta aksi makan makanan pelik-pelik juga tiada.
![]() |
setelah hampir setahun dua tak praktis melukis. hewhew :3 cuba teka apakah ini? ini kambing! hahaha *kami diminta untuk mengaitkan gambar ini dgn Akidah* |
Explore Race. Dalam slot ini, muslimin dan muslimat di campurkan sekali. Mula-mula tak tahu nak cakap apa, terkedu sebentar. I was like, errrr okay. So dalam kumpulan saya ada 3 muslimin dan 5 muslimat. Ada seorang muslimin menjadi ketua, dan saya telah menjadi penolong bagi kumpulan kami. Semua sekali ada 4 checkpoint dan 4 kumpulan. Kumpulan pertama pergi checkpoint pertama dan kumpulan kedua pergi checkpoint kedua, dan seterusnya. Checkpoint kedua , ketiga dan keempat depan mata je. Tapi checkpoint pertama , nunnnn jauh mata memandang. Ya, jauh. Antara halangan dihadapi untuk ke checkpoint adalah kemuncut.
“Haha. Kemuncut? Tak mencabar langsung tahu.”
Sabarlah tak habis cerita lagi. Selain perlu menempuh bentuk muka bumi yang sedikit mencabar, kami juga perlu melalui sekawan lembu yang dok usha panas je kat kami, macam kami ni singa Afrika pula nak membaham mereka. Ya, ketika ini, rukun ketiga Usrah iaitu Takaful kemungkinan bakal diaplikasikan bila-bila masa sahaja =.="
Diringkaskan cerita, di checkpoint pertama kami diberi tugasan dengan pelajaran Usrah kami, iaitu bab kedua, Akidah Islammiyyah. Ahli selain ketua dan penolong diberi kain untuk tutup mata, kemudiannya dibawa bersiar-siar di kawasan sekitar. Kena lalu celah-celah belukar kecil, lubang kecil, rumput lalang yang tinggi. Kemudian kami diminta untuk memberi kesimpulan berdasarkan apa yang kami dapat daripada aktiviti tadi.
Checkpoint kedua : kami diberi pelajaran Ukhuwah Islammiyyah. Akhi menceritakan bahawa terdapat tiga tahap dalam persahabatan iaitu, (1)bersangka baik, (2)sama rata, (3)melebihkan sahabat. Seterusnya kami perlu berlakon bagi ketiga-tiga tahap tersebut.
Checkpoint ketiga : kami diberi pelajaran kalau tak silap saya, berkaitan Tauhid. So, kami diminta oleh ukhti untuk melukiskan wajah seseorang dan berikan sifatnya. Dan kami juga diminta untuk melukiskan gambar alien dengan sifatnya.
![]() |
Kak Irni, mohon berbangga dengan adikmu ini. Lalalalala~ |
Checkpoint keempat : Saya tak akan pernah lupakan saat ini. Kami ditawarkan minuman teh untuk menghilangkan haus. Lelaki pilih satu cawan bagi setiap orang. Manakala perempuan perlu ambil tiga cawan dan berkongsi jika mahu. Tegukan pertama oleh Adibah. Reaksinya membingungkan saya. Rupa-rupanya teh yang diminum adalah teh dengan high concentration of salt. Hanya satu cawan teh sahaja yang tawar.
“Macam mana rasa?” “Masinnn.”
“Kenapa kamu berkongsi dengan sahabat-sahabat kamu?” – Terkedu.
Dipendekkan cerita, ukhti menceritakan kisah di mana suatu hari Rasulullah SAW didatangi seorang nenek tua yang menghadiahkan baginda sebiji limau. Sebaik sahaja baginda makan, baginda tersenyum dan terus makan sehingga habis. Para sahabat yang ada kehairanan kerana baginda seorang yang suka berkongsi makanan dengan sahabat-sahabatnya. Setelah nenek tua itu berlalu pergi, baginda menceritakan bahawa limau yang diberi adalah masam. Demi mahu menjaga hati orang tua tersebut baginda tetap menghabiskan dengan wajah tersenyum. Malah demi menjaga ukhuwah dengan sahabatnya, baginda tidak berkongsi makanan yang masam tersebut dengan sahabatnya. Indah bukan akhlak Rasulullah SAW dalam bersahabat? *senyum*
Explore Race kami pada petang tersebut tamat ketika saat-saat azan Maghrib hampir berkumandang.
