Assalamualaikum,
Entri kali ini adalah berkenaan sebuah buku bertemakan Sejarah Melayu Lama.
Bosan kan bunyinya? Sebab ada perkataan "Sejarah". Tipulah kalau saya kata saya tak bosan bila cikgu mengajar Sejarah di hadapan, dan tipulah jika saya kata saya tidak mengantuk malah tidur (!) dalam kelas Sejarah. *Hehehehe. Adik-adik jangan tiru perangai buruk ni ye, tak baik taw*
Tetapi sejak mempelajari silat (Seni Gayong - PSSGM) semasa di Kolej Matrikulasi Selangor (2012/2013), dan kemudiannya sambung semasa belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) sejak tahun 2013 sehingga kini di Gelanggang Naga Rantau (bawah PSSGM juga), saya telah bertemu dengan seorang guru yang suka menceritakan sejarah Melayu dan perkaitannya dengan kisah-kisah perang Nabi dan sahabat. *jika ada yg berhajat utk saya ceritakan disini, maaf sungguh saya tidak pandai menyampaikannya*
Selain itu, terdapat beberapa seniors dan alumni yang rajin berkongsi perkara yg sama. Lalu telah memupuk minat saya dalam mempelajari Sejarah Melayu. Saya juga minat pada seorang blogger bergelar Srikandi. Kesungguhannya mencari dan membetulkan sejarah Melayu yg telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga ke luar negara telah menarik minat dan mengagumkan saya.
Alamak! Panjang pula intro nya ye. Maaf~
Moh ler kita ke pengisian berkaitan dengan tajuk entri ini !
(Pribumi Asia Tenggara)
- Menjawab Kekeliruan Sejarah -

Terbitan : Hijjaz Record (HR) Publishing
Cetakan Pertama : 2015
Buku dibeli ini adalah cetakan ke-2 (2015)
Buku ini adalah hasil coretan Srikandi , Al-Semantani & Ibnu Rusydi.
Saya agak biasa dgn nama Srikandi tetapi kurang mengenali Al-Semantani & Ibnu Rusydi.
Ini saya sertakan link blog Srikandi jika berminat untuk 'blogwalking', hehe
Untuk huraikan apa yang dicatat dalam buku ini secara ringkasnya, tak mungkin sependek rumusan/sinopsis gabungan novel sastera tingkatan 4 & 5. Kerana buku ini mengandungi 12 bab menjadikan buku ini mempunyai pengisian sebanyak 303 mukasurat tak termasuk kata dari penerbit, kata pendahuluan, sajak Melayu oleh Usman Awang, dan 2 helai tambahan di akhir mukasurat mempromosikan buku-buku lain di bawah penerbit yang sama.
Bab 1 : Melayu & Kelompok Besar Austronesia
Bab 2 : Sejarah Melayu dalam Bukti Prasasti & Rekod Antarabangsa
Bab 3 : Melayu & Orang Asli
Bab 4 : Indianisasi Budaya di Alam Melayu
Bab 5 : Pengaruh Melayu di Sri Lanka
Bab 6 : Siapa Temagi ? Kekeliruan antara Thai dengan Sri Dharmaraja
Bab 7 : Penghijrahan di Alam Melayu
Bab 8 : Bahasa Melayu Bahasa Pemersatu
Bab 9 : Hang Tuah Berketurunan Cina ?
Bab 10 : Keris Senjata Warisan Nusantara
Bab 11 : Senjata Api di Alam Melayu
Bab 12 : Melayu & Austronesia : Viking Timur Jauh
Keris dan perihal Hang Tuah adalah antara bab yang paling menarik minat saya untuk membaca buku ini. Namun, pengetahuan asas tentang terma-terma yang disebutkan dalam buku ini perlulah diketahui terlebih dahulu agar memudahkan pembaca untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis-penulis ini.
Walaupun saya pernah membaca beberapa entri di blog Srikandi (tidak kesemuanya) & pernah didedahkan tentang apa itu Austronesia & Polynesia serta seangkatan dengannya, saya masih kurang memahami sepenuhnya terma-terma berkaitan. Jadi, untuk kali pertama membaca buku ini, ada beberapa bab yang saya kurang faham. Makanya, saya perlu membuat sedikit kajian berkaitan dengan bab-bab ini supaya pembacaan kali kedua saya lebih memahaminya.
Apapun, buku ini mampu menarik minat orang muda untuk mempelajari semula kisah dan sejarah Melayu lama, adakah sama atau tidak seperti yang dipelajari ketika di sekolah dahulu. Buku ini kelihatan eksklusif kerana sepenuhnya menggunakan bahan yang licin (tak tahu namanya, haha) bagi setiap helaian muka surat. Maka, dengan harga RM39.90 (harga maksimum) buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki tambahan pula pengisian ilmu yang bagus.
Alhamdulillah dapat jugak miliki buku ni..buku ni mmg best.
ReplyDeleteAdakah blh lg sy dapatkan buku ini
ReplyDelete