Selesai solat Maghrib atau mungkin isyak kami menjamu selera sebelum kami diberi Kuliah Dasar yang terakhir. Malam itu, latihan dalam kumpulan ketiga kami , kami perlu berlakon lagi (kali ini muslimin dan muslimat diasingkan semula). Latihan dalam kumpulan kami yang terakhir pula adalah kami perlu edarkan flyers tentang Wonderful Weekend kepada penghuni blok-blok tertentu. Di sini cara kami berkomunikasi adalah penting kerana kami bukan sekadar mengedarkan flyers kepada yang beragama Islam sahaja , malah kepada yang bukan Islam juga.
Dan seperti malam sebelumnya, kami membaca surah Al-Mulk secara berjemaah sebelum tidur.
16 Disember 2013
Setelah selesai solat Subuh kami semua diminta segera bergerak ke dataran PAP. Rupanya ‘roll-call’ pada pagi itu adalah untuk kami memuhasabahkan diri kami atas kekhilafan yang telah kami lakukan sepanjang di kem ini – tertidur sewaktu Kuliah Dasar dan tidak menjaga masa.
Kemudian muncul pula seorang akhi. Katanya, “jika betul kalian sudah berukhuwah, sekarang yang muslimin tolong beritahu saya nama muslimat tersebut (sambil menunjuk ke arah seorang muslimat).” “Yang muslimat sila beritahu saya nama muslimin tersebut.” Dan jawapan dari kedua-dua pihak adalah sama, iaitu tidak tahu. Dan saya serta sebahagian yang lain, hanya mampu terdiam.
Kini saya sedar bahawa dalam nak menjaga ikhtilat bukan bermakna kita tidak perlu mengenali mereka yang berlawanan jantina. Dan apabila sudah kenal tidak kira kawan baru atau kawan lama, seandainya bukan sama jantina haruslah cuba untuk menjaga ikhtilat. Ya, ayuh kita cuba. Saling membantu dan menyokong.
Tidak kira muslimin mahupun muslimat saling mengerti mengapa sahabat berlainan jantina tidak begitu mesra dan serius tatkala berbicara. Bukan berniat untuk melukakan hati bukan berniat angkuh diri. Tapi sekadar cuba menjaga yang telah ditetapkan Allah. Tidak mesra tidak bermakna tidak berukhuwah, tapi terlalu bermesra bukan lagi berukhuwah kerana Allah jadinya. Risau mengundang amarah dari Allah pula.
Dan saya, ibarat masih lagi bertatih dalam hal ikhtilat ini. Masih cuba walau hakikat masih leka. *terima kasih kerana mengerti*
Kak Irni menjelaskan, kita saling mengenali untuk perjuangan. Mereka (muslimin) umpama adik-beradik kita juga, adik-beradik usrah, adik-beradik perjuangan dalam bawah rantaian yang sama, rantaian yang menyambungkan kita kepada Rasulullah SAW yang dirindui. Allahu. . .
“Akhi itu abang. Ikhwan itu muslimin yang merupakan sahabat seperjuangan. Macam kita semua pula (muslimat), kita adalah akhwat,” jelas Zuliana sambil senyum.
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
{ Al-Hujurat : 13}
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
- As-Saff : 4
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong yang sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruh, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”
- At-Taubah :71
Dan kemudian adalah masa untuk bersiar-siar di perpustakaan! Best sebab ada tasik!
(klik pada gambar utk lihat gambar dgn jelas
atau
atau
right-click - open image in new tab)
![]() |
waktu Dhuha telah pun bermula. indah bukan? |
![]() |
matahari disorokkan awan. cuaca redup angin pun best. |
![]() |
look! what i found here! |
andddd. . .there are much more of them!!
![]() |
i feel like in the oversea during spring! >.< |
![]() |
featuring Asma' Asilah bt Azman, roommate yg comel. kami bakal niqabis. lalalala~ |
![]() |
aktiviti kayak turut diadakan di sini |
![]() |
selfie kejap! :P |
Sekitar jam 10 pagi, kami pulang semula ke Masjid UMP Pekan untuk solat sunat dhuha dan makan. Selepas itu pada sekitar jam 11.30 pagi kami menduduki ujian mengenai pelajaran dan kefahaman kami selama sejam. Dalam tengah nak jawab ujian tu, dalam kepala ada juga asyik terfikir Kak Irni, sebab Kak Irni tak datang-datang lagi. Tiba-tiba ada susuk tubuh datang duduk sebelah. "Kak Irni!" Jerit dalam hati jela sebab depan dia buat muka duckface tanda protes dia datang lambat. Hehehe
Selesai jawab ujian, terus cari Kak Irni semula. Rupa-rupanya tengah mesyuarat. So saya pun tunggu dan tunggu. Daripada duduk terus baring. Dalam perbaringan, boleh pula bayangkan Kak Irni datang duduk sebelah kejut bangun tidur, bila nampak Kak Irni terus peluk. Tiba-tiba dengar suara Kak Irni, buka mata memang dia, dan apa lagi terus peluk dan kali ini adalah realiti <3 *feeling lovely*
Selesai jawab ujian, terus cari Kak Irni semula. Rupa-rupanya tengah mesyuarat. So saya pun tunggu dan tunggu. Daripada duduk terus baring. Dalam perbaringan, boleh pula bayangkan Kak Irni datang duduk sebelah kejut bangun tidur, bila nampak Kak Irni terus peluk. Tiba-tiba dengar suara Kak Irni, buka mata memang dia, dan apa lagi terus peluk dan kali ini adalah realiti <3 *feeling lovely*
Selesai Solat fardhu Zuhur, kami berkumpul untuk kali terakhir dan bersalam-salaman sebelum berpisah. Ops! Belum habis lagi. Kami turut menjamu selera buat kali terakhir.
Sebelum berangkat pulang dengan Kak Jalilah serta akhwat yang lain, saya diiringi Zuliana. Tak sempat bergambar dgn dia. Tak apa, lain kali kita ketemu lagi sahabat!
Sekian, cerita saya tentang Wonderful Weekend. Ini salah satu nikmat Allah dan kenangan serta pengalaman yg saya tak akan lupakan, in shaa Allah.
notakaki : kepada peserta WoW yg ingin mendapatkan gambar-gambar kita , sila add saya di facebook dan pm saya >> https://www.facebook.com/nursyahiba.haseena
Wah, mesti letih byk aktiviti kan..:D
ReplyDeletenice work...
ReplyDeletesalam ukhwah fillah...
Bagus, penceritaan yang baik :)
ReplyDeleteSeperti keadaan asal program. Cuma yang best, checkpoint keempat. Nak lagi ke teh tu? Ada banyak lagi dalam simpanan nie. Fesi-fesi checkpoint tu blh tambah stok baru. Hehehehe.
Alhamdulillah, keberjayaan program kali ini bukan kerana kuantiti peserta tapi keberjayaan program kali ini kerana kualiti peserta. Sungguh! Peserta kali ini amat hebat. Hebat bagaimana? Hebat dalam sahsiah, hebat dalam pertuturan, hebat dalam ilmu dan lain-lain lagi. Kami bolah nampak bakal pertama-pertama Islam yg akan bersinar membawa obor Islam. Allah, sungguh Allah membawa lagi mereka-mereka yg komited bersama Islam.
Syahiba, bukan kerana Saham kita hebat tapi kerana Islam kita berjaya. Saham sebagai medium mempelajari Islam. Walau disindir, dicerca, dihina sekalipun Saham. Kami tidak pernah berganjak dari landasan Islam ini. Sampai masanya nanti, biar Allah menilai dan memilih permata baru untuk menguatkan perjuangan Islam di bumi UMP.
:)